Nuffnang

BONGKAR!!!! Kenapa Panglima TUDM Sertai PKR?

Melihat telatah Panglima Songlap TUDM yang ‘bertegang urat’ menafikan penglibatannya dalam kes kecurian enjin jet F-5E memang amat menggelikan hati. Relaksla Datuk. Cara Datuk menafikan penglibatan Datuk memang menggelikan hati. Oh ya, mungkin pembaca tidak tahu bahawa Tuan Penasihat Majlis Rundingan Keselamatan PKR ini adalah individu bertanggungjawab atas kehilangan enjin jet F-5E. 

Namun, tidak ada yang peliknya kerana sudah menjadi lumrah PKR yang akan KITAR SEMULA individu bermasalah untuk mengepalai kebanyakkan organisasi dibawahnya. Untuk makluman pembaca, Dato' Abdul Hadi Al Khatab telah dilucutkan pangkat Brigadier Jeneral TUDM berdasarkan Perenggan 4 dan 5 PMAT Bilangan 1 Tahun 1975, beliau telah dibatalkan tauliah daripada Perhidmatan Angkatan Tentera dibawah Seksyen 9, Akta Angkatan Tentera 1972.



Menyertai PKR kerana merasakan beliau telah dizalimi


Nanti jika individu berkenaan masuk ke kawasan anda, sila pastikan pintu rumah, kereta, motosikal anda berkunci dan rantailah basikal anak-anak anda kerana dikhuatiri akan lesap. Enjin jet boleh hilang, inikan pula basikal BMX anak-anak anda.



Lt Kol Nazari Mokhtar TUDM (Bersara) yang sedang berjuang 
untuk survival politiknya dalam PAS



Ada satu lagi cerita panas. Seorang lagi bekas pegawai kanan TUDM pencen yang tidak tahu bersyukur iaitu Lt Kol Nazari Mokhtar turut sedang bergelut untuk mencari pengaruh dalam pakatan pembangkang dengan melaung-laungkan semangat rebellion dan pemberontakan. Maklumlah, saingan-saingannya yang terdiri daripada pakatan jeneral expired mungkin sukar untuk ditandingi dan disokong Anwar Ibrahim. 

Jadi, untuk mendapat pengaruh,menjadi wakil rakyat, Senator dan mengaut projek-projek masa depan, beliau terpaksalah bertindak proaktif. Sebelum ini, beliau mendapat peluang untuk berbohong di depan orang ramai semasa HKR12, kini bekas pegawai kanan TUDM ini sedang mengorak langkah dalam PAS dengan rancangan untuk mengadakan Perhimpunan Kebangkitan Tentera, Veteran dan Rakyat Ke Putrajaya pada 22 Februari 2013. Aduhai...



Menyedihkan apabila budaya rebellion sebegini disokong 
oleh seorang bekas pegawai tentera


Beliau yang pernah DIBELA DENGAN BAIK semasa berkhidmat dalam TUDM dan pernah diberi peluang untuk menimba ilmu dalam pelbagai kursus, kini membuat pusingan U-TURN dengan menggunakan pentas PAS, KERABAT dan pakatan pembangkang untuk menghasut veteran dan anggota tentera untuk memusihi kerajaan. Alasannya ialah, kononnya kebajikan tentera dan veteran tidak terjaga. Pada saya ia amat kelakar kerana....


Mungkin beliau tidak didedahkan dengan kemudahan internet dan televisyen. Kerana, program transformasi kerajaan meliputi aspek kebajikan veteran (termasuk yang tidak berpencen) dan gaji anggota tentera sentiasa NAIK DAN TIDAK PERNAH TURUNtermasuk peluang kenaikan pangkat yang terbentang di hadapan mata. Mohon sahabat-sahabatnya yang membaca artikel ini diminta untuk membantunya melayari internet agar beliau dapat mengetahu cerita menguntungkan buat anggota tentera.



Mat Sabu yang menyokong pejuangan KOMUNIS mungkin sudah insaf 
dan sudah pandai memberi tabik hormat. Mungkin beliau dididik oleh geng-geng KERABAT


Menurut rakan yang merupakan pegawai kanan TUDM dan juga kenalan pegawai pencen Lt Kol Nazari Mokhtar, beliau menamatkan perkhidmatan kerana merasakan ‘ketinggalan’ dalam aspek kenaikan pangkat. Ironinya, sepanjang beliau menjadi seorang pegawai TUDM, pelbagai kurus dan negara telah dilawati seperti Australia, UAE, Indonesia dan lain-lain lagi. Apa lagi yang dituntut olehnya daripada TUDM?


Banyak lagi PENDEDAHAN. KLIK SINI
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top