Gara-gara mengeluarkan kenyataan media berhubung isu jawatan Menteri Besar Selangor, tiga ahli PKR termasuk bekas Setiausaha Politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Faekah Husin akan diberikan surat tunjuk sebab.
Dalam satu kenyataan, Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, pihaknya perlu mendapatkan penjelasan berkenaan kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh Shamsul Iskandar Md Akin, Faekah dan Amiruddin Shari.
“Saya rujuk kenyataan media yang dibuat beberapa ahli PKR baru-baru ini berkaitan isu Menteri Besar Selangor.
“Lembaga Disiplin akan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada anggota-anggota berikut untuk mendapatkan penjelasan berkenaan kenyataan media yang telah dikeluarkan,” katanya.
Shamsul Iskandar yang merupakan Ketua Pemuda PKR, Adun Batu Caves, Amiruddin dan Faekah yang merupakan penyelaras Dun Pelabuhan Klang bertelagah di media sejak isu pertukaran Menteri Besar kembali hangat diperkatakan.
Shamsul secara terbuka turut mendesak pengunduran segera Abdul Khalid daripada jawatan Menteri Besar gara-gara gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor.
Kemelut jawatan menteri besar itu berterusan apabila Amiruddin menyokong kenyataan Shamsul namun dibidas Faekah ekoran dikatakan tidak akur dengan arahan Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggesa pemimpin PKR berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan.
Laporan media turut menyebut Setiausaha Politik Abdul Khalid, Mustapha Mohd Talib yang juga ahli PKR cabang Kuala Selangor digantung keahlian selama setahun selepas dituduh mengugut seorang calon untuk tidak meneruskan niat bertanding dalam pemilihan kali ini.
- SUMBER
- SUMBER
Dah memang dasar mereka..bergaduh, Demontrasi, lempar kerusi..dah darah daging..lantak kau orang la
BalasPadam