Nuffnang

AWAS!! Rokok Elektronik Mempunyai Kesan Penyakit Kronik

Penjualan rokok e-elektronik bukan sahaja salah di sisi undang-undang malah pengguna produk itu turut terdedah kepada pelbagai penyakit kronik.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penjualan bahan dan produk itu adalah salah mengikut Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.




"Mereka yang didapati bersalah menjual dan mengedar produk itu dan cecair nikoton untuk kegunaan rokok e-elektronik boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan sijil kepada 353 pelajar cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dan Penilaian Menengah Rendah bagi kawasan Parlimen Bentong di sini, hari ini.

Beliau berkata, sekalipun salah, namun penjualan rokok e-elektronik itu sukar dikawal berikutan orang ramai didapati melakukan pembelian menerusi internet.

"Rokok e-elektronik atau e-rokok ini kononnya bertujuan membuang tabiat merokok secara beransur-ansur, tanpa disedari mereka yang menggunakannya terdedah kepada kepada pelbagai jenis penyakit kronik," katanya.— BERNAMA

Share this article

10 Komen:

  1. hehehe lawak siot..

    kajian xder..apa2 pun xder,tetiba jer bleh dpt penyakit berbahaya..

    org mau berenti suda kira bagus ma..

    atau cukai rokok makin kurang nnt?????

    hahaha...
    sengal buih!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekarang memang ko tak kena lagi penyakit,lambat atau capat je,memang anda boleh berhenti merokok,tapi penyakit pun dapat.

      Padam
    2. Apa yang menyebabkan penyakit kronik tu, cuba kaji tiga bahan dalam cecair rokok, smua bahan dalam makanan tu, adoi

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Dah berhenti rokokJanuari 21, 2013 5:46 PTG

    Suruh dia cakap detail apakah yang dimaksudkan dengan penyakit kronik tu. Suruh dia bagi hujah mengikut fakta & nombor berdasarkan kandungan setiap miligram & juga kesan PG, VG & sebagainya.
    Lepas tu tengok dia gelabah ke tak.

    BalasPadam
  4. Kelebihan Electronic-Cigarette :-
    1. Tiada kesan sampingan seperti anda menghisap ROKOK biasa!
    2. Rokok Elektronik tidak mengaratkan gigi dan menghitamkan bibir anda.
    3. Rokok elektronik mengandungi nikotin. Nikotin tidak membahayakan kesihatan kerana
    ianya tidak bercampur dengan bahan-bahan kimia seperti CARCINOGENS, TEMBAKAU,
    TAR, KARBON MONOKSIDA, SISA ABU,BAU BUSUK .
    4. Tiada kesan terhadap Smoke Detector!
    5. Mempunyai beberapa perasa seperti ROKOK sebenar!
    6. Membantu mengurangkan kadar pengambilan ROKOK berbahaya!
    7. Anda dapat berjimat lebih banyak berbanding menghisap ROKOK biasa!
    8. Electronic-Cigarette tidak mengeluarkan asap tetapi mengeluarkan wap air yang nampak seakan-akan asap.
    9. Anda juga boleh menikmatinya ketika memandu dan tak perlu buka tingkap! Layan
    Electronic-Cigarette dalam bilik penghawa dingin dan juga stesen minyak~
    10. Baju anda juga tidak lagi berbau ROKOK yang tidak disukai oleh orang-orang yang tersayang.
    11. Bau mulut anda juga tidak lagi berbau ROKOK dan anda lebih mudah berkomunikasi
    dengan orang yang bencikan ROKOK...
    12. Electronic-Cigarette juga sesuai dibuat cenderahati untuk orang yang tersayang ♥


    BalasPadam
  5. apa2pun merokok tetap membahayakan kesihatan.. berhenti lebih baik...

    BalasPadam
  6. di negara lebih maju dari malaysia sudah memakai rokok electronik ada sesetengah dia orang sudah menghisap 3 tahun dan buat pemeriksaan dan hasil dari pemeriksaan tiada kesan untuk paru paru hitam mungkin cukai tak der sebabtu dia orang ckapa tak boleh mengapa rokok biasa tidak diharamkan terus dan masih dijual dipasaran kamu tahu sebab nya sebab rokok biasa ada cukai itu jer

    BalasPadam
  7. wehhh... bodoh punyer org.... sertakan lah contoh penyakit kronik yg boley dpt.... n then ko bezakan dengan penyakit kronik yg dapat ngan rokok tembakau... aku jamin ko dapat tgk sendiri jurang jumlah penyakit kronik... sokong krajaan la nie

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top