Nuffnang

Tanjung Labian : Sistem Solar hibrid Terbesar Di Dunia Beroperasi

LAHAD DATU - Gugusan Tanjung Labian di sini yang menjadi lokasi pencerobohan puak pengganas Sulu pada Februari lalu mencatat sejarah tersendiri apabila memperoleh bekalan elektrik menerusi sistem solar hibrid terbesar di dunia.

Projek bernilai RM132 juta itu siap pada 27 Disember lalu.





Gambar Hiasan


Ia telah memberi manfaat kepada 681 buah rumah di tujuh buah kampung dalam gugusan Tanjung Labian.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, projek berkenaan di bina di atas tanah seluas 5.2 hektar.

Ia boleh membekalkan bekalan kuasa berkapasiti 1.2 megawat dengan menggunakan 5052 keping panel solar.

"Gugusan Tanjung Labian terletak di kawasan terpencil dan kemudahan solar hibrid ini akan memberi kemudahan kepada lebih 4,000 penduduk," katanya selepas merasmikan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar Sistem Solar Hibrid di Kampung Lok Buani di sini petang tadi. - KOSMO!

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top