Nuffnang

BONGKAR!!! 10 Kata-kata Kit Siang Yang Mencetus 13 Mei 1969!!!! Melayu Tak Kan Lupa

Sejarah awal penubuhan DAP mempunyai kaitan rapat dengan Parti Tindakan Rakyat Singapura (People’s Action Party - PAP) yang ditubuhkan pada tahun 1954. Antara pelopor awal PAP ialah Lee Kuan Yew yang bertindak sebagai setiausaha agung parti itu. Sejurus Singapura berpisah daripada Persekutuan Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran parti itu di negara ini dibatalkan sebulan kemudian. 





Maka untuk meneruskan agenda PAP yang 100 peratusnya adalah pro-Cina, Devan Nair, ahli parlimen Bangsar ketika itu berusaha menghidupkan kembali parti itu dengan mendaftar sebuah parti baru dipanggil Parti Tindakan Rakyat tetapi ditolak oleh pendaftar pertubuhan kerana mempunyai persamaan dengan PAP dari segi nama. Devan Nair lalu menukar nama tersebut kepada Parti Tindakan Demokratik atau Democratic Action Party (DAP) yang diluluskan secara rasmi pada 19 Mac 1966. DAP yang baru ditubuhkan itu dipelopori pula oleh Kit Siang yang dikatakan mempunyai pertalian famili dengan Kuan Yew yang berasal dari Batu Pahat, Johor.


Dari segi lambang parti, prinsip perjuangan dan cara berpolitik, tidak ada bezanya antara DAP di Malaysia dan PAP di Singapura. Maka tidak hairanlah sehingga ke hari ini generasi pemimpin baru DAP seperti anak Kit Siang, Lim Guan Eng meneruskan tradisi berkiblat kepada PAP terutamanya setelah parti itu memerintah Pulau Pinang.

Apabila DAP dan Gerakan (ketika itu masih menjadi pembangkang) menang besar di Selangor pada pilihan raya umum tahun 1969, kedua-dua parti itu menjadi besar kepala. DAP menggunakan kebebasan bersuara tanpa batasan dan kawalan untuk mengutuk dan menghina bangsa Melayu dengan kata-kata kesat dan mengaibkan dalam perarakan besar-besaran di Kuala Lumpur dengan membawa sepanduk dan pembesar suara. Baru sahaja 12 tahun kaum Cina diberi taraf kerakyatan penuh melalui dasar 'jus soli' sebagai salah satu syarat utama British untuk kemerdekaan, orang Cina sudah naik tocang.

Menurut laporan rasmi Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang dipengerusikan oleh Almarhum Tun Abdul Razak Hussein, tindakan DAP mengadakan perarakan jalanan meraikan kemenangan mereka dengan menghambur sentimen perkauman terhadap bangsa Melayu menjadi pencetus kepada rusuhan kaum yang menelan korban lebih 2,000 nyawa.




Sejarah Lim Kit Siang pada 13 Mei sukar dilupakan...

Di bawah adalah ayat-ayat cercaan Lim Kit Siang, ahli-ahli DAP dan Gerakan sewaktu berarak meraikan kemenangan mereka di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13 Mei 1969 yang dipetik daripada Laporan MAGERAN... 

1. Menggunakan slogan “Malai-Si” yang membawa maksud “Mati Melayu”.

2. “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu” – 11 Mei, Jalan Bukit Bintang.

3. “Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan”– 11 Mei, Jalan Bukit Bintang.

4. “KL sekarang cina punya” – 11 Mei, Jalan Changkat Dollah.

5. “Melayu balik kampung, melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita Cina sudah control.” – 12 Mei, Jalan Tunku Abdul Rahman.

6. “Melayu keluar…! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu.., sekarang kita sudah ada kuasa…” – 12 Mei, Jalan Khir Kampung Baru.

7. “… semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.” – 12 Mei, depan Balai Polis Jalan Pudu.

8. “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan melayu punya, mata-mata lancau….!” – 12 Mei.

9. “Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu…” – 12 Mei, Jalan Canvel.

10. “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.” – 12 Mei Jalan Bukit Bintang.

Kerana provokasi-provokasi yang didalangi oleh Lim Kit Siang inilah dikatakan telah menyebabkan peristiwa hitam 13 Mei 1969 dahulu. Jika dilihat pada kenyataan-kenyataan itu, padanlah ramai pemimpin-pemimpin DAP yang sensitif dan mahu menutup sejarah ini serapat-rapatnya. Contoh Filem Tanda Putera di tentang habis-habisan oleh penyokong2 tegar DAP.



BB : LIM KIT SIANG LUPA, MELAYU TAKKAN LUPA!!!!!
read more...

STATEMENT BERAPI!!!! Haram Sokong Anwar Ibrahim - Pemimpin Terttinggi PAS


Mesyuarat tertutup di antara Pas dan PKR Ahad lalu mempertikaikan kerelevanan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dicalonkan menjadi Perdana Menteri, sekiranya Pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihanraya Umum ke-13, lapor Amin Iskandar, Penolong Pengarang Berita Malaysian Insider.


Menurut portal itu, satu sumber dalaman memberitahu The Malaysian Insider bahawa persoalan tersebut timbul selepas kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang Sabtu lalu yang berkata Pas tidak teragak-agak meninggalkan PR sekiranya pakatan tersebut merugikan orang-orang Melayu dan Islam.



“Pemimpin tertinggi Pas itu mengatakan ‘haram’ bagi Anwar untuk meminta jawatan perdana menteri.









“Kemudian seorang pemimpin tertinggi PKR menjawab, Anwar tidak pernah meminta jawatan sebagai perdana menteri sebaliknya rakyat yang mengangkatnya dan ini sudah dipersetujui oleh Pas dan DAP semenjak pilihan raya umum 1999,” kata satu sumber PR yang tidak mahu dinamakan.



Menurut laporan portal itu, satu pertemuan telah dilakukan di antara pemimpin tertinggi PAS dengan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah bagi menjemput bekas menteri kewangan itu untuk menjadi perdana menteri sekiranya PR berjaya mendapatkan majoriti kerusi parlimen selepas pilihan raya akan datang.



Isu siapa bakal perdana menteri menjadi topik hangat apabila dua minggu lalu Majlis Syura Ulama Pas dilaporkan menolak pencalonan Anwar sebagai PM dalam sebuah perbincangan tertutup melibatkan beberapa anggota majlis tersebut.



Pada November tahun lalu, Ustazah Izzah Masturah Binti Eshmaeel, Ahli Jawatankuasa Ulamak Pelapis PAS (Pusat) turut mendedahkan sikap Dewan Ulama Pas terhadap Anwar sebagai PM.



“Berhubung dengan kritikan bahawa Dewan Ulamak telah menongkah arus kerana Pakatan Rakyat sebenarnya telah bersetuju untuk melantik Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia akan datang, masyarakat diajak untuk menilai sejauh manakah kebenaran dakwaan wujudnya persepakatan di kalangan Pakatan Rakyat bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahimlah Perdana Menteri Malaysia akan datang.







“Berdasarkan maklumat yang diperolehi, sebenarnya belum ada satu ketetapan rasmi yang diambil oleh Pakatan Rakyat berhubung isu ini. Ini bermakna kenyataan bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri akan datang yang digembar-gemburkan selama ini hanyalah pandangan peribadi yang dilantunkan oleh DAP, KEADILAN dan turut juga disambut oleh beberapa pimpinan PAS.



“Akhirnya pandangan yang pada asalnya bersifat peribadi dan bukannya hasil keputusan rasmi Pakatan Rakyat telah berubah menjadi seakan-akan satu pegangan muktamad bagi Pakatan Rakyat sehingga masyarakat Malaysia secara umum turut terkeliru dan turut berkeyakinan bahawa isu Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri adalah hasil kesepakatan seluruh kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.



“Sebenarnya pandangan untuk melantik Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri masih boleh untuk dipertimbangkan. Namun untuk memuktamadkan pandangan ini sebagai satu-satunya pandangan yang mesti dipegang tanpa melalui perbincangan meja bulat adalah satu usaha yang tidak wajar kerana ini akan menatijahkan satu kesilapan fakta dan akan menutup ruang perbincangan terhadap isu siapakah Perdana Menteri akan datang.



“Oleh itu, tidak pelik disuarakan pendirian bahawa individu yang paling layak untuk menjadi Perdana Menteri akan datang sekiranya Allah memberikan keizinan adalah Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS sendiri,” dedahnya.

read more...

Demi Treler Besar, PAS Sanggup Jual Agama!!!



Tidak hairanlah jika PAS berkeras tidak mahu keluar daripada Pakatan Pembangkang dan seterusnya bergabung bersama UMNO mempertahankan kesucian Islam. Buktinya telah terhidang di hadapan mata seluruh rakyat Malaysia.

Perasmian kenderaan yang bakal digunakan oleh PAS untuk menjalankan kempen yang kononnya dihadiahkan seorang ‘hamba Allah’ serta ditambah dengan wang derma yang dikutip selama ini telah disempurnakan oleh Presiden parti tersebut di hadapan Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut tengahari semalam.




PAS sudah mewah dan mampu menggunakan kenderaan yang baru semenjak bergabung dengan DAP dan PKR yang sememangnya mempunyai pendana sendiri. Treler milik PAS ini telah dilengkapi dengan wi-fi, sistem PA dan janaelektrik tersendiri selain daripada sebuah pentas berukuran 40 kaki x 9 kaki.

Hebat betul Pakatan Pembangkang. Ramai sungguh yang bermurah hati menyalurkan dana kepada parti mereka. Satu ketika dahulu PKR melakukan Jelajah Merdeka Rakyat menggunakan Bas Mewah yang dimiliki oleh si Khalid Gagap, Menteri Besar Selangor.

Kemudiannya bertambah mewah dengan treler yang terpampang gambar Ketua Umum PKR, Anwar Al-Jub. Kemuncaknya Anwar Al-Jub melakukan Jelajah Merdeka Rakyat ke Borneo dengan menaiki jet persendirian yang juga ditaja oleh seseorang.

Tidak lama selepas itu, DAP pula merasmikan treler berpentas mereka yang bertema ‘Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia’. Tidak seperti Anwar yang gila glamour, DAP tidak meletakkan wajah pemimpinnya melainkan memaparkan gambar maskot burung enggang yang besar.

Justeru, demi wang dan kuasa, PAS merelakan diri mereka diperkudakan oleh DAP dan PKR yang terang-terangan menyokong kebebasan beragama yang boleh digunapakai terhadap umat Islam juga seperti yang pernah diperkatakan oleh Nurul Izzah satu ketika dahulu.


Baca lagi - KLIK SINI
read more...

Status Terkini Pencerobohan Pasukan Bersenjata Di Lahad Datu 23-02-2013




KUALA LUMPUR 23 Feb - Keputusan akan diserahkan kepada pihak Wisma Putra berhubung permintaan kerajaan Filipina yang meminta agar tarikh akhir kumpulan bersenjata Kesultanan Sulu meninggalkan Kampung Tanduo, Lahad Datu dilanjutkan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata,pihaknya dimaklumkan berhubung perkara tersebut oleh Menteri Luar Negeri,Datuk Seri Anifah Aman.

"Namun begitu, pihak kementerian akan menyerahkan kepada pihak polis untuk melancarkan operasi bagi menamatkan konflik tersebut.

"Kedaulatan negara dan maruah rakyat Sabah tidak perlu dipandang ringan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat jentera parti Barisan Nasional (BN) Sembrong di sini hari ini.

Sebelum ini, KDN telah memberi jaminan proses pengusiran kumpulan bersenjata yang mendakwa sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu itu akan dilakukan dengan selamat.

Beliau berkata, proses pengusiran itu akan dilakukan sebaik mungkin bagi memastikan tiada pertumpahan darah berlaku di antara pihak berkuasa dengan kumpulan tersebut.


Dari SUMBER 2 yang lain pula :

Insiden pencerobohan sudah masuk hari ke 10. Seperti yg di ketahui pihak polis memberi jaminan bahawa rundingan telah tamat dan proses pengusiran bermula. Oleh kerana pihak bersenjata masih tidak berganjak maka MMP mengandaikan bahawa tindakkan seterusnya sudah jelas.


Namun sehingga hari ini belum ada sebarang tindakan di ambil ke atas penceroboh.




Pihak polis membuat rangkaian sekatan dan cordon yang paling ketat. Baru2 ini wartawan Al Jazeera di tahan di tengah laut ketika cuba menceroboh.





VAT 69 bersedia untur di atur gerak



Kisahnya bermula apabila IPD Lahad Datu telah menerima maklumat sekumpulan lelaki telah berkumpul di rumah Ahmad Malandi di Kampung Tanduo. Kumpulan ini dipercayai daripada ahli Kesultanan Sulu dari Pulau Sibutu dan Pulau Sipangkot, dilaporkan membawa senjata M16. 






Pihak polis kini mengambil pendekatan ‘berhati-hati’ bagi menghadapi sebarang kemungkinan... atau dalam kata lain.. buat aku sakit hati je.





Berita terkini penceroboh2 tersebut berikrar tidak akan meninggalkan negeri itu kerana mendakwa kawasan tersebut merupakan wilayah nenek moyang mereka, mereka tetap bertegas untuk tinggal di tempat berkenaan walaupun mereka dikepung oleh pasukan keselamatan.


Forum Pertahanan Tempatan PANGGILANPERTIWI.MY telah membuat poll mengenai insiden ini di FB. Kawan2 boleh baca di FB mereka di FB PANGGILAN PERTIWI .. mungkin sakit hati kawan 2 akan kurang sikit kut.






read more...

SOAL-JAWAB : Ustaz Nasa Mencipta Sejarah!!!

Siaran rancangan berbentuk Siri Rancangan Temubual terbitan TV3, rancangan ‘Soal Jawab’ yang menampilkan Yang Berhormat Ustaz Nasharuddin Mat Isa daripada parti PAS sebagai tetamu undangan pada 6 Februari 2013 yang lalu seperti tidak disangka berjaya melakarkan sejarah tersendiri menerusi pertumbuhan kadar tontonan yang tinggi dalam Siri Rancangan Temubual televisyen di Malaysia pada tahun 2013 setakat ini.


Rancangan yang dibuat secara rakaman dari studio Media Prima, telah berjaya mewujudkan satu ‘benchmark’ tertinggi bagi rancangan berbentuk Siri Rancangan Temubual bukan saja bagi TV3 tetapi bagi sesebuah produksi siri Rancangan Temubual di Malaysia, apabila berjaya meraih jumlah penonton tertinggi sebanyak 4.3 juta (25.9 TVR) atau 72.6% (sumber: A.C. Nielsen Audience Measurement).




Secara purata, rancangan berbentuk temubual atau bual bicara hanya mencatatkan rekod 300,000 penonton sahaja. Namun atas faktor kekuatan tetamu undangan pada 6 Februari lalu, iaitu Yang Berhormat Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang baru sahaja digugurkan daripada Majlis Syura Ulama PAS oleh pimpinan tertinggi PAS pada 14 Januari 2013, jumlah penonton yang menonton rancangan tersebut meningkat mendadak sebanyak 4 juta kepada 4.3 juta penonton.


Secara kesimpulannya, kadar tontonan keseluruhan rancangan Soal Jawab pada 6 Februari lalu telah mencipta rekod baru dengan tontonan sebanyak 4 juta penonton, iaitu hampir ‘sebaris’ dengan jumlah penonton Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 27 yang telah diadakan pada 6 Januari 2013 lalu iaitu sebanyak 6 juta penonton.


Fenomena ini dilihat sebagai satu keadaan di mana medium televisyen di Malaysia telah dibuka luas untuk pemimpin politik berbicara mengenai kempen-kempen menjelang Pilihanraya Umum ke 13 tidak lama lagi. Kemunculan tetamu undangan pada hari tersebut tidak perlu disangkal lagi kerana kemunculannya amat dinantikan oleh penganalisis dan pengikut politik tanahair yang sarat dengan isu semasa dan sensitif, seperti isu perpaduan kaum Melayu Islam di Malaysia, isu penggunaan Kalimah Allah, isu keakraban beliau bersama Perdana Menteri Malaysia dan isu kemasukan beliau ke dalam UMNO. Bukan sahaja melalui kaca televisyen, pendedahan oleh Yang Berhormat Ustaz Nasharuddin pada malam itu juga dipancarkan menerusi laman web rasmi TV3 dan di laman web tonton.com.my .


Jumlah audience yang menonton secara online pula mencecah 95,312, juga menjadikannya satu rekod baru tontonan Siri Rancangan Temubual melalui online di Malaysia. Ditambah dengan adanya kemudahan internet mudah alih dan smartphone, tontonan secara ‘live streaming’ mencapai angka tertingginya pada permulaan rancangan tersebut, iaitu tepat pada jam 10.03 malam dengan 18,598 hits berbanding hanya 6,109 pada penghujung rancangan. Malaysia mencatatkan tontonan online tertinggi sebanyak sebanyak 98,435 tontonan, diikuti negara-negara lain seperti United Kingdom (4,542), Arab Saudi (3,431), Amerika Syarikat (3,068), Australia (2,956), Singapura (2,158), Indonesia (1,132) dan Brunei (1,009).


Bacaan tontonan yang dibuat ini tidak termasuk dengan jumlah siaran yang telah direkodkan oleh pengguna stesen televisyen berbayar Astro melalui dekoder Astro dan tontonan rakaman yang telah dimuatnaik ke laman web di internet, terutamanya Youtube dan blog-blog yang berunsurkan politik.


Rancangan Soal Jawab pada 6 Februari lalu telah membawa satu dimensi baru dalam penyiarannya yang menampilkan Yang Berhormat Ustaz Nasharuddin Mat Isa sebagai tetamu undangan yang datangnya dari pihak pembangkang di Malaysia. Siaran bertemakan "Nasharuddin - Berjuang Dalam Kontroversi" ditayangkan selama satu jam tersebut dilihat memberi satu impak negatif kepada barisan parti pembangkang, khususnya menjelang Pilihanraya Umum ke 13, apabila banyak pendedahan dibuat oleh tetamu tersebut yang menjawab kepada segala persoalan isu-isu semasa tanahair. Keberanian beliau selaku wakil parti politik daripada pihak pembangkang yang secara berani menerima jemputan bagi ditemubual oleh TV3 dengan membincangkan masalah dalaman parti secara terbuka di kaca televisyen, yang ditonton oleh masyarakat di seluruh dunia

read more...

Jiwa Kacau - PR Makin Terdesak!!!!


Pakatan pembangkang semakin bergolak menjelang pembubaran Dewan Rakyat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 pada bila-bila masa sahaja.

Kerjasama sesama PKR, Pas dan Dap semakin rapuh dan goyah dengan pemimpin-pemimpin mereka mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dan mengelirukanl.

'ntara lapisan kepimpinan parti dan ahli-ahli di peringkat akar umbi sudah wujud benteng pemisahan menyebabkan anggota parti menjadi tidak keruan dan terumbang-ambing.
Ambil sahaja isu kalimah ALLAH yang dicetuskan oleh parti perkauman Cina Dap.






Setiausaha Agung Dap Lim Guan Eng menjadi juara untuk menjadikan kalimah suci ALLAH sebagai bahan politik untuk menjadi modal politik murahan.

Isu ini disokong pula oleh Ketua Umum PKR, seorang liberalis dan mendokong fahaman pluralisme dan gerakan LGBT.

Anwar sokong Guan Eng dalam isu ini untuk menarik undi di Sabah dan Sarawak di mana terdapat ramai penganut Kristian daripada kalangan ethnik Iban, Kadazan, Murut dan sebagainya.



Anwar rela berdepan dengan kemarahan umat Islam di Malaysia asalkan beliau mendapat apa yang diidamkan iaitu menjadi 


Perdana Menteri.

Sokongan pengundi Kristian dianggap kritikal baginya sekiranya beliau mahu menawan Putrajaya tapi malangnya strategi tersebut ‘backfire’ atau memakan diri sendiri.

Walaupun Pas pada mulanya terpaksa tunduk dengan desakan Anwar, Lim Kit Siang, Guan Eng dan Karpal untuk menyetujui pendirian Pakatan Rakyat berhubung isu kalimah ALLAH namun ia berpusing 180 darjah tidak lama kemudian.

Ini kerana Pas melihat sokongan terhadap parti itu sudah mula luntur dan terjejas teruk berikutan majoriti ahlinya tidak bersetuju dengan dasar tersebut.

Isu siapa mendapat jawatan Perdana Menteri sekiranya pembangkang memenangi PRU13 juga semakin merenggangkan hubungan PKR, Pas serta Dap.

Karpal sebagai Pengerusi Kebangsaan Dap bertegas mahukan Anwar sebagai Perdana Menteri walhal pada masa yang sama beliau mendakwa Anwar terlibat dalam aktiviti seks songsang liwat.
Melihat kepada keadaan ini, sokongan lisan yang disuarakan oleh Karpal hanyalah satu taktik politik yang tidak mempunyai makna.

Ini kerana Dap mahu menunggang atas pengaruh Anwar untuk mendapat lebih kerusi parlimen atas undi penyokong PKR dan Pas.

Pas pula mahu presidennya Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri dan ini telah dinyatakan beberapa kali.

Malah terkini Majlis Syura Ulama parti itu dikatakan telah menolak Anwar sebagai calon jawatan itu atas alasan moral yang rendah serta sikapnya yang pro-Kristian.

Rundingan Pakatan Rakyat dengan Parti Maju Sabah (SAPP) juga sudah terbengkalai.
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menyatakan pintu rundingan dengan SAPP sudah ditutup kerana sikap keras kepala dan individualistik Yong Teck Lee.

Anwar pula menyanggah kenyataan anak emasnya itu dengan mengatakan pintu rundingan sentiasa terbuka untuk meneruskan rundingan dengan SAPP.

Pada hakikatnya pembangkang menipu diri mereka sendiri dengan berfikir kedudukan mereka adalah kukuh untuk menjadi kerajaan pusat PRU13 nanti.

Hinggakan Timbalan Pengerusi Dap Perak A. Sivakumar dengan angkuhnya mensasarkan pembangkang mampu merangkul 40 kerusi DUN di negeri itu.

Mungkin Sivakumar masih di alam mimpi atau fantasi melampau kerana sejak kerajaan negeri beralih tangan kepada Barisan Nasional pada Mach 2009, banyak perubahan sudah berlaku.

Mungkin pada awal episod pergolakan politik Perak, ramai yang terkeliru lalu marah kepada BN.
Ini adalah hasil dakyah dan fitnah pembangkang yang tidak memberi penerangan yang sebenar mengapa Pakatan Rakyat tumbang di Perak setelah hanya sebelas bulan memerintah.

Di bawah pentadbiran BN, banyak perubahan telah dilakukan bukan sahaja dalam skop pembangunan dan kebajikan rakyat tetapi juga dasar keterbukaan yang diamalkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Kadir.

Jadi jika pembangkang berfikir mereka boleh menang sebanyak kerusi yang mereka katakan, eloklah sedar daripada mimpi itu dan melihat kepada realiti politik di Perak kini.

malaydelima.blogspot.com
read more...

LELAKI!!! Perkara Yang Perlu Dielak Ketika Hubungan Intim Dilakukan!!!!


Pada suami-suami mithali yang sedang membaca, memang susah kita nak puaskan hati geng ibu-ibu ini, banyak pantang larang dan benda yang mereka tak berkenan.



Rasa-rasanya kesilapan besar lelaki di atas katil ketika bersama wanita macam di bawah. Ada yang betul, mungkin ada yang tak.....





1.  Lupa nak mulakan dengan ciuman ...
2.  Hembusan kuat pada lubang telinga, kononnya nak bagi stim ..
3.  Lupa bercukur janggut, rasa tajam macam landak ..
4.  Ramas payu dara macam nak pecah ...
5.  Gigit puting payu dara ...
6.  Putar puting payu dara macam cari siaran radio ...
7.  Terlupa pada bahagian lain pada tubuh wanita ...
8.  Tangan tersangkut / terbelit pada panties ...
9.  Lepas main terus tinggal kondom bersepah ...
10.  Terus direct attack pada klitoris ...
11.  Berhenti kejap berehat masa tengah main ...
12.  Tanggal pakaian wanita kelam kabut dan tak ikut peraturan ..
13.  Terus "kelebek" alat sulit wanita macam tak pernah jumpa / tengok ..
14.  Urut macam nak patah tulang belakang ...
15.  Masuk bilik terus londeh baju seluar tak sabar sabar ...
16.  Tanggal baju sendiri tinggal spenda kemudian berjalan penuh bilik ...
17.  Kayuh laju macam speed boat nak tenggelam ...
18.  Hentak macam nak runtuh katil ...
19.  Cepat sangat pancut ....
20.  Lama kayuh masih tak pancut-pancut ...
21.  Tanya soalan.. "you dah klimaks belum?"
22.  Sopan santun sangat masa buat oral seks ...
23.  Tekan kepala wanita masa tengah oral seks ...
24.  Tembak (pancut) tanpa amaran ...
25.  Pancut luar ikut suka hati kat mana yang sempat ...
26.  Women On Top aje sampai nak tercabut pinggang ...
27.  Buat-buat tak perasan masa ter"anal" ....
28.  Amik gambor / video masa tengah main ...
29.  Tak kreatif / imaginatif masa tengah main ... boring.

30.  Bunyi perut bertemu perut macam bunyi mop lantai ...
31.  Mintak buat position pelik-pelik ...
32.  Jari suka main kat saluran belakang ...
33.  Buat love bites ...
34.  Bagi arahan macam instructor pasukan kadet ...
35.  Sembang kotor ...
36.  Tak kisah same de pasangan dah puas atau lum ...
37.  Tindih badan macam steamroll turap jalan ...
38.  Ucap time kasih lepas abis main ...

read more...

VIDEO : Melayu, Cina, India Kena Tonton, Tak Rugi Pun!!




BB : Video Untuk Semua....... Selamat Menonton!!!

read more...

Najib Yakin Calon BN Diterima Rakyat, Anwar?


Datuk Seri Najib Tun Razak yakin rakyat akan menerima sesiapa sahaja yang menjadi calon Barisan nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti kerana rakyat percaya kepada dasar transformasi kerajaan yang baik.


"Saya melihat sambutan rakyat sangat menggalakkan kerana mereka sudah yakin bahawa dasar transformasi yang dibawa oleh BN boleh menguntungkan rakyat dan menjamin masa depan yang jauh lebih baik," kata perdana menteri yang juga pengerusi BN, pada sidang media selepas perjumpaan dengan pemimpin BN negeri dan Majlis Tertinggi komponen BN Sarawak di Kuching hari ini.



Najib, yang mengakhiri lawatan kerja tiga hari ke Sarawak, berkata BN harus mengambil kira penerimaan calon dalam kalangan rakyat atas faktor itu.



"Saya sudah sedikit sebanyak memutuskan tentang senarai calon. Tunggu dan lihat bila tiba waktunya nanti," katanya.







Bagaimanapun, katanya, beliau tidak akan terburu-buru dalam menentukan sama ada 'calon terus' BN akan dinamakan untuk bertanding di mana-mana 31 kawasan parlimen Sarawak.



Dengan sokongan kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang juga pengerusi BN Sarawak, Najib percaya BN boleh membawa perubahan yang lebih besar kepada Sarawak dan memastikan rakyat mendapat dan menikmati perubahan itu.



Mengenai persiapan BN negeri menghadapi PRU-13, perdana menteri berkata pada keseluruhannya BN Sarawak telah melakukan usaha yang membawa kepada tahap persiapan yang baik bagi jenteranya.



Beliau berkata pemimpin BN juga bersemangat tinggi untuk melakukan yang terbaik dengan membawa kemenangan yang besar kepada BN pada kali ini.



"Penerimaan calon pun kita kena ambil kira supaya rakyat senang hati dengan calon yang diletak oleh BN," katanya.



Daripada 31 kerusi parlimen di Sarawak, Parti Pesaka Bersatu Bumiputera (PBB) bercadang bertanding 14 kerusi, Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) lima kerusi manakala Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) masing-masing enam dan empat kerusi.



Sementara itu, setiausaha BN Sarawak Datuk Dr Stephen Rundi berkata pada perjumpaan tertutup itu, perdana menteri menasihatkan semua, tentang persiapan menghadapi PRU-13, tetapi tidak membincangkan senarai akhir calon BN Sarawak.



Dalam amanatnya, pengerusi BN meminta semua ketua parti komponen BN negeri yang hadir supaya bersedia, dan paling penting harus bersatu menghadapi pilihan raya dengan semangat satu BN, katanya kepada pemberita.



Dr Rundi berkata semua parti komponen BN Sarawak juga diminta mengumpul maklumat setepat mungkin dan menunaikan apa-apa janji yang telah diberikan pada masa lampau kerana ia sangat penting kepada rakyat.



Presiden SPDP Tan Sri William Mawan Ikom berkata parti itu bersedia bertolak ansur mengenai pengagihan kerusi atas semangat BN.



"Perdana menteri telah berkata BN Sarawak menunjukkan semangat kerjasama yang kukuh dan semua pihak cuba mengenepikan apa jua perselisihan faham atau pertelingkahan yang berlaku," katanya.



Presiden PRS Tan Sri Dr James Masing berkata isu bekas Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) menyertai semula BN tidak timbul kerana telah dibatalkan pendaftarannya.



-Bernama
read more...

LELAKI : Ketahui 10 Tanda Wanita Suka Kepada Anda


Wanita kadangkala sukar untuk dimengertikan dan sukar untuk difahami. Wanita lebih bersikap mendiamkan diri dalam perkara-perkara yang melibatkan cinta dan perasaan tetapi dalam hatinya memberontak mahukan sesuatu. Mereka kadangkala ego untuk memberitahu sesuatu kepada sang lelaki bahawa mereka menyukainya dan lebih suka menunggu lelaki yang memulakan dahulu. Jaga adab timur katanya.







Lelaki pula, kadangkala malu untuk menyatakan rasa cintanya kepada sang wanita kerana takut jika wanita tersebut menolaknya. Akhirnya, kedua duanya tidak ke mana. Hanya memendam rasa dalam hati tanpa diluahkan. Bagi lelaki yang takut untuk meluahkan perasaan kepada wanita, anda boleh mengenali wanita tersebut jika mereka juga sebenarnya  suka kepada anda. 

Dan jika benar wanita tersebut ada menunjukkan tanda tanda ini, anda boleh teruskan perhubungan anda ini ke tahap yang lebih serius. Baca artikel dibawah untuk mengetahui petanda bahawa wanita tersebut juga menaruh harapan dan hati kepada anda.





  1. Apabila anda berada dekat dengan dia, dia selalu bermain dengan rambutnya atau jika dia bertudung, dia akan betul – betulkan tudungnya.
  2. Dia sentiasa memandang anda dan anda juga selalu bertentang mata dengan dia secara sengaja atau tidak sengaja. Kadangkala wanita memang suka melihat lelaki yang selalu melihatnya. Jadi, anda ambil masa beberapa hari untuk tidak melihatnya. Di samping itu, anda intai sama ada dia memandang anda atau tidak. Jika ya, dia pasti minat pada anda.
  3. Apabila anda bertentang mata dengan dia, dia tiba–tiba memandang tempat lain tetapi riak mukanya seperti gementar atau malu–malu. Dia gementar kerana dia suka pada anda.
  4. Dia selalu ketawa apabila anda menceritakan perkara lawak.
  5. Dia selalu mengetapkan bibirnya ketika bersembang dengan anda.
  6. Apabila ada orang cuba menjodohkan anda berdua, dia akan menentang habis–habisan. Dia sebenarnya suka pada anda tetapi dia malu. Jika dia tidak suka, dia akan relaks sahaja kerana dia tahu lambat laun, gosip tersebut akan hilang.
  7. Dia cuba menunjukkan pada anda bahawa dia sangat bertanggungjawab dan boleh diharapkan.
  8. Dia tanya pada anda sama ada anda sudah ada teman atau tidak.
  9. Dia mula membawa anda dalam dunianya seperti mengenalkan anda pada kawan–kawannya dan dia mula mengajak anda keluar.
  10. Dia sentiasa mendengar nasihat yang anda beri dan tidak malu untuk mengadu pada anda.





BB : Jadi, tips ini hanya sesuai untuk lelaki bujang sahaja. Kalau sudah berkahwin, LUPAKAN SAJA BAH!!!

read more...

VIDEO : @abbyabadi112 Sebak Melihat Calon Suaminya Atas Pentas



Sayu.....pilu..... bermacam-macam dugaan yang menguji Abby Abadi dalam menjalani kehidupan di muka bumi ini. Apatah lagi apabila melihat "calon suaminya" di atas pentas dalam keadaan begitu..... Seorang "Rocker Otai" berstatus "Duda". Siapakah artis lelaki ini yang membuat Abby bersedih?




Kena tengok sampai habis baru dapat tahu siapa artis lelaki yang berstatus "DUDA" tersebut.



read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top