Nuffnang

Pesanan Buat Anwar Ibrahim!!!!


Siapa yang tidak ingat, betapa yakinnya Anwar Ibrahim berjanji pada seluruh dunia, 16 September 2008, PR akan mengambil alih kuasa di Parlimen dan beliau akan 'mengangkat sumpah' sebagai PM ke-7.. Tetapi, itulah Anwar Ibrahim... politiknya penuh dengan angan-angan!

Sekali lagi, menjadi 'Raja Propaganda' menggunakan media luar,BloombergNews, Anwar Ibrahim 'menjaja' PR akan mengambil alih kuasa selepas PRU-13 dengan janji ‘smooth and peaceful transition’.

Apa mimpi Anwar Ibrahim begitu yakin 'menjaja' pelaksanaan 'smooth and peaceful transition' ini?

Selangor - isunya terlalu banyak dan sudah diketahui umum! Isu keangkuhan untuk bekerjasama dengan SYABAS sehingga rakyat merana ketiadaan air, isu ibu tunggal dan warga emas yang 'ditipu' bantuan, isu bantuan persekolahan pra-sekolah yang tidak diserah-serah. Ditambah lagi, isu dalaman, apabila anak muda, Rafizi Ramli dipinggirkan, 'anak derhaka', YB Azmin Ali yang ditatang dan YB Tan Sri Khalid sudah tidak lagi sehaluan, kepimpinan negeri yang sudah celaru!





Di mana asasnya rakyat Selangor masih 'sudi' mengundi kepimpinan anda, Anwar Ibrahim?

Kedah - isunya sudah melarat-melarat. Terbaru, ADUN dan Ahli-ahli PAS Kedah dengan jujurnya melahirkan rasa ketidakpuashatian terhadap YB MB Kedah, Datuk Seri Azizan atas ketidakmampuan mentadbir sehingga menampakkan kelemahan PR & PAS di Kedah. Seperkara lagi, gelombang 'Depa nak tukaq dah' dan kempen maya #SaveKedah semakin mendapat perhatian rakyat Kedah.

Apa pula rasional Anwar Ibrahim, masyarakat Kedah masih ingin mengundi pakatan anda?

Kelantan - Gelombang Merah sudah terlalu kuat. Logo 'T' (TUKAR) semakin mendapat tempat di hati masyarakat Kelantan. Sudah bertahun lamanya, keperluan pembangunan dan kemajuan rakyat Kelantan dinafikan sehingga menyebabkan hampir setengah juta rakyatnya terpaksa berhijrah. Selain itu, kebergantungan kepada kudrat veteran untuk terus memimpin negeri adalah bukti 'ketamakan kuasa' PAS dan PR. Ketahuilah, pada ketika PR masih bergantung kepada pimpinan lama, BN sudah rancak melakukan transformasi politik membariskan pimpinan-pimpinan segar!

Sedarkan Anwar Ibrahim yang rakyat Kelantan punya kuasa untuk Ubah?

WP Kuala Lumpur - Kegigihan ahli-ahli BN Kuala Lumpur membantu rakyat KL menyelesaikan isu-isu perbandaran sehingga menyebabkan salah seorang wakil rakyat PR, anakanda Anwar Ibrahim, Nurul Izzah melenting. Pemahaman mudah anak muda itu, untuk menilai siapa buat kerja maka diajaknya berdebat! Andai semudah itu tafsiran seorang pemimpin, punahlah masa depan anak bangsa kita!

Tidakkah Anwar Ibrahim melihat kelonggaran jentera PR di Kuala Lumpur?

Pulau Pinang - Kerajaan negeri pimpinan DAP telah mencatatkan defisit sebanyak RM120 juta pada 2012 dan unjuran defisit sebanyak RM260 juta pada tahun 2013. Isu defisit ini menjadi 'senjata kuat' untuk membuktikan betapa kerajaan DAP lemah dalam pentadbiran negeri. Tidak cukup dengan itu, isu perbalahan antara Ketua Menteri dan Timbalannya seringkali menjadi bualan. Juga, isu-isu rakyat terutamanya Melayu dan India yang 'dihalau' dari premis perniagaan mahupun kediaman mengakibatkan kebanyakan rakyat sudah serik dengan PR!

Sudahkah Anwar Ibrahim mendengar rakaman majoriti rakyat Pulau Pinang melaungkan ‘Are you ready for BN?’ … ‘YESSS!!!’

Erti kata mudahnya, di negeri-negeri pimpinan ‘Pakatan Rapuh’ pun sudah lemah dan di ambang kejatuhan, negeri-negeri pimpinan BN sentiasa tetap utuh dan ampuh bersama untuk ‘TOLAK PAKATAN RAKYAT’

Pesanan buat Datuk Seri Anwar Ibrahim, 

1Malaysia mendoakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengotakan janji 'smooth and peaceful transition' apabila Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan WP Kuala Lumpur KEMBALI KE PIMPINAN BN selepas PRU-13 ini!

Jangan sekadar untuk mengalih isu tumpuan rakyat daripada masalah dalaman DAP-PKR di Johor dan perselisihan pendapat Kalimah Allah sehingga terpaksa menjaja cerita di media antarabangsa.

Tidak usah lagi memperdaya, kerana rakyat sudah tidak percaya!
Share this article

0 Komen:

Catat Komen

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top