Nuffnang

HISH!!! Bayi Perempuan 9 Bulan Dirogol!!




Satu lagi serangan seksual, kali ini melibatkan bayi sembilan bulan.

Ibu berusia 27 tahun dari Taman Desa Ria di Petaling Jaya, Selangor, mendakwa bahawa dia mendapati kesan darah pada lampin anaknya di rumah mereka pada malam Selasa.

Ibunya yang bekerja sebagai kerani, terkejut dengan penemuan itu terus memeriksa seluruh tubuh badan anaknya dan mendapati darah keluar dari alat kelamin.

Bayi perempuan berkenaan sebelum itu telah dihantar ke rumah jirannya pada jam 8:30 pagi.

Semasa pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur, doktor mengesahkan bahawa anaknya telah di'tebuk'.

Dia kemudian terus membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi pada malam yang sama.

Ibu bayi bekenaan telah menghantar anaknya ke rumah jirannya sejak lahir dan serangan itu mungkin dilakukan oleh seorang remaja yang mungkin telah menonton filem-filem lucah di laman web yang boleh didapati secara meluas di Internet.

read more...

GADIS PLAYBOY Malaysia Kini Selesa Berhijab!!!





Langkah bertudung Playboy Bunny pertama warganegara Malaysia dan model, Felixia Yeap mengejutkan ramai orang walaupun beliau bukan seorang Muslim, malah peminatnya melabel tindakan tersebut sebagai "aksi publisiti".

Jelitawan 27 tahun dari Ipoh yang memulakan karier sebagai model sejak usia 19 tahun itu bagaimanapun tidak mengendahkan sebarang kesangsian dan kritikan yang dilemparkan kepadanya sejak beliau mula memakai hijab beberapa bulan lalu."Mereka berkata saya lakukan ini bertujuan mencari Datuk Melayu kaya untuk berkahwin."Jika saya mahu mencari seorang lelaki kaya, saya sudah lakukannya sejak dahulu lagi ketika saya masih aktif sebagai model yang sentiasa memberi pose seksi.

Kritikan mereka tidak logik. Apa yang saya mahu lakukan ialah untuk lebih banyak menutup dan melakukan peragaan yang lebih sopan," kata beliau kepada The Malaysian Insider.Menjelaskan tindakan beliau lagi, Yeap berkata walaupun ia satu kejutan kepada peminatnya, cinta beliau terhadap pakaian Islam telah bermula ketika di bangku sekolah lagi.




Langkah Yeap dikritik ramai Muslim dan juga bukan Islam yang mengganggap beliau "tidak menghormati" wanita Islam yang memakai hijab. Mereka berkata sebelum memakai hijab, Yeap sepatutnya membuang semua gambarnya berpakaian Playboy Bunny dan lain-lain yang mendedahkan dan seksi. Hampir 148,000 peminat di Facebook dan blog beliau mengkritik tindakan tersebut sebagai sebuah "aksi publisiti" untuk mendapat lebih populariti dan kemasyhuran. Ada juga yang meninggalkan laman media sosial beliau selepas itu.

Yeap, yang masih menerima jemputan untuk hadir dalam acara Playboy dan majlis di seluruh dunia walaupun telah bersara sebagai Bunny pada 2010, mempertahankan tindakannya itu.

Beliau berkata, walaupun ada umat Islam mengkritik, kebanyakan komen negatif datang daripada bukan Islam.

Dalam temu bual, Yeap yang belum berkahwin, kelihatan anggun dan cantik memakai tudung berwarna merah jambu. Katanya beliau sangat suka dengan baju kurung dan pakaian tradisi masyarakat Melayu-Islam."

Saya mengidamkan untuk memakai tudung tetapi peluang tersebut hanya saya dapat pada tahun ini ketika mencuba nasib dalam temuduga komersil televisyen Celcom untuk sambutan Hari Raya.

"Ia tudung berwarna biru dan saya jatuh cinta terus dengannya. Kemudian, saya mempunyai satu lagi peluang mengenakan tudung apabila menjadi model untuk sebuah butik Islam dalam pertunjukan fesyen semasa Hari Raya," katanya. Yeap, yang juga bekas guru tadika, memulakan kerjaya dalam pemodelan pada tahun 2005 apabila dia memasuki pertandingan Dewi Remaja yang dianjurkan oleh sebuah majalah tempatan dan menjadi salah seorang finalis ketika itu.

Beliau kemudiannya menyertai banyak pertandingan ratu cantik lain dan di puncak kerjayanya telah dijemput untuk menjadi Playboy Bunny dan bekerja di sebuah kelab di Macau.Tetapi kerjayanya di kelab itu hanya bertahan sebulan apabila Yeap membuat keputusan untuk pulang ke tanahair bagi meneruskan kerjaya sebagai model. 

"Memang saya tidak pernah berniat untuk bekerja di sana untuk suatu tempoh yang lama. Ya, ia menyeronokkan dan saya belajar banyak perkara tetapi permodelan adalah cita-cita saya bukan bekerja di kelab itu," kata Yeap.

read more...

BLACK HAWK DOWN : Akhirnya Amerika Akui Selepas 20 Tahun!!!




PORT DICKSON — Amerika Syarikat (AS) akhirnya menyatakan penghargaan terhadap pengorbanan dan sumbangan tentera pengaman Malaysia yang terbabit dalam misi menyelamatkan anggota tentera kuasa besar dunia itu di Mogadishu, Somalia pada 3 Okt 1993.

Penghargaan dan ucapan terima kasih itu diutarakan oleh Pemangku Penolong Setiausaha Negara bagi Biro Hal Ehwal Politik Tentera AS, Tom Kelly hari ini setelah lebih 20 tahun kejadian itu berlaku.

Katanya, tentera pengaman Malaysia yang terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menyertai operasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Somalia ketika itu telah membuktikan keberanian dan kehebatan mereka dalam menjalankan tugas.

“Dalam operasi keamanan global, kami sentiasa mengagumi peranan pasukan pengaman Malaysia, dan kami juga mendapat manfaat daripada keberanian dan keperwiraan anggota pasukan pengaman Malaysia.

“Dan seorang anggota pengaman Malaysia terkorban dalam usaha menyelamatkan tentera Amerika di Mogadishu, 20 tahun lepas,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan pengiktirafan ‘Full Training Capability’ dan pelancaran pelan induk Pusat Latihan Pengaman Malaysia, di sini hari ini.

Turut hadir Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.




Dalam kejadian 20 tahun lalu, sekumpulan askar AS terperangkap di kawasan musuh iaitu tentera militan Somalia selepas dua helikopter Black Hawk mereka ditembak jatuh di bandar Mogadishu.

Pasukan pengaman Malaysia bersama pasukan pengaman Pakistan dan AS yang menyertai operasi UNOSOM II di bawah PBB kemudian ditugaskan menyelamatkan kumpulan askar terbabit.

Operasi menyelamat tersebut akhirnya berjaya bagaimanapun seorang tentera pengaman Malaysia terbunuh sementara lapan lagi mengalami kecederaan.

Biar pun sudah 20 tahun berlalu, tiada penghargaan rasmi diberikan oleh pihak AS terhadap pasukan pengaman Malaysia yang telah menyelamatkan tentera mereka dan langsung ‘dilupakan’ dalam sebarang babak dalam filem ‘Black Hawk Down’ arahan pengarah Ridley Scott pada 2001 yang kononnya memaparkan kisah benar kejadian itu.

Kelly berkata, pasukan pengaman Malaysia kini sudah menerajui di peringkat rantau ini dan global dan dengan kewujudan Pusat Latihan Pengaman Malaysia, di sini membuktikan Malaysia mempunyai pasukan pengaman yang terbaik.

“Saya fikir semua rakyat Malaysia harus berbangga dengan apa yang telah dicapai pasukan pertahanan Malaysia,” katanya. - BERNAMA
read more...

KANTOI!! Pegawai JPJ Disiasat Kes Babitkan RM2.6 JUTA




Seorang kakitangan wanita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wangsa Maju, Kuala Lumpur antara 11 individu yang ditahan polis bagi membantu siasatan kes curi 26 jentera berat di lima negeri membabitkan nilai RM2.6 juta sejak awal tahun lalu.

Wanita berusia 56 tahun itu ditahan semalam bersama dua orang tengah atau ‘runner’ bagi membantu siasatan kes curi jengkaut dan jentera pengorek yang dilaporkan hilang di Pahang, Selangor, Johor, Kuala Lumpur dan Perak.

Difahamkan, sindiket terbabit mencuri jentera berat itu di lokasi tertentu dan dipercayai melarikannya menggunakan treler sebelum menjual semula kepada pembeli selepas memadam nombor casis kenderaan berkenaan.

Ketua Polis Pahang Datuk Shariffudin Abdul Ghani berkata, sindiket itu berjaya dilumpuhkan menerusi Op Cantas Lejang hasil kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh

“Hasil serbuan di beberapa lokasi di negeri ini, Kuala Lumpur, Selangor dan Johor, polis menahan lima individu berusia antara 30 dan 55 tahun selain menemui 26 jentera berat iaitu 23 jengkaut jenis Case, dua jengkaut jenis JCB dan sebuah jentera pengorek dianggarkan bernilai RM2.6 juta.

“Siasatan lanjut mendapati sebahagian jentera itu dilaporkan dicuri di negeri ini sebelum dijual di Johor, Selangor dan Kuala Lumpur dengan nombor casis dipadamkan,” katanya pada sidang media di Temerloh, semalam.

Hadir sama Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh.

Shariffudin berkata, dengan tertangkap lima suspek itu, polis seterusnya mengesan satu sindiket mengeluarkan dokumen kenderaan palsu seperti geran dan cukai jalan dengan penangkapan tiga lelaki di Desa Pandan, Kuala Lumpur.

“Susulan itu, pagi ini (semalam), polis menangkap tiga lagi suspek termasuk seorang kakitangan JPJ Wangsa Maju dan dua orang tengah berusia 30 tahun bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, dengan tertangkapnya 11 suspek itu, polis menyelesaikan 26 kes kecurian jentera berat dilaporkan iaitu dua di Pahang, Selangor (sembilan), Johor (lima), Kuala Lumpur (tiga) dan Perak (satu) manakala baki enam jentera lagi tidak dapat dikesan.


read more...

PENDARATAN CEMAS!!! Penerbangan Air Asia Ke P. Pinang Mendarat Di Kuching





KUCHING: Pesawat Air Asia dari Kota Kinabalu ke Pulau Pinang terpaksa membuat pendaratan cemas selepas seorang penumpang wanita warga emas tiba-tiba tidak sedarkan diri selepas tiga kali pengsan sejak pesawat berlepas kira-kira jam 1.30 petang. 

Penumpang, Annie Dunlop, 71, dari Sandakan dipercayai pergi ke Pulau Pinang untuk menjalani rawatan penyakit hati yang dialaminya.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Pauzi Bujang berkata, pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada jam 3 petang dan pasukan perubatan mengesahkan wanita itu sudah meninggal dunia.

read more...

TRAGEDI!!! Bas REDAH Rumah Kedai Di PUDU





Malang tidak berbau.... 3 dilaporkan cedera apabila sebuah bas hilang kawalan lalu merempuh lot kedai di Jalan Pudu petang tadi.

Menurut saksi, bas Rapid KL itu sedang bergerak apabila tiba-tiba hilang kawalan dipercayai kerana jalan yang licin akibat hujan lebat. Bagaimanapun, mereka yang tercedera hanya mengalami kecederaan ringan.
read more...

MENGAMUK!!! Apa Kena Dengan Penjaga Pusat Letak Kereta Ni?





Pulau Pinang - Belum sempat Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang tamat ada pula isu baru dibangkitkan di perkarangan tempat Sidang DUN berlanggsung ada sekumpulan penjaga tempat letak kereta mengamuk.

Isunya, sekumpulan penjaga tempat letak kereta ini tidak berpuas hati dengan sistem baru meletakkan kenderaan yang dilaksanakan oleh kerajaan DAP.

Kebanyakan pengusaha tempat letak kenderaan marah kerana sistem baru yang diperkenalkan. ini kerana di lihat lebih kepada menjaga kroni puak-puak DAPyang kini kian jelas menekan penggusaha tempat letak kereta yang rata-ratanya telah lama berkecimpung di dalam perniagaan tersebut.

Di lampirkan satu laporan yang telah dibuat kepada pihak SPRM kerana tidak ada sebarang tender terbuka yang dibuat kepada mana-mana pihak pengusaha tempat letak kereta. Malah ianya di lihat lebih mengkayakan kroni-kroni DAP yang menyokong pentadbiran Lim Guan Eng.




Jika kaum sebangsanya pun Kerajaan DAP sanggup tolak ketepi apatah lagi bangsa lain yang tidak menyokong pentadbiran kerajaan DAP di Pulau Pinang khususnya Orang-orang Melayu sememangnya DAP akan terus-terusan menindas Orang Melayu.

read more...

SUBHANALLAH!!! Tweet Ustaz Kazim Elias Yang MEMUKAU!!!!





PERINGATAN!!! Posting ini bukanlah untuk mengagungkan UKE, sebaliknya apa yang dikongsikan beliau dalam tweetnya.

Pendakwah bebas, Ustaz Kazim Elias baru ini memuat naik sebuah gambar yang sangat menarik di akaun Twitter beliau.

Ia gambar awam yang terbentuk seperti sekumpulan tentera Islam zaman lampau yang sedang bergerak menuju ke medan perang.

Menurut beliau, ia diambil pada tahun 2009 di Nilai, Negeri Sembilan.

Kalau begitu, bermakna ia sudah 4 tahun… mungkin ramai yang sudah melihatnya.

Kepada yang belum, di bawah ini disertakan gambar yang dimaksudkan itu.

Klik pada imej itu untuk membesarkannya dan anda akan dapat lihat dengan jelas imej sekumpulan pahlawan berkuda.

Subhanallah… Maha Suci Allah…
read more...

YA ALLAH!!! Sombong Dan Angkuhnya Mangsa Banjir Ini!!!




Orang Berbudi, Kita Berbahasa
orang Memberi, Kita Merasa

Inilah mentaliti penyokong PKR yang tidak dapat diubah. Sombong dan bongkak walaupun Allah menguji mereka dengan dugaan banjir. 

Dalam masyarakat Malaysia bertungkus lumus membantu mangsa-mangsa banjir, pengikut PKR ini masih sombong memilih bentuk bantuan yang mereka mahukan. 

Tergamak tuan rumah ini meletakkan "white board" di hadapan rumahnya yang berbunyi, 

"To the onlookers, strangers and invited guests. We do not need your sympathy, money & stupid Q. For now, we need 1. Food 2. Man power to clean up our house. If U cannot do that, please leave. TQ." 

Kalau beginilah sombongnya penyokong PKR, biar MP Kuantan, Fuziah Salleh sajalah yang melayan kerenahnya. Tak kuasa kita hendak bantu.
read more...

ASTAGHFIRULLAH!!! Tergamaknya Hadi Awang!!! Laporan Polis Oleh Minda Pondok





Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Minda Pondok, hari ini membuat laporan polis terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) kerana didakwa mengeluarkan kenyataan yang boleh memecahbelahkan umat Islam.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Binjai di sini oleh Pengerusi Biro Bertindak Agama Minda Pondok Mohd Syamsul Mohd Yussof, yang diiringi 20 anggota NGO itu pada 10 pagi.

Mohd Syamsul berkata Abdul Hadi membuat kenyataan itu dalam berita bertajuk "Umno Paling Kuat Menentang Islam Berbanding DAP" yang disiarkan akhbar Harakah.

"Ia adalah satu kenyataan fitnah dan berniat jahat kerana orang Umno adalah orang Islam," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan itu.

Presiden PAS itu dilapor mengeluarkan kenyataan berkenaan semasa Muktamar PAS ke-59 pada 29 November lepas.
read more...

SYIAH!!! Video Pendedahan Penglibatan Mat Sabu Oleh KDN!!






PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mendedahkan pembabitan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu atau lebih popular dikenali sebagai Mat Sabu, dengan fahaman Syiah berdasarkan pendedahan 10 bukti membabitkan tokoh pemimpin berkenaan.

Pendedahan itu dibuat Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi yang turut mendedahkan pemimpin nombor dua PAS itu terbabit secara aktif menerusi tulisan, ceramah, temuramah dan amalan yang menjurus kepada fahaman Syiah.

Antara bukti yang disenaraikan ialah Mohamad Sabu pernah menggesa umat Islam mencontohi kepimpinan Imam Khomeini yang mengamalkan fahaman Syiah melalui tulisannya dalam sebuah akhbar tempatan.

Berdasarkan maklumat KDN, Mohamad Sabu juga pernah menghadiri kelas agama yang dikendalikan ustaz berfahaman Syiah di Perak pada 2011.

Abdul Rahim berkata, KDN dan JAKIM serta JAIN akan berganding bahu memerangi ajaran Syiah.

read more...

SUBHANALLAH!!! Bunga Mekar Memenuhi Pusara Ammar - Syuhada Malaysia Di Turki!!


Siapa masih ingat lagi tentang kisah seorang lelaki yang dikenali sebagai Ahmad Ammar. Pemergiannya cukup dirasai kerana jasa almarhum dalam memperjuangkan Islam. Ahmad Ahmad antara insan yang sering menyertai misi-misi kemanusian di luar negara. Pada kali ini, ibu bapa Ahmad Ammar telah menziarahi pusaranya di Turki. Subhanallah! Bunga-bunga di atas pusaranya kembang segar mekar. Boleh lihat gambar di bawah ini.




HARI ini melalui akaun seorang pengguna Twitter, dia berkongsi gambar ibu bapa pemuda Ahmad Ammar Ahmad Azam menziarahi pusara anaknya itu yang meninggal dunia 36 hari yang lepas.

Ahmad Ammar meninggal dunia dilanggar ambulans pada 2 November lepas ketika melintas jalan.


Allahyarham juga menjadi orang Malaysia pertama dikebumikan di Tanah Perkuburan Eyub Sultan yang menghadap Laut Golden Horn.

Tanah perkuburan itu juga menjadi saksi tempat bersemadinya lebih 60 jasad para sahabat Nabi Muhammad S.A.W, para auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana.

Jasad sahabat Rasulullah Saidina Abu Ayub Al-Ansari turut disemadikan di situ.

Dalam gambar di Twitter itu, kelihatan ayah Ammar Ahmad Azam Abdul Rahman yang juga bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama ibu Ammar Nur Azlina Abdul Aziz berdiri di sebelah pusara anaknya itu yang dihiasi bungaan mekar.

Penulis hari ini turut berkongsi sebuah video petikan dari program Mimbar Pencetus Ummah terbitan Astro apabila menjemput Ahmad Azam dan Nur Azlina berbicara bersama penonton mengenai anaknya seorang pemuda kesayangan umat Islam Ahmad Ammar.

Sama-sama lah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada roh Ahmad Ammar dan semoga beliau ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba Allah yang soleh dan dijanjikan syurga olehNya kelak.




read more...

VIDEO : "TANGKAP BASAH" Pelajar Wanita Dengan 2 Lelaki Dalam Kereta!!!!



DAH APA NAK JADI NI?

Bukan niat nak memalukan sesiapa, tapi..... Video Panas....Pelajar Wanita Di Tangkap Dengan 2 Jantan? Masyallah....

“Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Israa’: 32) 

Al-Imam Ibnu Katsir rahimahullah berkata tentang ayat ini: “Allah subhanahu wata’ala berfirman dalam rangka melarang hamba-hamba-Nya dari perbuatan zina dan larangan mendekatinya, yaitu larangan mendekati sebab-sebab dan pendorong-pendorongnya.” (Lihat Tafsir Ibnu Katsir, 5/55)
Asy-Syaikh As-Sa’di rahimahullah menjelaskan tentang ayat ini di dalam tafsirnya, 
“Larangan mendekati zina lebih mengena ketimbang larangan melakukan perbuatan zina, karena larangan mendekati zina mencakup larangan terhadap semua perkara yang dapat mengantarkan kepada perbuatan tersebut. Barangsiapa yang mendekati daerah larangan, ia dikhawatirkan akan terjerumus kepadanya, terlebih lagi dalam masalah zina yang kebanyakan hawa nafsu sangat kuat dorongannya untuk melakukan zina.” (Lihat Taisir Al-Karim Ar-Rahman, hal.457) 
Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan keji.

Mengikut apa yang admin terima melalui email dua remaja ini adalah pelajar di salah sebuah IPTA di malaysia. Mereka di tangkap ketika sedang melakukan hubungan terlarang didalam kereta yang di sewa oleh pasangan terbabit.

Bagi Admin inilah pasangan yang otaknya kurang cerdik walaupun belajar tinggi tapi otak diletakkan di kepala lutut. Amat memalukan sekali....Ini sebagai pengajaran kepada yang diluar sana. 




read more...

MELAMPAU!!! PM Dipanggil ANJING!!!


Sebuah PORTAL POPULAR telah mendedahkan "KEBANGSATAN" bangsa tak kenang dek untung!!! Jom kita tengok....


Well… kalau Cina ni leh suka hati dia nak kutuk Perdana Menteri sebagai anjing, maka tanpa segan silu penulis hendak kutuk dia babi.




Dasar bahalol punya Cina… kalau dah tak reti guna bahasa yang berhemah… maka kita gunalah ayat yang sama taraf dengan diri dia.

Babi punya budak… itu hari dah undi DAP kan… pilihan raya akan datang undilah lagi… gunalah hak tu… tapi janganlah wujudkan hak baru… yakni nak menegur pemimpin negara dengan bahasa kasar.

Tak puas hati dengan PM, pengundi Barisan Nasional yang majoriti Melayu pun kena maki bodoh dan macam-macam dek Cina babi sekor ni.

Ini kalau cek betul-betul ni, mesti profile menipu.

Masih ingat mengenai Red Bean Army… cybertroopers dikatakan banyak pihak mempunyai hubungan dengan DAP… yang mereka-reka pelbagai video dan cerita palsu semasa pilihan raya umum yang lalu… penulis yakin mungkin minah ni salah seorang daripada kumpulan itu.

Sehubungan dengan benda ni kan… penulis hendak cadang kepada polis dan SKMM agar pantau la sikit akaun-akaun Cina DAP yang akan mengutuk PM setiap kali beliau muat naik apa-apa status di Facebook atau mana-mana media sosial.

Kalau hendak meluahkan tidak puas hati tak mengapa, tetapi Cina-Cina DAP ni langsung takda rasa hormat bila menulis… bahasa kasar yang amat.

Penulis menulis cara ni sebab nak bagi faham kat puak-puak ni… hati-hati sikit la yea… orang lain pun boleh kasar…

Soalnya nak kasar hingga peringkat mana aje…




read more...

BANJIR : Apa Pula Yang Dato Siti Buat Ni?



KUANTAN: Penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza Tarudin turut turun padang bagi meninjau dan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di daerah ini.

Bantuan yang dibawa itu merupakan sumbangan daripada Yayasan Nurjiwa dan SimplySiti, antaranya barangan makanan dan keperluan peribadi golongan wanita serta lampin pakai buang untuk kanak-kanak dan bayi.

"Macam hari ini ramai dah pulang ke rumah, dan mungkin ada ruang dan peluang saya ingat nak singgah satu atau dua tempat lagi.

"(Kemudian) saya ingat kalau lepas ini masih ada lagi mangsa (banjir) di negeri lain saya dan suami mungkin akan pergi (menjenguk), Insya-Allah bergantung kepada keadaan banjir," katanya.

Beliau ditemui pemberita ketika menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Sekolah Menengah Gudang Rasau dan Sekolah Kebangsaan Pandan, di sini hari ini.

Setakat 9 pagi ini seramai 33,952 mangsa banjir masih berada di 141 pusat pemindahan di sembilan buah daerah yang terjejas akibat banjir di Pahang.

Kuantan masih menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 27,700 orang di 35 pusat pemindahan.

read more...

PEMBUNUHAN PEGAWAI JAIP : Polis Sahkan Penembak DITAHAN!!


SHAH ALAM - Polis mengesahkan seorang suspek yang menembak mati Ketua Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Mohd Raffli Abdul Malik pada 10 November lalu adalah antara 15 individu yang ditahan sebelum ini.

Terdahulu, polis menahan 15 pengikut Ajaran Harun termasuk ketua kumpulan tersebut Harun Mat Saat, 47.



Khalid berucap ketika majlis Pelancaran Persidangan Tahunan Polis Bantuan Malaysia (APAC) ke 25, di sini, semalam

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, beliau bagaimanapun tidak boleh mendedahkan identiti suspek tersebut.

"Dia (suspek) dah dikenal pasti dan ditahan sebelum penahanan terbaru dibuat ke atas dua pengikut Ajaran Harun di Kampung Tagasan, Semporna, Sabah pada 2 Disember lalu.

"Tunggulah..bila tiba masanya kita akan beritahu siapa dia," katanya pada sidang akhbar selepas Pelancaran Persidangan Tahunan Polis Bantuan Malaysia (APAC) ke 25, di sini, hari ini.

Menurutnya, ujian balistik yang dibuat ke atas pistol yang dirampas sebelum ini, turut mengesahkan bahawa senjata itu adalah senjata yang digunakan sewaktu kejadian.

Katanya, kesemua yang ditahan akan didakwa di mahkamah dalam tempoh terdekat.

Dalam perkembangan sama, Khalid turut menegaskan terdapat perkara-perkara tertentu yang diajukan media, tidak boleh dijawab oleh pihaknya.

"Ada perkara yang tidak perlu ditanya seperti motif sesuatu kejadian kerana itu adalah kerja mahkamah.

"Jika kita bagi kenyataan dan ia salah, kita boleh dikenakan tindakan kerana menghina mahkamah. Perkara itu hanya boleh dirungkai oleh mahkamah semasa perbicaraan," katanya.

Pada 10 November lalu, Ahmad Raffli maut ditembak jarak dekat oleh seorang lelaki tidak dikenali di hadapan rumahnya di Indera Mahkota 2, Kuantan, Pahang.

Susulan itu, polis mengedarkan 27 keping gambar ketua dan pengikut Ajaran Harun yang dikehendaki pada 15 November lalu bagi membantu siasatan kes tersebut.

Polis kemudiannya, menahan Harun, isterinya, Nor Azida Mohd Zol, 30, serta pemandunya, Nor Hairi Harun, 41, di Tangkak, Johor, pada 20 November lalu.

Dalam tempoh 10 hari siasatan dibuat, polis menahan 10 lagi individu dan merampas senjata yang digunakan sewaktu kejadian.

Polis kemudiannya mengedarkan gambar 10 lagi pengikut kumpulan tersebut, sebelum menahan dua daripada mereka di Sabah pada Sabtu lalu.

read more...

NIKAH MUDA!! Kali Ini Remaja 15 dan 16 Tahun


Shah Alam: “Saya akan buktikan, mampu menjadi suami terbaik buat isteri, sekali gus ayah dalam keluarga kami yang bahagia, walaupun baru berusia 15 tahun. 

“Restu keluarga dan sanak saudara menjadi kekuatan kepada saya, membuktikan bahawa usia bukan ukuran dalam menentukan kemampuan dan tanggungjawab menjadi suami,” kata Muhamad Haikal Farith Mohd Shah. 




Muhamad Haikal Farith (dua dari kiri), bersama isterinya Nur Hazwani, (dua dari kanan) pada majlis perkahwinan mereka.


Beliau selamat dinikahkan dengan pasangannya, Nur Hazwani Mohd Kamal, 16, yang masih belajar dalam Tingkatan Empat, oleh Imam Masjid Teluk Kemang, Port Dickson, Rahim Jaafar, kelmarin. 

Nur Hazwani menerima mas kahwin RM200 dan hantaran RM5,000. 

Muhamad Haikal berkata, bapanya, Mohd Shah Abdul Aziz, 43, memohon kebenaran mahkamah bagi membolehkan dia bernikah dengan pasangannya kerana usia mereka yang masih muda. 

Semangat membara 

Katanya, walaupun beliau muda setahun daripada isterinya, namun semangat dan tanggungjawab semakin membara dalam dirinya terutama selepas selamat dinikahkan bagi memastikan perkahwinan mereka bahagia. 
Beliau tidak melihat kegagalan perkahwinan pasangan remaja yang berakhir kurang setahun, sebagai perkara yang menakutkan. 

“Walaupun masih muda, saya berusaha menjadi suami terbaik dan memastikan rumah tangga didirikan kekal hingga ke akhir hayat. Memang ramai memandang sinis, tetapi kami akan berusaha membuktikan usia bukan jaminan kebahagiaan. 

Keluarga beri sokongan 

“Setakat ini keluarga dan adik beradik banyak memberi semangat. Usia muda bukan penghalang untuk jadi suami terbaik dan saya akan buktikan,” tegasnya ketika ditemui membawa pasangannya menziarahi rumah saudara mereka di sini, semalam. 

Muhammad Haikal yang sudah tidak bersekolah sejak setahun lalu, membantu perniagaan bapanya yang juga seorang kontraktor binaan. 

Mohd Shah berkata, walaupun sudah berkahwin, namun anak dan menantu akan tinggal bersama keluarganya, sementara menantunya akan terus bersekolah. 

Bulan lalu, dindedahkan perkahwinan sepasang remaja berusia 19 dan 12 tahun, berakhir dengan perceraian seminggu sebelum ulang tahun pertama mereka.

read more...

BONUS : 2 Januari 2014 Tarikh Pembayaran Kepada Kakitangan Awam



Berita baik untuk semua penjawat awam yang layak. Bonus setengah bulan atau minimum RM500 untuk penjawat awam yang diumumkan oleh Perdana Menteri akan dibayar pada 2 Januari 2014.

Ini sedikit sebanyak mengurangkan beban penjawat awam terutama mereka yang terlibat dengan bencana banjir baru-baru ini.

Memetik dari berita laporan akhbar Berita Harian 30 Nov 2013, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berkata " ini merupakan sumbangan kepada kakitangan awam yang banyak membantu dalam melaksanakan misi dan visi kerajaan "

Semoga dengan pembayaran ini dapat meringankan beban kepada mereka yang menerima.
read more...

Thailand BUBAR PARLIMEN!!!!





KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra hari ini membuat pengumuman untuk membubarkan Parlimen negara itu bagi memberi laluan kepada pilihanraya baru di negara itu.

Laporan media mengungkap kata-kata Shinawatra yang berkata, pilihan raya itu akan diadakan ‘secepat mungkin’.

Demonstrasi anti kerajaan diadakan di negara yang sedang bergolak itu berbulan-bulan lamanya untuk menumbangkan Yingluck dan mengekang pengaruh politik abangnya, Thaksin yang juga bekas Perdana Menteri.


read more...

AMEKKAU!!! Lim Guan Eng Betul-Betul DIMALUKAN DAP Kedah!!!





Nak kata apa lagi? Apa alasan yang nak diberikan lagi?

Di kala krisis CEC DAP belum lagi selesai, parti itu terus mengalami berbagai masalah di beberapa negeri. Biarpun begitu, DAP nampaknya tidak mampu menyelesaikan semua masalah ini sendiri kerana pihak kepimpinan enggan mengakui adanya masalah yang berpunca dari mereka.

Hanya dengan aduan dan tindakan dari pihak berkuasa yang mampu memberi sedikit harapan kepada ahli-ahli DAP untuk melihat sebarang penyelesaian.

Di Kedah semalam, bekas Pengerusi DAP, Lee Guan Aik yang ditepis turun dari jawatannya dengan tidak semena-mena oleh Lim Guan Eng, telah disahkan sebagai masih lagi Pengerusi Negeri berdasarkan surat dari ROS.

Keputusan ROS ini adalah berdasarkan perlantikan Pengerusi baru iaitu Christopher Zairil Lim untuk menggantikan Guan Aik, telah dibuat oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang tidak sah.

Keputusan tersebut membawa maksud Christopher Zairil tidak pernah dan tidak lagi mempunyai apa-apa kuasa di Kedah dan Pejabat baru DAP yang telah dirasmikan oleh Lim Guan Eng di Jalan Putra perlu ditutup serta-merta.

Inilah padahnya jika terlalu bongkak dan enggan mengikut undang-undang sehinggakan undang-undang parti sendiri juga ingin dilanggar.

Tiada siapa yang lebih layak untuk disalahkan mengenai apa yang berlaku ini selain Lim Guan Eng, Setiausaha Agong DAP merangkap anak Lim Kit Siang yang bodohnya sudah melampaui sombongnya.

Selama ini Lim Guan Eng menyangka yang segala tindakannya tidak akan dipersoal atau disanggah oleh ahli-ahli parti. Sangkanya, semua ahli-ahli DAP telah menerima hakikat bahawa beliaulah Tokong yang perlu disembah.

Namun, beliau tidak sedar bahawa seruan ‘Ubah’ turut dihayati oleh ahli-ahli DAP sendiri dan kini mereka juga menuntut perubahan. Ahli-ahli DAP mula memberontak dan para pemimpin bawahan parti itu juga tidak lagi mampu menahan sabar ditendang dan ditolak kettepi ke tengah sesuka hati seolah-olah mereka hanyalah boneka.

Hakikatnya, pemimpin bawahan seperti Pengerusi Negeri telah dipilih secara demokrasi oleh ahli-ahli parti di negeri itu. Ini bermakna, mereka punya sokongan dan dihormati. Justeru, sekurang-kurangnya, pemimpin atasan DAP harus menghormati mereka ini dan bukannya menganggap mereka sebagai hamba sahaya yang perlu menurut perintah pada bila-bila masa.

Jika Lim Guan Aik sudah pasti mendapat sokongan akar umbi di Kedah, Lim Guan Eng pula belum tentu mendapat sokongan seluruh ahli DAP untuk berada di tempatnya hari ini berdasarkan aduan wujudnya manipulasi dalam pemilihan CEC.

Arahan Guan Aik agar pejabat baru ditutup dan sebarang aktiviti yang diadakan atau dirancang oleh jawatankuasa interim sebelum ini sebagai tidak sah dan batal, merupakan satu tamparan hebat kepada Guan Eng.

Jelas, Guan Eng semakin kehilangan sokongan dan tidak lagi dihormati atau ditakuti. Lidahnya yang bercabang serta sikapnya yang bodoh sombong kini semakin lahap memakan diri dan juga parti.

Dengan hanya sedikit kuasa, Guan Eng telah membuktikan kepada rakyat Malaysia apa yang dituduh oleh UMNO sebelum ini iaitu DAP dipimpin secara kukubesi oleh Dinasti Lim.

Jika parti juga dipimpin secara kukubesi, apakah ada yang masih percaya DAP mampu memerintah secara demokrasi?

read more...

KEMASKINI : Berita Penuh Kejadian Rusuhan Di Singapura!!!




SINGAPURA : Ratusan pekerja warga asing merusuh di Singapura lewat malam Ahad apabila salah seorang daripada mereka, dilanggar oleh sebuah bas dalam satu kemalangan jalan raya.

Perusuh bertindak membakar kenderaan polis dalam keganasan yang disifatkan sebagai yang terburuk sejak 40 tahun.

Setakat ini seramai 18 orang dilaporkan tercedera.

Dalam satu kenyataan media, polis Singapura berkata kejadian bermula di kawasan Little India negara itu apabila seorang lelaki warganegara India yang berumur 33 tahun, dilanggar oleh sebuah bas milik syarikat swasta.

Polis berkata lebih kurang 400 orang yang berada di tempat kejadian mula merusuh dan menyerang bas tersebut dan turut menyerang kenderaan polis yang tiba untuk mengawal keadaan.

Sepuluh orang polis, empat pegawai pertahanan serta pemandu bas dan konduktor berkenaan adalah antara mereka yang tercedera.

Seramai 27 pekerja warga asing dari Asia Selatan telah ditahan ekoran peristiwa itu dan boleh dipenjarakan selama tujuh tahun dan dirotan sekiranya didapati bersalah.

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong berkata, walau apa pun sebab kejadian itu tercetus, tiada alasan untuk bertindak dengan keganasan melampau yang menyebabkan kerosakkan.

"Kami akan berusaha untuk mengenal pasti pesalah dan menggunakan undang-undang sepenuhnya untuk mengambil tindakan ke atas mereka," katanya.




Sebanyak lima buah kereta polis, sebuah ambulans, serta beberapa kereta orang awam telah dibakar dalam rusuhan itu dan gambar-gambar serta video rusuhan itu tersebar dengan luasnya di laman media sosial.

Keadaan menjadi lebih terkawal apabila pasukan elit Perintah Operasi Khas dan Gurkha polis tiba di tempat kejadian.

Media Singapura MediaCorp berkata rusuhan ini adalah rusuhan pertama selepas kejadian rusuhan kaum pada tahun 1969.

Singapura bergantung kepada pekerja asing terutamanya dalam sektor pembinaan dan ramai diantara mereka sering berkumpul di Little India pada hari Ahad untuk membeli-belah, makan dan minum.

Undang-undang Singapura boleh menghukum sesiapa yang didapati bersenjata dalam rusuhan atau menggunakan sesuatu objek sebagai senjata, kepada penjara sehingga 10 tahun dengan kemungkinan sebatan.

LAGI GAMBAR DAN VIDEO KEJADIAN - KLIK SINI
read more...

SELAMAT : 13 Pelatih Komando Ditemui Semula!!




MELAKA: Semua 13 anggota pelatih komando yang dikhuatiri hilang selepas bot dinaiki dipukul ribut, di perairan Melaka, kelmarin, ditemui selamat kira-kira 1.19 pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri mereka ditemui orang awam dalam keadaan selamat di Pantai Kundur, Pantai Puteri, kira-kira 1.19 pagi tadi. 

Malam tadi, 13 anggota tentera dilaporkan dikhuatiri lemas berikutan bot dinaiki hilang ketika mereka menjalani latihan asas komando mendayung ke Pulau Nangka, kelmarin. 

Difahamkan, ketika kejadian bot dinaiki mereka bersama empat bot lain dalam perjalanan dari pesisir pantai Sungai Udang ke pulau berkenaan.

Dipercayai kira-kira jam 9 malam, kumpulan terbabit dilanda ribut serta ombak besar dan hanya tiga bot dinaiki seorang pegawai dan 35 anggota berjaya menyelamatkan diri dengan mendarat di Pulau Upeh, di sini, kira-kira jam 12.30 malam.

Kehilangan kesemua pelatih komando itu kemudiannya disahkan Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin. 

Beliau yang dihubungi dipetik berkata 13 anggota pelatih komando berkenaan sedang menjalani latihan mendayung. 

Menurutnya, gerakan mencari anggota terbabit dijalankan dan punca kejadian masih dalam siasatan. 

Terdahulu, jurucakap di Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan 13 anggota tentera di perairan Selat Melaka dan Pasukan Penyelamat Di Air dihantar ke lokasi untuk mencari dan menyelamatkan mangsa.
read more...

GAMBAR DAN VIDEO : RUSUHAN DI SINGAPURA!!!!




TERKINI!!!! Kereta Polis dan ambulan dibakar dan diterbalikkan!!! Apa dah jadi? Menurut Polis Singapore, kejadian bermula sekitar jam 9.23 malam.







Insiden ini dilaporkan baru sahaja berlaku malam tadi.
Dikatakan puncanya seorangg india telah dilanggar oleh bas di Little India.




Ambulan pun kena bakar



read more...

YA Allah!! Khalid Ismath Share Status Minum HOLY WATER!!



Apa lagi nak dikata?

Tahniah parti PAS dan PKR kerana berjaya mentarbiah dan mendidik anak muda Islam tiang negara seperti Khalid Ismeth dan Haziq ini.

Inilah hasil kejayaan parti PAS dan PKR dalam memperkasakan pemuda dan pemudi Islam di negara kita. selamat datang liberalisme

Inilah contoh dua anak muda yang seharusnya dijadikan idola oleh pecacai pakatan..

- Anak Seberang
read more...

VIDEO : PENGKHIANAT!!! Lim Guan Eng Ludah Negara Sendiri Di Hong Kong!!!




Memang Lan Ch*** Dan Bang***!!!!!

Jangan la sesekali pun pergi ke rumah orang, kampung orang bercerita masalah dalaman keluarga kita?

Masa tengah syok bercerita memanglah orang buat-buat dengar, lepas tu orang akan ludah dan kutuk kita balik di belakang.

Hasilnya, imej keluarga kita yang akan menjadi buruk dan keluarga kita yang akan mula terpinggir secara perlahan-lahan.

Video di bawah memperlihatkan Setiausaha Agung DAP yang dilantik sebab bapanya menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bercakap di Hong Kong Foreign Correspondents Club.

Bercakap di hadapan media Hong Kong, usahawan dan ahli politik wilayah pentadbiran khas itu, tidak ada sepatah pun benda yang elok keluar dari mulut beliau mengenai Malaysia.

Begitu seronok beliau mengutuk Malaysia dan bertambah girang ketawanya bila sepupu-sepupu jauhnhya di Hong Kong tumpang ketawa.

Rasanya, kalau sikap seperti ini berlanjutan, tidak lama lagi Malaysia akan mula terpinggir di banyak negara. Seperti mana kita sibuk menjaja masalah keluarga kita kepada orang lain… lama-lama keluarga kita yang mula dilihat buruk.

Persoalannya, benda-benda yang dia kutuk itu pun berpanjangan sebab sikap DAP jugak.

Masalahnya, puak-puak ini jugak yang duk maki kerajaan bila kerajaan ambil langkah untuk atasi defesit. Pengenalan GST, rasionlisasi subsidi… semua-semua langkah perit yang memburukan imej kerajaan, tetapi perlu diambil untuk kelangsungan negara ke arah yang lebih di masa hadapan.

Namun semua langkah itu dikutuk.

Hakikatnya, di Malaysia diorang kutuk segala langkah perubahan yang diambil…di luar diaorang kutuk kerajaan pula.

Apa sebenarnya puak-puak DAP ni mahu?



Harap Pihak Berkaitan Dapat mengambil tindakan yang sepatutnya!!!
read more...

SYIAH : Mat Sabu Akan Saman Menteri!!!


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sedang mengkaji untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Tindakan tersebut dibuat berhubung kenyataan Zahid sewaktu beliau menyampaikan ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno 2013 petang Sabtu.





“Saya tak dengar sendiri apa dia kata jadi kena bincang dengan peguam dulu,” jelas Mohamad Sabu kepada lidah rasmi parti tersebut, Harakah.

Sewaktu dihubungi, Mat Sabu menafikan tuduhan kononnya beliau merupakan seorang penganut ajaran Syiah sebaliknya menegaskan beliau ialah penganut agama Islam mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

"Saya Ahli Sunnah Wal Jama'ah, seorang Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah," katanya ringkas ketika dihubungi.

Mohamad membuat penafian itu sebagai menjawab pendedahan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semasa ucapan penggulungan Naib Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri dalam ucapannya itu meminta JAKIM mengambil tindakan ke atas pemimpin nombor dua PAS yang didakwa pengikut ajaran Syiah.

Dakwaan pemimpin PAS terlibat dengan ajaran Syiah sebelum ini pernah mendapat perhatian selepas isu itu ditimbulkan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini.

Namun PAS menafikan terdapat pemimpinnya terlibat dengan ajaran Syiah dan mengecam pihak-pihak yang cuba mengaitkan ajaran tersebut dengan parti tersebut.

PAS menegaskan jika terdapat pemimpin PAS mempunyai hubungan baik dengan pemimpin Iran atau gerakan Islam di Asia Barat seperti Hizbullah bukan bermakna mereka pengikut Syiah.

SUMBER
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top