Sehari dua lepas sekumpulan anggota polis dari IPD Shah Alam telah melakukan serbuan di sebuah pusat hiburan di Bandar Setia Alam dan berjaya menahan 5 orang wanita asing yang menjadi pelayan pelanggan (GRO).
Penangkapan kelima-lima GRO warga Thailand ini bersama-sama 32 pengunjung yang leka diulit layan seksual sekali gus membuktikan Bandaraya Shah Alam yang suatu ketika dulu bersih dari kegiatan maksiat sebegini, kini sudah tidak seperti dulu lagi.
Serbuan itu dilakukan selepas hasil risikan selama 24 jam selepas menerima aduan awam mengenai kegiatan maksiat di premis tersebut. Premis hiburan itu yang suatu ketika diumumkan oleh Kerajaan Selangor hanyalah sebuah kafetaria yang menjalankan aktiviti muzik ternyata benar-benar sudah berubah menjadi pusat maksiat seperti dibimbangi ramai sebelum.
Dulu di waktu zaman pemerintahan BN premis sebegini agak sukar untuk ditemui disebabkan keseriusan Kerajaan Negeri melakukan serbuan demi serbuan untuk membasminya. Tapi semenjak PR berkuasa di Selangor suasana sudah banyak berubah barangkali kerana ia dilihat sebagai penyumbang utama untuk kantung Kerajaan Negeri.
Barangkali inilah hadiah penuh makna bagi para pengundi di Selangor khususnya bagi penyokong PR apabila wujudnya premis sebegini yang pastinya akan terus bercambah dari masa ke semasa sama seperti kewujudan rumah urut di hampir setiap Seksyen di Shah Alam.
BB : Masa berkempen PRU13 hari tu, Khalid Samad bermati-matian menafikan yang Shah Alam telah mempunyai pusat hiburan. Beliau malah berjanji akan memastikan perkara itu berterusan sekiranya masih diberi mandat di Parlimen Shah Alam. Abis!! Ni Aper YB?
adehh... mana2 pusat hiburan ade... kl nie lagi besar... tak tutup pun... genting highland pusat maksiat terbesar.. dah berkurun tak kecoh pon... aku rasa ko nie pergi jaga mak atau bapak ko.. tak payah lagi sibuk hal politik... isu negara terletak pada PEDANA MENTERI MALAYSIA .. bukan ko FAHAM.. jadi wartawan.. bukan berbayar pon asyik kena maki ngan orang... kalau tak kerja pergi cari kerja... tak payah nak bangkitkan .. keganasan... atau provok lebih2.... sekian
BalasPadamKeel tu apa kurang....sebelum 2008 dah berselerak rumah pelacuran....ko x kupas dlm surat khabar pon...x habis2 cari keaiban org len...kena batang hidung sendiri baru ko tau...
BalasPadamTanpa Nama... awak tinggal di Selangor ke atau di luar Selangor. Saya anak Selangor sejati, tinggal di Shah Alam dah berpuluh tahun boleh nampak perbezaan ketara sejak PR memegang tampuk pemerintahan. Pusat maksiat byk mcm cendawan tumbuh. Tempat urut mengurut ni jangan ceritalah, memang melimpah ruah. Hotel/rumah tumpangan satu bintang ke yg tak berbintang tiba2 boleh melambak2 tak kira tempat walau di ceruk mana. Memang Shah Alam dah hilang eksklusifnya sejak PR memerintah. Saya dan penduduk asal Shah Alam sedih sangat. Orang luar tak tahu.....
BalasPadamorang citer pasal shah alam..yg pi spin citer pasal keel pasal lak?macam gampang !!!!
BalasPadam