Selepas lebih setahun diburu pihak berkuasa, suspek utama kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim, di Putrajaya, tahun lalu, akhirnya diberkas polis.
Portal Berita Harian Online (KLIK SINI) telah memuatkan berita ini pada jam 11:56 malam tadi.
Suspek berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan bersama tiga lagi individu lain dalam dua serbuan berasingan di Ampang dan Batu Caves, oleh Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Kontinjen Kuala Lumpur, berdasarkan maklumat dan pemantauan yang dijalankan jam 5 pagi tadi (semalam).
Umumnya, seluruh rakyat Malaysia menantikan "kesudahan" kepada tragedi ini yang menggemparkan negara tahun lalu.
Al-Fatihah kepada arwah.....
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....