Nuffnang

MENGUNDI 2 KALI? INI JAWAPAN SPR. NASIB LA BEB!!!



SHAH ALAM: Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar menegaskan seseorang itu tidak akan terlepas daripada undang-undang jika didapati melakukan perbuatan tertentu untuk kepentingan mana-mana parti politik.

Beliau berkata demikian merujuk kepada laporan seorang pemuda dari Kuantan yang mengaku keluar mengundi dua kali semata-mata mahu mempertikaikan sistem pilihan raya yang berlangsung 5 Mei lepas.

"Saya rasa budak ini, kalau dia cuba nak buat laporan polis itu untuk tujuan politik, dia akan hadapi kesan-kesannya.

"Saya harap polis siasat perkara ini secara menyeluruh dan beri satu hasil penyiasatan yang begitu menyeluruh dan rapi kerana benda ini menjadi satu kes siasatan yang menarik bagi SPR. Kita pun nak tengok hasil siasatan macam mana," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Jelas Wan Ahmad lagi, SPR akan menunggu hasil siasatan pihak polis berkenaan laporan pemuda itu, malah beliau sendiri menyifatkan hal ini sesuatu yang 'menarik'.

Walaupun pemuda berkenaan telah membuat laporan polis yang mendakwa SPR tidak telus dalam menjalankan tugas semasa hari mengundi, namun tegas Wan Ahmad, perbuatan pemuda tersebut jelas menunjukkan kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya.

"Pertama orang itu sendiri membuat kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya iaitu pergi mengundi dua kali dan kedua bawa keluar kertas undi dari tempat mengundi. Ini menarik. Kita tengok (hasil) siasatan. Dan seterusnya masuk akal ke kalau orang tu dah mengundi nama dia dah dipotong oleh kerani SPR dan ejen parti yang berada dalam itu kerana nama dia disebut dengan IC dan diteriak, dah dipotong lepas tu dia pula (datang) masuk mengundi sekali lagi. 

"Sejauh mana kesahihan cerita dia itu satu persoalan. Bagi orang yang tak faham teknikal kerja (SPR) orang seronok dengar cerita dia macam mana mengundi 2 kali. Tapi orang tak sedar yang dia cerita mungkin cerita rekaan yang tak benar," katanya.

Mengulas lanjut, Wan Omar berkata, perbuatan 'tidak masuk akal' pemuda berkenaan dipertikai kerana warganegara yang telah mengundi pada hari tersebut telah dipotong nama mereka daripada daftar pemilih, selain polis dan petugas SPR berkawal di tempat mengundi dan setiap saluran agar tiada kertas atau bahan terlarang dibawa keluar.

"Kita sendiri akan memastikan budak macam ini tak terlepas daripada undang-undang. Kalau dia sebelum ini diperalatkan oleh mana-mana parti politik konon nak malukan SPR, tanpa disedari budak ini telah meletakkan diri dalam risiko salah dari segi undang-undang," katanya lagi.

Sebuah portal berita hari ini melaporkan Mohd Fadhli Khaharruddin, 23 mengaku keluar mengundi dua kali atas alasan mahu membuktikan ketelusan sistem pilihan raya walaupun menggunakan dakwat kekal.

Beliau dilaporkan mengundi pada kali pertama pada jam 10.30 pagi di saluran 4, peti undi Sekolah Kebangsaan Sungai Isap dan keluar mengundi kali kedua pada jam 1.15 petang di lokasi yang sama selepas mendakwa dakwat kekal di jarinya tanggal sepenuhnya apabila dibasuh.

Fadhli bagaimanapun tidak membuang undi kali kedua itu, sebaliknya menyimpan kertas undi SPR dan nombor saluran sebagai dakwaan bukti kelemahan SPR, selain terus membuat laporan polis.
Share this article

2 Komen:

  1. Persoalan sudah di jawab oleh SPR, Sekarang bola di tangan pengadil (polis), jgn nanti sebarang keputusan yang tak menyebelahi mohd fadli, dan diambil tindakan, berlaku bawa lilin lagi

    BalasPadam
  2. Penjarakan aje budak ni dgn mak bapak dia sama. Datang sekali je masa mengundi tapi tak masukkan kertas undi. Lepas tu buat laporan mengundi dua kali.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top