Nuffnang

TYT SARAWAK : Kronologi Taib Mahmud Sebagai TYT Ke-7


Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak pada Jumaat selepas hampir 33 tahun memegang jawatan itu pada Sabtu mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak ketujuh.

Upacara itu bermula 11 pagi dengan Tan Sri Adenan Satem, yang menggantikan beliau sebagai ketua menteri baharu, membacakan watikan pelantikan yang disampaikan kepada Taib oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara di Kuala Lumpur pada Jumaat.




Selepas menandatangani watikah pelantikan itu, Taib mengangkat sumpah jawatan di hadapan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum di bangunan Dewan Undangan Negeri di sini yang turut dihadiri Adenan.

Isteri Taib, Puan Sri Ragad Kurdi Taib, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, barisan Kabinet negeri dan beberapa orang kenamaan setempat antara yang turut hadir.

Beliau menggantikan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng yang penggalnya sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak tamat pada Jumaat.

Taib dilantik ketua menteri keempat Sarawak pada 26 Mac, 1981, bagi menggantikan bapa suadaranya Tun Abdul Rahman Ya’kub.

Anak sulung daripada 10 beradik itu dilahirkan pada 21 Mei, 1936, kepada pasangan Mahmud Abang Yahya dan Hamidah Ya’kub.

Taib berkhidmat sebagai hakim bersekutu di Mahkamah Agung Australia Selatan selepas menamatkan pengajian dalam bidang undang-undang di University of Adelaide, sebelum kembali ke Sarawak.

Beliau menceburi politik pada 1963 apabila menjadi anggota Majlis Perundangan Negeri Sarawak sehingga 1966.

Beliau dilantik sebagai Menteri Perhubungan dan Kerja Raya negeri dari 1963 hingga 1966 dan selepas itu dilantik sebagai Menteri Pembangunan dan Perhutanan.

Kerjaya beliau di peringkat kerajaan persekutuan bermula apabila memenangi kerusi Parlimen Samarahan pada 1970 dan dilantik sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya, Pos dan Komunikasi (1970), Menteri Perusahaan Utama (1972), Menteri Pertahanan (1978), Pemangku Menteri Luar (1979) dan Menteri Wilayah Persekutuan (1980).

Pada 9 Mac, 1981, Taib meletak jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Sebandi.

Beliau memenangi kerusi Sebandi tanpa bertanding dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Tanah dan Perlombongan negeri.

Kemudiannya beliau dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak pada 26 Mac 1981. - BERNAMA
read more...

KECOH DAN KALUT!!! Khalid Bikin Anwar HANGIN!!!


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak dimaklumkan berkenaan Perjanjian Persefahaman (MoU) yang ditandangani Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) berhubung isu air di Selangor.

Ketua Pembangkang itu berkata Khalid memaklumkan beliau daripada masa ke semasa berkenaan rundingan antara kerajaan Selangor dan kerajaan Pusat berhubung perkara itu, tetapi butir terperinci berkenaan perjanjian berkenaan tidak dimaklumkan kepadanya.

"Saya mengetahui perjanjian yang dibuat sebelum ini, Khalid maklumkan kepada saya daripada masa ke semasa.

Kerajaan negeri Selangor menandatangani perjanjian MoU dengan KeTTHA berhubung pemilikan konsesi air di Selangor awal hari ini."Tetapi tidak yang terakhir ini. Saya tidak tahu," katanya ketika ditemui pemberita dalam program "Sepetang Bersama Anwar Ibrahim" di Kajang, lewat petang tadi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyaksikan upacara menandatangani MoU berkenaan antara Khalid dan Datuk Seri Maximus Ongkili di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.



Anwar Ibrahim semasa berjumpa dengan media di Taman Cuepacs, Kajang petang tadi. 


"Khalid baru beri gambaran. Pada dasar kita mahu penyelesaian segera. Tetapi saya tidak mahu ulas, beliau baru bagi gambaran umum. Bila beliau beri secara terperinci saya boleh ulas," kata Anwar kepada pemberita.

"Secara prinsipnya kita bersetuju (kerana) dapat selesaikan masalah air dengan segera," kata calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang itu lagi.

Khalid menandatangani MoU berkenaan bagi membolehkan kerajaan negeri mengambil alih empat syarikat konsesi air di negeri berkenaan dengan suntikan dana RM2 bilion oleh kerajaan pusat bagi pengambilalihan saham syarikat konsesi.

Antara isi kandungan perjanjian tersebut termasuklah kerajaan negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat (PR) akan membenarkan Putrajaya meneruskan Loji Rawatan Air Langat 2.

Selain itu, kerajaan negeri juga akan memberikan pampasan bernilai RM9.65 bilion kepada empat syarikat konsesi air di Selangor.

Ekoran pengambilalihan tersebut, satu konsortium air untuk menguruskan industri air di Selangor yang akan dibentuk di bawah seliaan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

Kerajaan negeri Selangor menjangkakan pengambilalihan syarikat konsesi tersebut akan selesai dalam tempoh tiga bulan.

Maklumat yang diperoleh daripada Pejabat Menteri Besar Selangor itu turut menyatakan, melalui pengambilalihan ini, diharap mampu menyelesaikan masalah air kerana kerajaan negeri memiliki kemampuan kewangan dan tenaga kerja berpengalaman di samping pengurusan air yang lebih cekap dan mantap.

Berdasarkan kenyataan bersama yang dikeluarkan kerajaan negeri Selangor dan kementerian berkenaan petang tadi, Loji Langat 2 akan diteruskan pembinaannya dalam tempoh 30 hari selepas MoU berkenaan ditandatangani.

"Kerajaan Persekutuan juga bersetuju menjadi pemudah cara bagi kerajaan negeri Selangor melaksanakan penstrukturan semula industri melalui Akta Perkhidmatan Industri Air (WSIA) 2006 dan mana undang-undang terpakai.

"Sebagai balasan, kerajaan negeri pula akan mengeluarkan kebenaran merancang untuk Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihannya berkuatkuasa hari ini.

"Dan kita akan memastikan semua kelulusan dan kebenaran yang berkait pembangunan projek Langat 2 diluluskan dalam masa 30 hari daripada tarikh memorandum ini ditandangani," kata kenyataan tersebut. 

read more...

SAMAN RM 2 JUTA : PKR Yakin Dapat Selesaikan


Apa punya PAKATAN DAA...... Kalau dah tahu dapat diselesaikan cara baik, kenapa perlu ke mahkamah dan tuntut saman malu RM 2 Juta? Tidak lain tidak bukan sekadar untuk menjatuhkan kredibiliti PAS khususnya TG Haji Hadi Awang itu sendiri!!!





Selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) disaman RM2 juta oleh bekas calon Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin, PKR hari ini memberi jaminan kes saman tersebut akan dapat diselesaikan dengan baik.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata, Shamsul berdegil meneruskan saman terhadap Hadi walaupun beliau dinasihati untuk tidak berbuat demikian.

"Pimpinan PKR mengambil pendirian sebelum ini bahawa kes saman berkenaan tidak perlu diteruskan.

"Namun Shamsul bertegas beliau perlu membersihkan nama dan maruahnya akibat dakwaan yang dibuat sewaktu Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)," katanya dalam satu kenyataan hari ini di Kuala Lumpur.





Abdul Hadi diarahkan membayar saman RM2,000,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dalam penghakiman ingkar yang diperoleh Shamsul.

Selain itu, Abdul Hadi juga diarahkan membayar 5% faedah daripada writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.

Ini berikutan kegagalan Abdul Hadi memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul sebelum ini.

Bagaimanapun, Peguam PAS, Asmuni Awi ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, pihaknya akan memfailkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

Abdul Hadi disaman Shamsul ekoran dakwaannya bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang PRU13 lalu.

Ekoran dakwaan itu, PAS meletakkan calonnya di tiga kerusi DUN di Terengganu yang sepatutnya ditandingi PKR.

Ia menyebabkan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, PAS dan PKR ditiga DUN di Terengganu termasuk Bukit Besi yang ditandingi Shamsul.





Sebelum ini, menjelang pilihan raya kecil Kuala Besut, Shamsul meminta Abdul Hadi menarik balik dan memohon maaf berikutan kenyataannya menjelang pilihan raya umum itu kerana orang ramai menganggap beliau yang didakwa Abdul Hadi itu.

“Saya minta (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang dedahkan siapa yang dia fitnah sebagai pengedar pil kuda dan sokong komunis ketika berceramah di Tebakang, Alor Limbat, ketika kempen PRU lalu,” kata Shamsul dalam sidang media itu.

Ekoran kegagalan Abdul Hadi berbuat demikian, beliau memfailkan saman itu.

Pimpinan PKR berkata Fahmi bagaimanapun akan mengambil langkah perlu untuk membolehkan kes ini dapat diselesaikan dengan baik dan penuh hikmah, demi kebaikan serta kesepakatan Pakatan Rakyat.

read more...

KENA PINDAH!! Anggota Polis "MENGAMUK"



KOTA KINABALU: Seorang anggota polis ditahan selepas mengamuk dengan membawa pistol dan kereta peronda polis keluar tanpa kebenaran dari sebuah balai polis di Tawau.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku adalah disebabkan polis yang berpangkat konstabel itu marah dan tidak berpuas hati selepas disenaraikan antara salah seorang yang akan dipindah tugas ke sebuah balai polis yang lain.




Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata anggota polis yang berumur dalam 30an itu ditahan setelah dia memberhentikan kenderaannya itu kira-kira 600m dari balai polis tersebut dalam kejadian yang berlaku 12.50 pagi pada Sabtu lalu.

Seorang anggota polis yang dikerah untuk mengesannya menemui suspek sedang menangis dalam kenderaan polis sambil sepucuk pistol berada berhampirannya.

Setelah ditenangkan, suspek dibawa oleh anggota polis tersebut ke balai polis.

“Ini adalah kes yang serius dan anggota polis tersebut akan dikenakan tuduhan melarikan kenderaan polis dan juga pistol,” katanya.

Beliau menambah, setiap jabatan polis akan menubuhkan suatu unit integriti dimana ianya akan memantau perkembangan prestasi dan etika kerja anggota-anggota polis.

Hamza berkata kejadian yang berlaku itu merupakan antara kes terpencil yang melibatkan anggota polis yang mempunyai masalah disiplin dalam pasukan polis dan perkara tersebut tidak akan diambil ringan dan mudah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, SAC Omar Mammah berkata siasatan terhadap konstabel tersebut masih dijalankan.

“Sekiranya selesai, kami akan merujuknya kepada ‘Senior Federal Counsel’ untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

read more...

GURU Tentang PBS Ditukarkan? Ini Kenyataan Muhyiddin!!


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan bagi menukar mana-mana guru yang menentang pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Katanya, beliau dan Kementerian Pendidikan (KPM) tidak pernah mempunyai niat untuk menganiayai mana-mana guru, termasuk mereka yang berada dalam Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM).




"Saya nak nyatakan bahawa saya tak memberi apa-apa arahan untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana guru termasuk mereka yang di dalam Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM).

"Saya telah buat keputusan berhubung pendirian KPM untuk tangani masalah PBS iaitu menangguhkan pelaksanaannya bagi memberi ruang kepada satu kajian bagi penambahbaikan diadakan," katanya dalam sidang media di Surau Al-Falah Kampung Bukit Dukung, di sini hari ini. 

- Bernama

read more...

PBS : Kenyataan Media KPM - Saper Yang Untung, Saper Yang DIUNTUNGKAN!!

Nak GELAk Ade, Nak Marah lagi Banyak!!!

Baru nak buat kajian? Siapa Yang Menjadi Mangsa? Kalau kajian perlukah dibuat seluruh negara? Ni Tahap BINGAi ke Apa?

Kepada guru-guru, bersabarlah..... sekurang-kurangnya masalah dan rungutan cikgu-cikgu semua diberi perhatian. DIAMBIL PEDULI!!!





Kepada pembuat keputusan..... Peganglah Amanah Yang Telah diBeri dengan penuh tanggungjawab. Jangan sekadar melepas batuk di tangga. Jangan sekadar ikut satu dua kepala. Natijahnya kepada Anak bangsa, penerus peradaban negara.

read more...

KAMBING HITAM : Kenyataan Zuraida Hina Wanita!!!




Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun hari ini membidas kenyataan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamarudin yang menyifatkan beliau sebagai calon ’kambing hitam’ BN dalam pilihan raya kecil itu.

Chew berkata, Zuraida tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seumpama itu yang bukan sahaja menghina kaum wanita tetapi diri sendiri kerana Zuraida juga daripada kaum hawa.

"Parti (MCA) berusaha yang terbaik untuk memilih calon yang sesuai dan bagi saya ini adalah satu pengiktirafan kepada wanita.

"Zuraida memandang rendah kepada kaum wanita. Dia tidak sepatutnya dengan mudah mengeluarkan kenyataan menghina kaum sendiri,” katanya kepada pemberita selepas majlis ulang tahun ke-65 dan mesyuarat agung luar biasa MCA di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Zuraida baru-baru ini yang berkata BN menghantar Chew sebagai calon parti itu supaya Chew boleh dipersalahkan sekiranya BN kalah dalam PRK pada 23 Mac ini. - Bernama
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top