Dalam satu video ini, kelihatan seorang wanita dipukul bertubi-tubi dipercayai sindiket curi kereta mewah. Modus operandi dengan menyewa kenderaan mewah dan melesapkannya.
VIDEO : PANASSS!!! Bila Samsung Sindir Apple - Harus Tonton!!
Iklan Samsung S5 terbaru di USA memang menyakitkan hati pemilik Apple iPhone. Kenapa pula? Kerana Samsung menyamakan pengguna iPhone dengan cicak. Ya ke? Ya, betul... semua pengguna iPhone disamakan dengan cicak yang melekat didinding.
Cicak kan suka berkumpul di dinding rumah atau bangunan. Menunggu habuan nyamuk atau serangga lain untuk makan. Tetapi pemilik iPhone duduk berkerumun di dinding kerana hendak caj iPhone mereka.
PIALA DUNIA : Neymar Tinggalkan Kejohanan Lebih Awal, Brazil Tempang Ke Separuh Akhir!!
Bintang Brazil Neymar telah mengalami kecederaan belakang dan tidak akan dapat beraksi di Piala Dunia kali ini.
Dr Rodrigo Lasmar telah memberitahu kepada wartawan Neymar mengalami keretakan di bahagian tulang belakang ketika Brazil menang 2-1 ke atas Colombia.
VIDEO : Guru Gaduh Guru - Memalukan!!!
Hish.... memalukan bila seorang tenaga pengajar yang dihormati dan berpendidikan berkelakuan seperti ini apatah lagi secara terbuka. Walaupun aku sendiri tak pasti punca sebenar pertengkaran ini, namun sebagai seorang pendidik, sudah pasti tingkahlaku ini memberi imej yang AMAT NEGATIF kepada profesion perguruan itu sendiri.
BERHIJAB : PAS Tumpang Populariti Neelofa, Fara Fauzana Dan Felixia Yap?
Antara intipati berita dari Harakahdaily bahawa Dewan Muslimat PAS Pusat mengucapkan tahniah kepada semua selebriti yang mula berhijrah sempena bulan Ramadhan yang mulia ini.
Ianya termasuk kepada bekas model dan pelakon Felixia Yap yang melafazkan syahadah memeluk Islam semalam.
"Syukur dan tahniah kepada saudari seislam kami, Felixia Yap.
PENIPUAN!!! JPM : FB Datin Maimunah Bantu Dapatkan Pekerjaan Tidak Benar!!!
Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengingatkan orang ramai tidak terpedaya dengan laman sosial Facebook menggunakan nama samaran Datin Maimunah yang mendakwa boleh membantu mendapatkan kerja dalam perkhidmatan kerajaan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat JPM, orang ramai yang berminat bekerja dalam sektor awam hanya boleh mengemukakan permohonan hanya kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
PIALA DUNIA : Brazil Dikecam Lagi Dengan Insiden Terbaru Ini!!!
Brazil sebagai penganjur piala dunia dikecam lagi dalam satu insiden terbaru. Sebuah jejambat yang sedang dibina untuk penganjuran Piala Dunia runtuh dan menghempap beberapa kenderaan di bandar raya Belo Horizonte di tenggara Brazil, awal pagi Jumaat. Sekurang-kurangnya dua orang maut manakala 22 lagi cedera parah dalam insiden itu.
AL-Fatihah : Datuk Sharifah Aini Meninggal Dunia - Perginya Permata Seni Negara
Satu lagi berita sedih buat dunia seni dan hiburan tanah air. Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini (61) telah meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi di Pusat Perubatan Pakar Damansara.
Allahyarham telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada Selasa. Kak Pah dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin. Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu.
GEMPUR PENGGANAS!!! Pakar Bom Dan Pembunuh Presiden Ditahan PDRM!!!
KUALA LUMPUR: Empat lelaki yang disyaki pemimpin kanan kumpulan Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE) ditahan dalam beberapa serbuan pada Khamis.
Suspek yang dipercayai ketua kumpulan LTTE ditahan oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman ekoran serbuan yang dilakukan di Kuala Lumpur dan Selangor.
HIDUP PR!!! Babi Dibela, Pembangunan Dicerca - JE VS Lynas!!!
Dua isu membabitkan rakyat secara langsung sehingga menyebabkan kematian.
Rakyat Malaysia umumnya masih belum terlupa bagaimana Pakatan Rakyat menjadikan isu Lynas sebagai senjata utama dengan pelbagai siri pembohongan termasuk edaran risalah, video pendek aksi si Fuziah, serta tidak ketinggalan demonstrasi besar-besaran sehinggalah menyertai jalanan di Kuala Lumpur tidak berapa lama dahulu.
VIDEO : Panassss!!! Respon Ku Nan Isu Peminta SEDEKAH - Ada Terasa?
PANASSS... Antara imej, kebersihan atau kemanusiaan? Yang mana menjadi keutamaan? Pelbagai pihak mengecam tindakan ini tanpa penjelasan lanjut mengenai mekanisma pelaksanaan dari pihak berkaitan.
PANAS!!!! Kepala Rakyat Malaysia Ini Bernilai RM16 Juta - FBI
KUALA LUMPUR: Pengganas antarabangsa yang juga rakyat Malaysia, Zulkifli Abd Hir masih belum meninggal dunia.
Dia masih hidup dan menjadi individu paling dikehendaki di dunia dan pengganas yang sukar ditangkap.
Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) menawarkan RM16 juta sebagai bayaran untuk mendapatkan kepala Zulkifli dan agensi keselamatan itu meningkatkan operasi mereka dalam menjejaki individu berbahaya ini, terutamanya selepas melihat insiden keganasan di Syria dan Iraq.
HOTTT!!!! Gambar TMJ Bersama Gadis Pilihan Tersebar Di FB!!!
Gambar Tunku Ismail bersama Cik Khaleeda (kanan) diambil dari Facebook.
Kuala Lumpur: Walaupun tiada pengumuman rasmi, berita Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dijangka melangsungkan perkahwinan pada Oktober depan, tersebar luas di laman sosial terutama Facebook, semalam.
Ini berikutan penyebaran surat edaran mengenai mesyuarat jawatankuasa santapan dan jamuan sempena istiadat perkahwinan Diraja, yang diadakan semalam yang turut terbesar di laman sosial.
GAMBAR : Kemalangan Kereta Perisai Korbankan 2 Anggota, 2 Parah!!!
Berita sedih buat pasukan keselamatan negara pada Ramadhan kali ini.
Dua anggota tentera masing-masing berpangkat Sarjan dan Koperal maut manakala dua lagi parah apabila kereta perisai yang mereka naiki terbabas sebelum terbalik di Kilometer 232.6 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Kuala Kangsar hari ini.
VIDEO : Anak-Anak Peneroka FELDA PATUT Tonton Video Ini!!!!
Sedih, sebak dan memilukan....
Video 6 minit ini telah membuatkan air mata ini mengalir tanpa disedari. Walaupun aku bukanlah peneroka atau anak peneroka, namun keperitan dan kepayahan yang mereka alami dan hadapi sehingga sampai ke hari ini bukanlah satu pengorbanan yang sia-sia.
Syukur pada Allah. Terima Kasih FELDA !!!
Sekadar berkongsi komen berkenaan video ini :
VIDEO : Himpunan Aksi-Aksi Terlampau Dan Berani Mati!!!
Awas....video ini memaparkan aksi-aksi yang boleh menganggu emosi dan ketenteraman anda. Jangan sesekali MENCUBANYA di rumah atau di mana-mana sahaja tanpa pengawasan. Selamat menonton.......
PENGGANAS!!! : MAT SABU, MAHFUZ... Nak Kata Apa Dengan Anak Presiden Parti NI?
Apakah yang membezakan Zaharudin Muhammad dan Najib Razak ?
Secara mudahnya sudah pasti mereka tidak punya ikatan adik beradik selain daripada Najib Razak merupakan seorang Perdana Menteri Malaysia berbanding Zaharudin seorang Ahli Majlis Syura Ulama PAS.
ALHAMDULILLAH : "Pagi 3 Julai Saya Telah Islam Di Hati" - Felixia Yeap
Tiba sudah hari yang paling besar lagi bermakna dalam seumur hidup Felixia. Maka hari ini beliau akan mengucap Dua Kalimah Syadah dan memeluk Islam. Walaupun tidak didedahkan lokasi dan bila beliau akan memeluk Islam, di blog miliknya ada satu artikel terbaru berkenaan kisah suka duka, duri ranjau dalam ujian untuk memeluk Islam.
Entri penuh dari blog beliau:
Assalammualaikum.
Sejak beberapa bulan ini, dari saat saya bertekad sebulat hati mengenakan hijab walaupun sebagai seorang yang belum Islam hatinya, hingga ke saat ini (3 Julai, sekarang pukul 6 pagi baru lepas Sahur), di mana saya telah Islam di hati, cuma tinggal perasmian sebagai seorang Islam di atas kertas dan di depan 4 orang saksi...saya telah mengharungi pelbagai dugaan.
KEJUTAN!!! Remaja Kacukan Melayu Tewaskan Rafael Nadal Di Wimbledon
MELBOURNE : Keraguan ibu terhadap keupayaannya untuk mengalahkan pemain tenis nombor satu dunia, Rafael Nadal telah mendorong Nick Kyrgios mencipta kemenangan mengejut ke atas pemain terkemuka dunia itu di Wimbledon malam Selasa.
Remaja itu memberitahu Australian Associated Press (AAP), beliau terkejut apabila membaca temubual bersama ibunya Norlaila yang dilahirkan di Kuala Lumpur memperkecilkan peluangnya dalam pertemuannya dengan Nadal di pusingan keempat.
MUTAKHIR!!! Benarkah Suspek Utama Pembunuhan TKP Kastam DITAHAN!!!- BERITA HARIAN
Selepas lebih setahun diburu pihak berkuasa, suspek utama kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim, di Putrajaya, tahun lalu, akhirnya diberkas polis.
Portal Berita Harian Online (KLIK SINI) telah memuatkan berita ini pada jam 11:56 malam tadi.
Meriahkan Trafik Blog : Exchange Blog List Di Sini!!!
Di ruangan ini, admin sediakan perkhidmatan Auto Backlink secara PERCUMA kepada sesiapa sahaja yang berhasrat untuk menaikkan lagi nama Blog atau Website masing-masing agar diketahui umum. Dengan cara ini secara tak langsungnya ia akan menambahkan "pendapatan" melalui banner-banner Ads yang dipasang.
Caranya mudah, pasangkan saja Butang Backlink BB pada blog atau website anda dan admin juga akan memasang Butang Backlink anda kedalam blog Belia Bangkit. Admin juga akan menyenaraikan nama blog/website anda ke dalam Senarai Backlink Belia Bangkit agar memudahkan orang ramai mengesan blog/website kepunyaan anda.
Caranya mudah, pasangkan saja Butang Backlink BB pada blog atau website anda dan admin juga akan memasang Butang Backlink anda kedalam blog Belia Bangkit. Admin juga akan menyenaraikan nama blog/website anda ke dalam Senarai Backlink Belia Bangkit agar memudahkan orang ramai mengesan blog/website kepunyaan anda.
KUKU BESI : 3 Pemimpin PKR Diberi Tunjuk Sebab!!!
Gara-gara mengeluarkan kenyataan media berhubung isu jawatan Menteri Besar Selangor, tiga ahli PKR termasuk bekas Setiausaha Politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Faekah Husin akan diberikan surat tunjuk sebab.
Dalam satu kenyataan, Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, pihaknya perlu mendapatkan penjelasan berkenaan kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh Shamsul Iskandar Md Akin, Faekah dan Amiruddin Shari.
TERBAIKLAH!!! Tazkirah Ramadhan Ulama Muda Mesir Versi "KELATE"
Nama Ustaz Mat Mesir atau nama sebenarnya Syeikh Mohamed Abdul Aziz Mahmoud Ghonim bukan nama asing bagi rakyat Malaysia, khususnya yang pernah mengikuti pengajian di Timur Tengah.
Istimewanya Ustaz Mat Mesir ini, beliau mampu menguasai Bahasa Melayu dan dapat bertutur dalam dialek Kelantan dengan fasih.
DIBURU POLIS : Pensyarah TERLAMPAU Universiti Malaya!!!!
Apa dah jadi? Pensyarah yang sepatutnya menjadi pendidik dan pencetus kecemerlangan modal insan buat negara pada masa hadapan terlibat dengan aktiviti tidak sihat dan merbahaya.
Bahagian Anti Keganasan, Cawangan Khas Bukit Aman memburu lima individu termasuk seorang pensyarah Universiti Malaya kerana disyaki terbabit dalam kegiatan militan di negara ini.
VIDEO DAN GAMBAR : Tanah Runtuh/Jerlus Di Jalan Hang Tuah - Imbi
Perkhidmatan KL Monorail dari Stesen Hang Tuah ke Stesen Imbi dihentikan sementara berikutan keretakan tanah berdekatan tiang monorel di persimpangan empat lampu isyarat di Jalan Imbi, Kuala Lumpur pada pagi Rabu.
Terowong bawah tanah yang masih dalam pembinaan runtuh manakala laluan di Jalan Imbi jerlus pada kira-kira pukul 10.40 pagi.
CUCI TANGAN!!! DAP Kambing Hitamkan Khalid Ibrahim - Padan Muka!!!
Tidak tahu apakah perasaan yang bermain di fikiran ketika ini. Nak kesian atau nak gelak je dekat Menteri Besar Selangor nan sorang ni. Kini, Saban hari DAP berterusan membuat kritikan terbuka kepada Menteri Besar Pakatan Rakyat (PR) Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Sekali tengok macam DAP lupa mereka juga sebahagian daripada kerajaan PR di Selangor sejak dua penggal lepas dan kini setelah dilanda berbagai masalah kerana ketidakcekapan, mereka mula 'cuci tangan' dan salahkan hanya seorang individu iaitu Abdul Khalid.
VIDEO : SEDIH - Kisah Benar Pasangan Pengantin Yang Menjadi Viral DiYoutube!!!
Video ini berjaya meruntun hati ramai pihak setelah menontonnya yang memaparkan sebuah kisah benar perkahwinan di antara Rowden and Leizl.
Pasangan ini berasal dari Filipina di mana pada asalnya ingin berkahwin pada hari lahir Rowden yang ke 30. Namun takdir menentukan segalanya, Rowden disahkan menghidap penyakit cancer atau barah tahap 4 iaitu paling kritikal.
NUR RAMADHAN : Neelofa Ambil Keputusan Untuk Berhijab - TAHNIAH!!
Siapa tak kenal dengan aktres cantik Neelofa yang terkenal dengan imej seksi dan daring. Sempena bulan Ramadhan tahun ini, Neelofa membuat perubahan baru dalam hidupnya apabila memilih untuk berhijab sepenuhnya.
Biarpun berita penghijrahan tersebut masih lagi belum ada pengesahan daripada empunya diri namun, ia telah dikongsikan sendiri oleh adik Neelofa melalui laman sosial Instagram yang gembira diatas perubahan kakaknya.
SELFIE TERLAMPAU!!! Gambar Diranjang Pun Dikongsi Di Laman Sosial!!
Adoyai...... Apakah semua perkara hendak di selfie kan dan dikongsi di laman sosial? Budaya kitakah?
Admin pun tidak tahu apa yang mereka fikir sehingga gambar-gambar macam ni boleh berada di Instagram sendiri.
MKPN!!! Pendedahan Berani MATI Bekas Ketua Hakim Negara - BUMIPUTERA WAJIB BACA!!!
Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad menolak tawaran menjadi Pengerusi Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) kerana khuatir diperalat oleh pihak yang berkepentingan dalam MPKN yang sentiasa mencari peluang memperkukuh kedudukan dan menghakis hak orang Melayu dan kedudukan Islam serta anak negeri Sabah dan Sarawak.
Ikuti luahan Tun Abdul Hamid Mohamad dalam laman blognya seperti dibawah:
GAMBAR : Pemimpin PKR Terlibat Gugur Kandungan Didedahkan?
DAP dan PKR sentiasa beretorik kononnya mereka adalah sebuah parti yang sangat kuat bekerja untuk rakyat. Kononnya juga mereka tidak rasis dan sentiasa memastikan keadilan ekonomi di kalangan rakyat. Malah DAP secara terbuka menyatakan, parti tersebut menggunapakai fahaman Sosialis dalam perjuangan mereka. Manakala PKR pula, tidak pernah dapat membezakan antara Sosialis dengan Idealisme.
Hakikatnya, amalan yang dibuat oleh para pemimpinnya bertentangan dengan apa yang mereka perjuangkan. Tidak ada kesamarataan yang diperjuangkan, sebaliknya para pemimpin DAP dan PKR sentiasa mencari jalan untuk menganiayai rakyat.
VIDEO : Subhanallah!!! Hebatnya Kanak-Kanak Ini Sehingga Juri Pun Mencium Tangannya!!
Menitis air mata melihatkan video ini.
Seorang juri program menghafaz Al-Quran di Indonesia iaitu Hafiz Indonesia begitu sebak dan kagum kepada seorang kanak-kanak berusia 5 tahun mampu menghafaz 30 juzuk Al-Quran.
Juri berkenaan Abi Amir Faisol Fath kemudiannya datang ke arah kanak-kanak itu yang bernama Musa dan mencium tangan Musa mengambil keberkatan mukjizat Al-Quran yang dihafal oleh kanak-kanak itu.
GIGIT!!! Lihat Respon Chiellini Terhadap Permohonan Maaf Suarez!!
Permohonan maaf Suarez terhadap Chiellini
Akhirnya Suarez telah meminta maaf secara terbuka kepada Giorgio Chiellini atas insiden menggigit bahu pemain Italy itu ketika perlawanan peringkat kumpulan piala dunia antara Uruguay vs Italy pada 24 Jun lalu.
Suarez mengemukakan permohonan maaf itu melalui laman twitter. Selain memohon maaf, Suarez turut kesal dengan apa yang berlaku dan berikrar untuk tidak mengulanginya pada masa akan datang.
VIDEO : Wanita Upload Video Untuk Kesan Lelaki "Cinta" Pandang Pertamanya Di MRT!!
Hai dah macam skrip drama pulak.
Seorang wanita cantik dari Filipina dengan beraninya membuat keputusan untuk memuat naik sebuah video yang bertujuan untuk bertemu kembali dengan jejaka kacak yang ditemuinya di MRT baru-baru ini.
Video ini telah menjadi viral di mana ramai pihak berkongsikan rakaman video gadis tersebut yang membuat pengakuan telah jatuh cinta pandang pertama terhadap jejaka idamannya itu.
GAMBAR SEKSI : Puas Nafsu Dengan Gambar Dikutip Di Laman Sosial
Golongan wanita disaran agar tidak memuatnaik gambar peribadi ke laman sosial kerana dikhuatiri akan menjadi mangsa psikologi seks kaum lelaki.
Si pelaku menggunakan modus operandi dengan mengambil gambar wanita yang tidak dikenali di laman sosial seperti Facebook, blog dan sebagainya.
HUDUD!!! Guan Eng Mahu 3 Menteri Baru Desak Kabinet!!
Kwong Wah Yit Poh, 30 JUN 2014, halaman A10,
Kuasa tokong DAP hanya didalam pakatan,namun tokong kesayangan khawarij Pas ini cuba meluaskan kuasa dan pengaruh hingga didalam BN.
Ada juga kalangan pemimpin BN yang berimankan tokong ini apabila mereka senada dengan pelbagai isu.
MH370 : Bukti Baru Dedah Gangguan Di Kokpit Pesawat!!!
PENYIASAT nahas udara, kehilangan pesawat MH370 telah menemui bukti baru mengenai kokpit pesawat yang berkemungkinan telah diganggu.
Satu laporan yang dikeluarkan oleh penyiasat nahas udara Australia mendedahkan bahawa pesawat Boeing 777 yang hilang mengalami gangguan kuasa misteri pada peringkat awal penerbangan, yang membuatkan pakar-pakar percaya ia boleh menjadi sebahagian daripada usaha untuk mengelak daripada dikesan radar.
VIDEO : Khalwat!! Penjawat Awam Antara Dicekup Di Ramadhan Pertama
ALOR SETAR – Di kala umat Islam menyambut kedatangan Ramadan dengan melakukan solat Tarawih dan amal ibadat, lain pula yang terjadi di Alor Setar, Kedah.
Seorang model sambilan dicekup berkhalwat bersama pasangannya di sebuah hotel di Lebuhraya Darulaman, Alor Setar, malam tadi.
Wanita berusia 24 tahun itu dipercayai berasal dari Selangor dikatakan datang ke Kedah semata-mata untuk menemui kekasihnya yang berusia 25 tahun yang menetap di Langgar, Alor Setar.
GAMBAR : TRAGIS!! Kematian Pertama Di Bazar Ramadhan Putrajaya!!
Sesungguhnya ajal dan maut itu di tangan Allah jua. Bazar Ramadhan Putrajaya hari ini digemparkan dengan satu kemalangan maut yang melibatkan seorang pengunjung yang juga merupakan seorang penjawat awam.
Butiran kejadian adalah seperti di bawah :
Mangsa/jenazah:
KELAB BOGELLL? Hanya Jalur Gemilang Membaluti Tubuh!!!
HANYA DI PENANG!!!! Singapore Kedua....
Ianya dilaporkan berlaku disebuah kelab malam di Penang dan kita tidak tahu sama ada mereka memakai pakaian separuh bogel atau bogel.
Tetapi mengikut sebuah page di facebook mengatakan mereka tidak memakai sebarang pakaian. Kenapa perlu menggadaikan Maruah Bendera Malaysia atau Jalur Gemilang ini?
Tanpa Allah, Kristian Tidak Rugi - Ridhuan Tee
Keputusan mahkamah berhubung isu kalimah Allah telahpun diketahui. Masih ramai yang tidak berpuas hati terutama di kalangan ultra kiasu. Saya masih tertanya-tanya apakah tanpa menggunakan kalimah Allah, mereka akan menanggung kerugian yang besar? Sedangkan selama ini, mereka tidak pernahpun menggunakan kalimah, kecuali kalangan mereka di Sabah dan Sarawak.
TIDAK BATAL PUASA? 19 Jawapan Berkaitan Isu Dan Amalan Perubatan
Kita selalu tertanya-tanya, apakah prosedur perubatan yang kita atau rakan-rakan kita jalani itu telah membatalkan puasa? Di sini dikongsi 19 kes atau senario rawatan perubatan yang TIDAK MEMBATALKAN PUASA kita.
1. Ubat titik mata dan telinga, cuci telinga (earwash)
2. Ubat GTN yang diletakkan di bawah lidah dengan syarat ia tidak ditelan.
HIDAYAH : Pengislaman Bekas Model Antarabangsa Malaysia Dikritik!!
Seperti yang diketahui ramai, bekas model Playboy, Felixia Yeap bakal mengucap dua kalimah syahadah pada 5 Ramadan iaitu pada 3 Julai ini.
Jika diperhatikan penghijrahan Felicia memeluk agama Islam seakan menjadi topik hangat di kalangan masyarakat Malaysia.
Ramadhan : Masyarakat Taiwan Pelik Dengan Puasa Soo Wincci
PETALING JAYA: Penyanyi Soo Wincci yang kini menetap di Taiwan memberitahu tindakannya berpuasa pada bulan Ramadan kali ini dipandang sebagai sesuatu yang pelik oleh rakan-rakan berbangsa Cina di negara itu.
Bagaimanapun, Soo Wincci, 28, berkata, ia adalah salah satu perkara yang cuba ditunjukkan kepada rakan-rakannya tentang kelebihan berpuasa yang diamalkan oleh umat Islam setiap kali menjelangnya Ramadan.
MENTERI BESAR : Khalid Bakal Diganti Pada Bila-Bila Masa?
Kekalahan Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor dalam pemilihan Ketua Cabang Kuala Selangor dua hari lalu seperti turut menunjukkan tempoh hayatnya sebagai Menteri Besar Selangor juga bakal berakhir.
Kekalahan ini merupakan isyarat jelas kepimpinan tertinggi PKR mahu Khalid berundur secara terhormat bukannya melalui undi tidak percaya di Dewan Negeri Selangor. Justeru untuk memaksa Khalid berundur ialah melalui kekalahan beliau di kawasan sendiri.
KISAH BENAR!! Daging Babi Dibeli Untuk Ibu Buat Juadah Berbuka!!!
Tak mampu saya nak tahan air mata ketika mendengar kisah benar yang diceitakan oleh seorang ustaz dalam tazkirahnya di sebuah masjid dalam kawasan Jengka baru baru ini. Sekitar awal 90an, seorang pemuda 30an menjerit jerit seorang diri di rumahnya tiap kali sampai waktu maghrib terutamanya di bulan Ramadhan, dia meraung setiap hari bagaikan orang diserang histeria. Jirannya membawa lelaki itu bertemu dengan ustaz tadi yang ketika itu bertugas sebagai pensyarah UiTM Kuantan untuk diubati.
KONGSI KUASA : Beza PR Dengan BN!!
Ahli Parlimen Langkawe, Datuk Ir Nawawi Ahmad berkata konsep permuafakatan dan keikhlasan di dalam Barisan Nasional (BN) cukup terserlah dengan perlantikan terbaru anggota kabinet daripada MCA dan Gerakan.
Menurut beliau berbanding dengan pembangkang mereka hanya sekadar perkongsian di atas kertas dan masing-masing tidak berpaksikan kepada keikhlasan sepertimana contoh yang boleh dilihat di beberapa negeri yang diperintah oleh mereka.
Macam Mana Ni? Anak Pelakon Belajar Bible Dan Al-Qur'an!!
Pelakon dan Pengacara Popular Daphne Iking teruja melihat anak hasil perkahwinannya yang pertama Ryan, Isobel Daniella begitu cenderung untuk mempelajari agama islam walaupun usianya baru 6 tahun.
Langgan:
Catatan (Atom)