Nuffnang

Gambar Dan Video Seks Tersebar, Guru Gelisah


KUALA LUMPUR – Seorang guru kini dalam ketakutan selepas dipaksa membayar RM50,000 oleh bekas teman lelakinya bagi mengelakkan gambar bogel dan video seks miliknya tersebar di laman sosial Facebook. 




Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Tan, 30, berkata, dia telah berpisah dengan lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Lai, 34, pada 3 Disember lalu. 


Katanya, dia tidak menyangka lelaki itu sanggup bertindak demikian disebabkan perasaan tidak puas hati dengan keputusannya yang mahu berpisah. 


“Saya mengenalinya menerusi seorang rakan, bagaimanapun saya tidak sangka dia telah berkahwin, malah mempunyai seorang anak perempuan berusia lima tahun tidak lama selepas kami bersama,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA di sini semalam. 


Mengulas lanjut, kata Tan, lelaki yang bekerja sebagai jurujual itu sebelum ini beberapa kali mengugut mahu membunuh diri setiap kali dia meminta untuk berpisah menyebabkan dia membatalkan niatnya itu dalam tempoh tiga tahun bercinta.

read more...

9 STRATEGI MEMPERKUKUH JATI DIRI BELIA MALAYSIA





 
i.              Menyediakan latihan kepimpinan yang bersifat dinamik dan terkini kepada semua generasi belia;

 

ii.            Membangunkan instrumen bagi mengenal pasti personaliti belia yang memenuhi kelayakan minimun untuk dilatih sebagai pemimpin belia;

 

iii.          Mewujudkan mekanisme khusus untuk membangunkan semangat kesukarelaan di kalangan belia;

 

iv.     Merangka strategi dan program khas pembangunan semangat perpaduan dan integrasi nasional di kalangan belia;

 

v.      Merangka pelan tindakan untuk meningkatkan nilai integriti dan moral di kalangan belia;

 

vi.     Menjadikan pemupukan semangat patriotik dan peningkatan literasi kewarganegaraan sebagai sebahagian daripada modul program yang dianjurkan;

 

vii.    Menjadikan modul kenegaraan dan literasi kewarganegaraan sebagai sebahagian daripada modul pendidikan dan menjadikan ia sebagai subjek wajib lulus;

 

viii.   Meningkatkan semangat perpaduan di kalangan belia pelbagai kaum di Negara ini selari dengan Perlembagaan Persekutuan.

 

ix.     Mengalakkan penubuhan badan bukan kerajaan belia yang berteraskan penyertaan pelbagai kaum dan menyediakan insentif galakan bagi penubuhanhya.

read more...

PROGRAM BELIA MAHIR 1 MALAYSIA PEMANGKIN BELIA BERKEMAHIRAN

Program Belia Mahir 1 Malaysia??? Program ape ni?  Program Belia Mahir 1 Malaysia  terdiri daripada  3 program  dan 1 program persijilan seperti berikut:
 

i.              Peringkat IKBN (Program Perkasa Rakyat Mahir (STEP)

ii.            Peringkat Kompleks Belia dan Sukan dan Kompleks Rakan Muda (Latihan Kemahiran Tidak Formal (LKTF)

iii.          Peringkat majikan/ industri (Program PERANTIS (training at workplace)

iv.          Program Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT)

 
 
 
 

                Program Belia Mahir 1 Malaysia – Peringkat IKBN (Program  Perkasa Rakyat Mahir (STEP)

 

Program ini dikenali sebagai Program Perkasa Rakyat Mahir (STEP) dengan menjadikan 15 buah IKBN di seluruh negara sebagai lokasi rakyat mendapat kemahiran dalam bidang yang dikenal pasti.
 
Tenaga pengajar IKBN sedia ada yang berkelayakan dalam mengikut modul akan dikenal pasti untuk melaksanakan kursus ini di hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad (8.00 pagi hingga 5.00 petang). Tempoh pelaksanaan keseluruhan ialah 12 bulan. Bagaimanapun, tempoh pelaksanaan bagi setiap modul adalah berbeza bergantung antara satu kursus dengan kursus yang lain bergantung kepada kurikulum sedia ada.

 
 
 
 
 

                 Program Belia Mahir 1 Malaysia – Peringkat Negeri & Daerah (Latihan Kemahiran Tidak Formal (LKTF)

 

Program ini dikenali sebagai Program LKTF dilaksanakan di semua Kompleks Rakan Muda dan Kompleks Belia dan Sukan seluruh negara. Pelaksanaan kursus di hujung minggu ini akan diselaraskan oleh pegawai dari IKBN yang berdekatan bagi memastikan konsep pelaksanaan kursus modular ini sama seperti pelaksanaan di dalam IKBN.
 
Kursus-kursus yang ditawarkan merupakan kursus yang tidak memerlukan penyediaan bengkel dan peralatan yang berat, besar dan mahal untuk disediakan seperti:

-             Penyediaan Makanan

-             Pemprosesan Makanan

-             Membaik pulih Komputer

-             Tekstil Apparel

-             Kecantikan / SPA

-             Rekaan Rambut

-             Landskap

 

            Program Belia Mahir 1 Malaysia – Peringkat Negeri dan Daerah     (PERANTIS)


Program Belia Mahir 1 Malaysia peringkat industri/majikan ini dinamakan Program PERANTIS dan ia merupakan program latihan di tempat kerja sebenar (training at workplace). Berbeza dengan program Perkasa Rakyat Mahir dan Program LKTF, program PERANTIS merupakan program sepenuh masa yang dilaksanakan di industri/majikan.
 
 
Program ini mengambil masa 6 bulan bagi satu sesi. Peserta akan ditempatkan di premis kerja, diberi elaun RM300.00 sebulan/seorang dan majikan diberi insentif RM200.00 bagi seorang peserta yang diambil menjalani latihan.
 
Kemahiran yang dimiliki oleh peserta akan dicatat pada setiap hari di dalam buku log dan disahkan oleh pegawai yang dilantik sebagai bukti terhadap  kemahiran yang telah diperoleh. Sijil kehadiran akan diberikan oleh pihak majikan kepada peserta yang menamatkan latihan. Bidang yang terlibat adalah seperti berikut:

-           Kejuruteraan Automotif (Membaiki kereta, pengetukan panel kenderaan, semburan cat kereta)

-           Kejuruteraan Elektrik

-           Tekstil dan Apparel (Jahitan pakaian, langsir,,sulam menyulam)

-           Penyediaan Makanan

-           Kecantikan/spa dan lain-lain.

 

                  Persijilan Peserta Program Belia Mahir 1 Malaysia


Sijil kehadiran dan sijil kemahiran modular yang diperoleh oleh peserta dalam program Perkasa Rakyat Mahir (STEP), Program LKTF dan PERANTIS akan dijadikan bukti keterampilan bagi melayakkan peserta mendapat persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah Pentauliahan Pencapaian Terdahulu.


Peserta yang memiliki kemahiran kerja sekurang-kurang 1 tahun layak memohon Persijilan Kemahiran Malaysia Tahap 1 (SKM 1). Bagi belia-belia yang telah mempunyai SKM 1 mereka boleh memohon untuk mendapatkan SKM 2 dan bagi yang telah mempunyai SKM 2 mereka boleh memohon untuk mendapatkan SKM 3.
 
Pelaksanaan program Perkasa Rakyat Mahir, Program LKTF dan PERANTIS ini merupakan landasan kepada semua masyarakat untuk meningkatkan kemahiran sedia ada sebelum layak memohon PPT.

 

Bilangan peserta yang telah mengikuti Program Belia Mahir 1 Malaysia adalah seperti berikut:

 

 
Bil.
 
Program
Tahun
 
Jumlah Peserta
2009
 
2010
2011
1.
Program Perkasa Rakyat Mahir (STEP)
-
-
4395
4,395
2.
Program LKTF
 
4486
3540
3540
11,566
3.
Program PERANTIS
 
2360
-
1180
3,540
4.
Persijilan SKM (PPT)
 
-
2245
4000
6,245
Jumlah Keseluruhan Peserta
 
25,746

 

Nota : Bertanda ( - )  bagi tahun terlibat menunjukkan tiada program dijalankan untuk tahun tersebut.

Maklumat Lanjut Layari :
 
 
atau
 
read more...

PENGARANG HARAKAHDAILY DISOALSIASAT POLIS

KUALA LUMPUR: Pengarang Berita Harakahdaily, Nazri Abdullah diambil keterangan oleh polis ekoran laporan ulasan terhadap kenyataan Shahrizat Abdul Jalil yang khuatir tragedi 13 Mei 1969 berulang jika Umno tidak lagi berkuasa.
 
ASP Chua Wee Seong dari IPD Dang Wangi mengambil keterangan beliau di pejabat Harakahdaily, di sini kira-kira 40 minit bermula jam 12.10 tengah hari.
 
 
 
 
Sebelum ini, polis mengambil keterangan dari Ketua Pengarang Harakahdaily, Zulkifli Sulong.
 
Ia berkaitan dengan laporan Harakahdaily yang melaporkan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mengarahkan semua peringkat PAS membuat laporan polis terhadap ucapan Shahrizat di PAU 2012 baru-baru ini.
read more...

#ULTRASMALAYA DISERU BANTU TINGKATKAN MUTU BOLA SEPAK NEGARA

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengharapkan agar pasukan sorak Ultras Malaya dapat meneruskan sokongan bagi membantu membangunkan industri sukan bola sepak di negara kita.
 
 
Menterinya, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek berkata, sokongan serta kepercayaan yang berterusan pasukan sorak ini terhadap pasukan bola sepak negara harus dipuji kerana ia membantu menyuntik semangat kepada pemain-pemain pasukan negara untuk berjuang walaupun ada ketika terpaksa akur terhadap kehebatan pasukan lawan.
 


 
 
 
 
Katanya, pihak KBS akan membantu pasukan Ultras dari aspek losgistik serta keperluan-keperluan yang munasabah seperti menyediakan tempat duduk khas untuk kumpulan sorak ini disamping bersedia menjadi orang tengah untuk berbincang dengan pihak-pihak bertanggungjawab dalam aspek keselamatan serta melonggarkan sedikti peraturan agar kumpulan ini dapat membawa masuk beberapa barangan yang sebelum ini dilarang untuk masuk ke stadium.
 
 
Dato’ Sri Ahmad Shabery juga berkata, di kebanyakan negara, industri bola sepak berkembang disebabkan oleh kehadiran peminat yang ramai. Ia terhasil dari sekumpulan penyokong yang setia dan sentiasa memberikan semangat untuk pasukan mereka tanpa mengira ketika kalah atau menang.
 
 
Katanya lagi, Malaysia berhasart untuk menjadi tuan rumah bersama bagi penganjuran bola sepak Piala Dunia dan sudah semestinya segala persiapan harus bermula sekarang. Pembangunan bola sepak bukan sahaja dari aspek mencari bakat-bakat baharu malah juga perlu dimantapkan sebuah kumpulan sorak yang setiasa dan menyokong pasukan sendiri secara konsisten.

 



 
Beliau berkata demkian ketika mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin kumpulan Ultras Malaya di salah sebuah restoran terkemuka di sini hari ini. Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS, Dato’ Zaidon Haji Asmuni, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Hajah Hatipah Haji Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan JBSN, Dr. Abd Ghani Yusof dan beberapa pegawai kanan Kementerian.
 
 
Ultras Malaysai juga dipelawa menceburi industri sukan dengan membuka kedai yang menjual barangan sukan berjenama Harimau Malaya serta menyediakan satu sudut untuk ahli-ahlinya berhimpun di samping membincangkan usaha untuk mengembangkan keahlian pasukan sorak itu.
 
 
Sumber : Portal KBS
 
 
read more...

YASMEEN PEGUAM PERTAMA MALAYSIA DILANTIK JAWATANKUASA KHAS PBB

NEW YORK: Peguam Yasmeen Muhammad Shariff, seorang anggota majlis eksekutif Majlis Kebajikan Kanak-kanak Malaysia, menjadi rakyat Malaysia yang pertama dipilih menganggotai Jawatankuasa Hak Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (CRC) pada Selasa.
 
 
 
 
 
 
Yasmeen, 55, memperoleh 150 undi daripada 189 Negara Pihak yang menghadiri mesyuarat berkenaan, iaitu undi ketiga tertinggi selepas calon dari Brazil, Wanderlino Nogueira Neto, yang meraih 161 undi dan calon Austria, Renate Winter (153).
 
Calon lain yang dipilih ke jawatankuasa itu ialah Maria Rita Parsi (Itali), Benyam Dawit Mezmur (Ethiopia), Olga A. Khazova (Persekutuan Rusia), Sara de Jess Oviedo Fierro (Ecuador), Peter Guran (Slovakia) dan Amal Aldoseri (Bahrain).
Mereka akan menggantikan anggota sedia ada, yang tamat perkhidmatan pada 28 Feb 2013, bagi tempoh penggal empat tahun.
Jawatankuasa itu merupakan sebuah badan terdiri daripada pakar bebas yang memantau pelaksanaan Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak oleh Negara Pihak. - Bernama
 
 
read more...

HARUSSANI GESA HADI AWANG TARIK BALIK DAKWAAN UMNO KAFIR

“Tidak semudah itu kita nak menuduh orang kafir. Selagi dia mengucap dua kalimah syahadah, macamana kita nak tuduh orang kafir… itu hanya satu pendapat yang melulu dan tidak ada asas. Ini bukan dari segi parti tapi dari segi syarak, saya ketengah bagi menjawab perkara ini,”
 
Hadi Awang wajib tarik balik,” itulah yang dikatakan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harusani Zakaria ketika diminta mengulas mengenai amanat yang pernah dikeluarkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada April 1981 yang telah mengkafirkan UMNO.
 
Di dalam amanat tersebut, Hadi Awang telah mengatakan bahawa Pas menentang UMNO bukan kerana UMNO, menentang Barisan Nasional (BN) bukan kerana telah lama memerintah tetapi kerana mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir dan mengekalkan peraturan jahiliyah.
 
Hadi Awang turut menyebut bahawa perjuangan PAS menentang UMNO dan BN ini adalah jihad dan mati mereka adalah syahid kerana menentang UMNO yang menjadi kafir disebabkan mengamalkan politik suku dan agama suku.
 
 
 
 
 
Akibat daripada amanat ini maka terjadi perpecahan ummah di kalangan umat Islam. Penyokong taksub PAS mula mempercayai bahawa UMNO adalah kafir yang akhirnya mengundang peristiwa Memali pada 19 November 1985. Disebabkan amanat ini jugalah tercetus permulaan solat dua imam yang semakin memecahbelahkan perpaduan umat Islam.
 
 
 
 
 
 
Kenyataan daripada Harussani ini turut disokong oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh.
 
Menurut Wan Zahidi, fatwa Haji Hadi Awang ternyata bercanggah dengan amalan ahli sunnah wal jamaah.
 
“Wajib tarik balik. Bahayanya bukan kepada UMNO tetapi kepada orang itu sendiri… Mereka sendiri yang boleh jadi kafir… Kita kena kembali semula kepada ajaran sunnah wal jamaah… tuduhan ini boleh menyebabkan semua amalan seseorang itu tidak diterima oleh Allah SWT…,” jelas beliau.- MediaUMNO
read more...

2.5 Juta Belia Seluruh Negara Bersama Kerajaan?



Sehingga 11 September 2012, bilangan pertubuhan belia yang berdaftar adalah sebanyak 8,148. Manakala bilangan belia yang menjadi ahli pula adalah seramai 2.5 juta orang.





Daripada jumlah tersebut, sebanyak 413 didapati tidak aktif dan gagal mengemukakan Penyata Tahunan seperti mana diwajibkan semenjak didaftarkan dan langkah ke arah pembatalan sedang dilaksanakan.
 
Dalam usaha supaya pertubuhan belia tidak terjerumus di dalam pengaruh aktiviti tidak sihat, pemantauan oleh Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) terhadap pertubuhan belia dilaksanakan antaranya melalui:


    a. Pemeriksaan maklumat yang diberi MYKD pada setiap tahun;

    b. Pemantauan ke setiap daerah melalui program naziran; dan

    c.  Aduan awam serta anggota pertubuhan belia.


 
Antara Persatuan Belia Yang Bertahan Lama



Selain daripada itu, pemantauan juga dibuat dengan kerjasama pegawai agensi di peringkat Zon, Negeri dan Daerah.

Jumlah pertubuhan belia yang menghantar Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) adalah sebanyak 696 daripada 7,713 pertubuhan belia.



Tindakan untuk membatalkan pertubuhan belia yang gagal menghantar MYKD bermula secara berperingkat dengan dimulakan pertubuhan belia yang berdaftar pada tahun 2008.


Pihak Kementerian Belia dan Sukan tidak menyediakan geran tahunan yang khusus dan tetap kepada pertubuhan belia peringkat daerah dan negeri.

Antara Persatuan Belia Yang Bertahan Lama
Sebaliknya, KBS menyediakan pemberian bantuan pentadbiran kepada Majlis Belia Malaysia, Majlis Belia Negeri, Majlis Belia Daerah dan Pertubuhan Belia Kebangsaan yang menjadi badan gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM) dan bantuan berkenaan tidak dihentikan sehingga kini.
Dimaklumkan juga bahawa KBS tidak pernah berjanji untuk memberikan geran tahunan kepada mana-mana pertubuhan belia yang berdaftar di bawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia sejak April 2008 lagi.
Bantuan peruntukan yang diberi pada tahun 2009 merupakan peruntukan sekali sahaja (one-off) di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi sebagai suntikan modal dalam pengupayaan pertubuhan belia di seluruh negara dan juga bantuan aktiviti. 


Antara Kempen Di Bawah Pakej Rangsangan Ekonomi
STATUS JUMLAH PEMBERIAN
BANTUAN PENTADBIRAN NGO TAHUN 2009-2012

TAHUN
JUMLAH PERUNTUKAN (RM) JUTA
2009
4,330,000
2010
4,330,000
2011
4,830,000
2012
10,180,000
JUMLAH
23,670,000
RINGKASAN STATUS JUMLAH PERSATUAN BELIA
BAGI PEMBERIAN BANTUAN PENTADBIRAN

BIL
TARAF PERSATUAN
BIL
1
Kebangsaan
17
2
Negeri
14
3
Daerah
     1. Kedah
12
     2. Perak
17
     3. Selangor
9
     4. KL
11
     5. Johor
10
     6. Melaka
3
     7. Negeri Sembilan
7
     8. Pahang
11
     9. Terengganu
7
    10. Kelantan
10
    11. Pulau Pinang
5
Jumlah Kebangsaan
17
Jumlah Negeri
14
Jumlah Daerah
102
Jumlah Keseluruhan
133

Semoga golongan belia kita akan terus berpersatuan dan menjadikannya sebagai platform untuk membangunkan kendiri, agama, bangsa dan Negara kita yang tercinta. 
"BELIA PEWARIS KEPIMPINAN NEGARA"


read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top