Ria Novosti - Pejabat Wilayah Chelyabinks menyatakan meteor yang melintas dan meledak diduga jatuh ke sebuah danau.
VIDEO : PLEASEEE Jangan Sebar Video Anwar Ini!!!
Please....tolong jangan share video ini. Video ini mendedahkan segala demontrasi yang dianjurkan pembangkang sebenarnya telah dirancang dengan begitu rapi sekali dan melibatkan perancangan daripada tangan-tangan asing.
Semoga video ini dapat di gunakan oleh anda semua untuk menyedarkan mahasiswa, anak muda dan masyarakat tentang segala perancangan jahat Bang Anwar Bin Ibrahim yang dibantu oleh agen-agen yahudi untuk menghancurkan negara tercinta ini.
BONGKAR!!! Wajah-wajah Bangsat Yang Perlu Anda Kenal Sewaktu PM Di Penang
Mari kita lihat wajah-wajah tak tahu malu dan tak tau betapa bertuahnya menjadi rakyat Malaysia. Blogger Medan Tempurung ada pendedahannya.
Inilah muka-muka yang tak tahu malu yang cuba malukan YAB Perdana Menteri semasa kunjungan pemimpin nombor satu negara itu ke Pulau Pinang Isnin lalu bagi meraikan sambutan Tahun Baru Cina bersama rakyat Pulau Pinang di Sekolah Menengah Han Chiang. Bukan sahaja tak tahu malu tetapi lebih dari itu.. Biadap dan kurang ajar itulah yang sesuai untuk dilabelkan kepada golongan ini kerana tidak tahu menghormati orang lain.
Di saat sebilangan besar rakyat Pulau Pinang dari pelbagai kaum yang jumlahnya puluhan ribu berpusu-pusu datang ke sekolah berkenaan untuk sama-sama meraikan sambutan Tahun Baru Cina bersama YAB Perdana Menteri, puak-puak biadap dan kurang ajar ini pula datang dengan niat jahat mahu memalukan pemimpin itu dan sabotaj ke atas majlis berkenaan.
Lihatlah pakaian mereka !! Ini jelas menunjukkan niat jahat mereka. Bukan itu saja, malah sebar pula fitnah di sana-sini termasuk di luar negara memburuk-burukkan pemimpin dan negara sendiri. Sebar fitnah kononnya rakyat Pulau Pinang menolak Kerajaan Persekutuan melalui rakaman klip video yang terang-terang rakaman yang dibuat oleh kelompok mereka.
Apabila YAB Perdana Menteri berkata "Are You Ready For BN?", suara berkata "No" adalah kelompok mereka yang berada serta berkumpul berdekatan dengan alat perakam video itu sedangkan sebahagian besar rakyat yang hadir amat jelas berkata "Yes". Sudah tentulah apabila suara mereka yang kuat (walaupun bilangannya taklah seramai mana pun) berada berhampiran dengan alat perakam video itu, sudah tentulah suara mereka menengelami suara-suara orang ramai yang jauh dari kelompok mereka. Usaha jahat itu sememangnya dirancang sejak awal lagi.
Baca dan lihat lagi. KLIK SINI
VIDEO SENSASI DR HARON DIN : SESUAI UNTUK TONTONAN MELAYU ISLAM SAHAJA!!!!
Wow!! Dahsyat penganut agama Pas ni. Sampaikan ada yang berani maki hamun Ustaz Haron Din, semata-mata beliau mempertahankan Kalimah Allah.
read more...
Tahukah penganut Pas, siapa Datuk Ustaz Haron Din ni? Boleh digelarkan Ulama Besar dalam Malaysia. Dulu Ustaz Haron Din masuk Pas pun sebab ada selisih faham dengan kepimpinan yang terdahulu.
BB : Moga terbuka hati mereka untuk kembali ke pangkal jalan....
Meteor Terbesar Abad Ini Terhempas Di Rusia, 950
MOSCOW: Sebuah meteor besar menjunam dan meletup di wilayah tengah Rusia hari ini dan mencetuskan gelombang kuat yang memecahkan tingkap dan mencederakan sekitar 950 orang dalam kejadian yang belum pernah berlaku di zaman moden ini.
Kejadian luar biasa itu mengakibatkan lalulintas terhenti di bandaraya Chelyabinsk apabila orang ramai yang terkejut, berhenti memandu untuk melihat meteor yang menyala bergerak melintasi ruang udara.
Para pakar berkata hentaman meteor sebesar itu yang dianggarkan seberat puluhan tan, amat jarang berlaku, begitu juga dengan jumlah mangsa di tempat kejadian.
Kementerian kecemasan pada awalnya menganggarkan lebih 500 orang cedera, 112 dimasukkan ke hospital.
Tingkap hancur dilanda gelombang tersebut di wilayah bandaraya itu, dengan pihak kementerian menganggarkan hampir 300 bangunan rosak termasuk, sekolah, hospital, sebuah kilang zink dan sebuah stadium hoki ais.
Dalam perkembangan terkini, gabenor wilayah tersebut, Mikhail Yurevich berkata angka kecederaan telah meningkat kepada sekitar 950 orang.
Mikhail yang dipetik oleh agensi berita RIA Novosti, berkata dua pertiga daripada mereka cedera ringan terkena pecahan kaca dan bahan-bahan lain.
Di bandaraya Chelyabinsk sahaja, 758 orang memerlukan bantuan perubatan.
Ria Novosti - Pejabat Wilayah Chelyabinks menyatakan meteor yang melintas dan meledak diduga jatuh ke sebuah danau.
AFP
MyDaftar Program Diiktiraf Dunia, Rakyat Perlu Manfaatkannya - Najib Razak
Kenapa DS Najib begitu memuji program My Daftar ini??? Dan kenapa pula program ini mendapat pujian dunia khususnya daripada PBB? Apa yang baik sangat mengenai program ini?
Menurut Bernama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Kempen MyDaftar bagi membantu golongan tidak memiliki dokumentasi pengenalan diri sebagai khidmat yang memanfaatkan ribuan penduduk di negara ini.
Beliau berkata, kempen yang dilancarkan bagi menyelesaikan masalah dokumentasi masyarakat India di negara ini telah menerima pengiktirafan khas dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
"Kempen MyDaftar untuk menyelesaikan masalah dokumentasi masyarakat India menerima pengiktirafan PBB. Satu perkhidmatan yang memberi manfaat kepada beribu-ribu orang,” kata Najib dalam tweet terbaru beliau hari ini.
Najib melancarkan Kempen MyDaftar peringkat kebangsaan pada Februari 2011 bagi membantu menyelesaikan masalah dokumentasi masyarakat India yang tidak mempunyai sijil kelahiran, kad pengenalan diri atau kewarganegaraan.
Menurut Berita Semasa pula, ramai tidak menyedari dengan memperolehi dokumen pengenalan diri, sebenarnya mereka telah mempunyai akses kepada pelbagai faedah yang diberikan kerajaan antaranya kemudahan bantuan perubatan, pendidikan dan kebajikan.
Namun begitu, proses untuk mendapatkan dokumen pengenalan kadang kala agak sukar bagi sesetengah pihak disebabkan pelbagai faktor menyebabkan ada golongan yang tergelincir dari mendapatkan segala faedah yang ditawarkan kerajaan walaupun mereka telah berada di negara ini berpuluh tahun lamanya.
Pelbagai langkah telah diambil kerajaan bagi memudahkan permohonan dokumen pengenalan diri, ini termasuk program MyDaftar yang dilancarkan pada Feb tahun lepas oleh Kementerian Dalam Negeri, yang pada Selasa menyaksikan 100 pemohon dari Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akhirnya menerima dokumen pengenalan diri mereka buat kali pertama.
Lebih manis, apabila dokumen pengenalan diri mereka diserahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu majlis di sini.
Santhi Manokaran, 13, adalah antara penerima termuda dokumen pengenalan diri di bawah kempen itu dan menganggap dirinya bertuah terpilih daripada pemohon yang direkodkan bagi permohonan dokumen pengenalan diri sejak ia dilancarkan.
“Dahulu saya selalu berasa cemburu dengan rakan-rakan kerana mereka memiliki kad pengenalan tetapi saya tidak. Kini kami serupa dan ini membuatkan saya sangat gembira,” katanya kepada Bernama.
Beliau dipelihara oleh ibu angkatnya di Klang setelah kematian ayah dan diabaikan oleh ibunya, warganegara Filipina sejak kecil.
Pelajar tingkatan satu, SMK Perempuan Raja Zarinah, Klang, itu berikrar untuk belajar bersungguh-sungguh agar segala kemudahan pendidikan yang ditawarkan oleh kerajaan mampu dinikmatinya tanpa sebarang kesulitan kelak.
Sementara itu, Veluthettil Vijaya Kumari, 53, yang memegang status penduduk tetap berkata beliau mengalami kesukaran untuk memperolehi status kewarganegaraan, lebih perit setelah kematian suaminya yang merupakan rakyat Malaysia.
“MyDaftar memberi saya sinar baru kerana sekarang saya sudah memiliki kad pengenalan berwarna biru. Saya tidak akan mengalami masalah untuk mendapatkan bantuan perubatan malahan hasrat untuk membeli rumah juga bakal terlaksana,” kata beliau.
Dalam nada gembira, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan yang akhirnya merealisasikan impiannya.
Manakala, Sarayunnisa Arsad Ali, 75, berkata beliau telah berusaha semenjak beliau berusia 12 tahun lagi bagi mendapatkan dokumen pengenalan diri, namun gagal.
“Ini merupakan pemohonan saya yang ketiga. Pemohonan kedua dilakukan pada 35 tahun yang lalu. Saya selalu menghantar surat untuk mendapatkan jawapan namun mereka sering memberi alasan tidak siap.
“Alhamdulillah, MyDaftar membantu saya memiliki kad pengenalan dan ini memudahkan saya untuk menunaikan umrah,” kata beliau.
VIDEO : NIK AZIZ DAN MAJLIS SYURA DI BAWAH KUASA DAN TELUNJUK SAYA - ANWAR
Semalam (10.02.2013) PKR telah menganjurkan Majlis Makan Malam Tahun
Baru Cina 2013 anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah. Dianggarkan
sekitar 1500 orang hadir pada Majlis tersebut yang bertempat Putera
Ballroom KK pukul 7:00-10:00mlm. Terdahulu DSAI dikhabarkan telah
menghadiri Program Ceramah PKR bertempat di Kg. Paginatan Ranau, Forum
Suara Anak Sabah (SUASA) dan seterusnya bergerak ke sesi Dialog DSAI
bersama anak muda dan golongan profesional di Hotel Megah Tg aru setelah
berucap pada Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina tersebut.
Majoriti yang datang terdiri daripada ahli-ahli PKR yang datang dari
seluruh negeri Sabah. Pengarang beranggapan, tindakan memanggil dan
mengarahkan setiap daerah di negeri Sabah untuk menghantar wakil pada
Majlis tersebut ada kaitan dengan nasib yang menimpa Program DAP yang
hanya dihadiri oleh kurang daripada 50 orang hadirin meskipun disajikan
dengan makanan percuma.
Namun bukan itu yang menjadi tumpuan Pengarang, fokus utama pengarang
lebih kepada slot ceramah DSAI kepada hadirin.
Akhirnya seperti yang pengarang duga, isu kalimah Allah akan berkumandang dan akan dimainkan oleh DSAI. Dan untuk isu kalimah Allah, DSAI telah membuktikan beliau lebih arif tentang soal agama berbanding dengan Nik Aziz dan Hadi mahupun Majlis Syura PAS. Kalau Pengarang ulas tanpa bukti nanti orang-orang PR dan Cybertrooper yang dibayar gaji ribuan ringgit pasti akan tuduh pengarang suka menfitnah. Oleh itu, anda tonton sendiri video tersebut.
Akhirnya seperti yang pengarang duga, isu kalimah Allah akan berkumandang dan akan dimainkan oleh DSAI. Dan untuk isu kalimah Allah, DSAI telah membuktikan beliau lebih arif tentang soal agama berbanding dengan Nik Aziz dan Hadi mahupun Majlis Syura PAS. Kalau Pengarang ulas tanpa bukti nanti orang-orang PR dan Cybertrooper yang dibayar gaji ribuan ringgit pasti akan tuduh pengarang suka menfitnah. Oleh itu, anda tonton sendiri video tersebut.
Wujud lagi satu pendedahan penting yang keluar daripada mulut DSP Lajim
sendiri ketika beliau berucap di Program Kebangkitan Rakyat bersama DSAI
yang bertempat di Perkarangan Rumah En Justinus Baharum (Kg Linsudan
Apin-apin). Akhirnya DSP Lajim mengakui sendiri berdasarkan keadaan
semasa, PR Sabah hanya mampu memperolehi 3 kerusi Parlimen di Sabah.
Jumlah ini jauh lebih kecil daripada apa yang digembar-gemburkan oleh PR semenanjung yang menjangkakan PR akan memperolehi 13 daripada 25 Kerusi Parlimen di Sabah. Pengarang mengandaikan ketiga-tiga kerusi Parlimen yang dijangkakan menang oleh DSP Lajim termasuklah, P172 Kota Kinabalu. P177 Beaufort dan P186 Sandakan.
Jumlah ini jauh lebih kecil daripada apa yang digembar-gemburkan oleh PR semenanjung yang menjangkakan PR akan memperolehi 13 daripada 25 Kerusi Parlimen di Sabah. Pengarang mengandaikan ketiga-tiga kerusi Parlimen yang dijangkakan menang oleh DSP Lajim termasuklah, P172 Kota Kinabalu. P177 Beaufort dan P186 Sandakan.
Walau apapun ramalan yang diletakkan, apa yang pasti, kesemua kawasan Parlimen tersebut telah ada wakil daripada PKR, DAP dan PAS. Sabotaj daripada ahli-ahli PR itu adalah sesuatu yang pasti dan kini situasi tersebut semakin menghantui DSP Lajim. DSP Lajim kini semakin terdesak untuk meyakinkan penyokong-penyokong beliau yang beliau tidak akan kembalik kepada BN sekiranya beliau memenangi kerusi Parlimen P177 Beaufort kelak. Kegusaran penyokong DSP Lajim ada hubungkait dengan isu bahawa DSP Lajim masih ahli UMNO.
Kini keadaan PR Sabah semakin kritikal berbanding dengan apa yang dilaung-laungkan selama ini. Meskipun DSAI menggambarkan wujud kebangkitan di kalangan rakyat Sabah, namun pengarang tetap menafikan kebangkitan tersebut berdasarkan bukti bahawa hadirin yang meramaikan program PR di Sabah adalah di upah. Bukti ini pengarang perolehi sendiri daripada adik seorang sahabat yang berada di Papar, beliau khabarkan adik beliau di upah RM30 ringgit untuk hadir pada sesi ceramah DSAI di Papat tahun lalu. Mereka dijemput oleh sebuah van dan diberi duit RM30 ketika berada di dalam yang seterusnya membawa mereka ke lokasi tempat DSAI berceramah. Bukti sudah nyata, PR Sabah bakal kecewa lagi!
BB : APA MACAM CAI-CAI PAS???
Kenapa Pengundi Baru ( Pertama Kali) Perlu Tolak PR
1. Pasal berpolitik, kena saling faham memahami. Orang kampong lagi merapu, ilmu politik tak seberapa, cakap politik main ikut-ikutan, becelaru, cerita sedap mulut. Yang dapat kerja di pekan pulak sudah tunjuk pandai, Ego, lupa diri. Cuba bayangkan, jika Malaysia tak ada kerajaan PERIKATAN, sekarang BARISAN NASIONAL yang membuat kemajuan, tubuhkan industri, pembangunan, mungkin orang Melayu masih duduk merempat di kampong je. Tapi sekarang dah senang, jadi supervisior, operator, juruteknik, CEO, manager, bisnesmen, koperat dan pandai main saham, mula kutuk kerajaan. Sama macam pekerja kerajaan, makan gaji kerajaan, tanggung anak bini hasil usaha kerajaan, bantu kehidupan, bantu pelajaran, luar negara, dalam negara, tiba-tiba kutuk kerajaan.
2. Teman sekadar nak membetulkan cakap. Pasal teman ada Fakta politik. Politik yang ada maruah, nak jaga bangsa dan negara, jaga Agama, jangan sesat. Buat kajian dasar politik negara, cari yang benar, sumber ilmu yang orang ramai suka dan boleh dipercayai.
2. Teman sekadar nak membetulkan cakap. Pasal teman ada Fakta politik. Politik yang ada maruah, nak jaga bangsa dan negara, jaga Agama, jangan sesat. Buat kajian dasar politik negara, cari yang benar, sumber ilmu yang orang ramai suka dan boleh dipercayai.
3. Teman nak bagi tahu, di Selangor ni, pada setiap Jumaat ada surat khabar free (Selangor KU) dilambak dalam masjid, suruh baca cerita rekaan Ronnie Lieu, Teresa koK, Xavier dan wakil melayu bercerita kosong. suruh jemaah baca pada hari Jumaat yang mulia, waktu Fardu Jumaat, masa khutbah, ketika ibadat pulak tu! Salah siapa sekarang. Sudah pasti salah Melayu Islam yang sokong Kerajaan Pakatan. Terimalah hukumannya nanti.
4. Pas suka mengkafirkan UMNO, pasal berkawan dengan MCA cina, MIC hindu. Tapi sekarang PAS lebih kafir kerana kawan DAP cina totok, kaudu, kominis, tak ada perasaan lansung dan yang lekehnya undi KEADILAN, ada hindu Hindrap ada cina ada keling, campur melayu yang buta akidah Islamnya.
5. Mempertikaikan Agama Islam, ALLAH di permain-mainkan, PAS boleh pulak bersatu, berkawan? Siapa Lebih Kafir. Pastinya pengikut PAS, PIS, PUS.( Parti Ajaran Sesat/, Penting Individu Sahaja/ Parti Untung Sendiri ) dan PKR. (Parti Kelentong / Kencing Rakyat ). DAP lagi, (Dari Awal Penyangak ). Perosak negara, bangsa dan perosak Agama.
6. Tolak hudud kafir. Tapi PAS dah 23 tahun memerintah Kelantan, PAS tak laksanakan hukum HUDUD pun. Alasannya kerajaan pusat tak setuju. Tapi Kerajaan pusat ajak berunding, Mursyidul PAS kata tak layak. Jadi sampai hari ini, semua orang PAS masih kafir juga. Yang Jelas, kalau di laksanakan hukum Hudud, nanti tangan HJ. Nik Aziz, Mat Sabu, Hadi Awang, Khalid Ibrahim dan Azizan MB Kedah tu yang kena potong, sebab mereka-mereka inilah pencuri, penyangak, jual tanah rakyat, Tanah kerajaan, tanah masjid, tanah surau, jual pasir, Duit Tabung Memali yang berjuta-juta habis mereka TIBAI. Duit karung kutipan apabila berceramah atau berkempen tak sampai kemana, belum sempat dikira lagi dah dicekup je! Ajak orang minum, enjoy tak kira hukum.
7. Orang Melayu Islam, Taksub kepada parti, lurus bendul, membabi buta, percaya pemimpin, ikut membangkang nak gila. Salah orang lain nampak, salah sendiri tak dirasai. Kafirkan orang mudah je, tetapi sendiri lebih kafir tak sedar diri. Kena tipu pemimpin PAS, ketua PAS, Mursyidul PAS cakap semua percaya, akur dan telan bulat-bulat. UMNO tak ada pun Mursyidul, boleh ramai yang suka. Dalam UMNO ada ramai ahli Agama lagi, Penasihat Agama, Guru Agama, para alim, para ulamak, ustaz dan wakil PAS yang berkawan dengan orang UMNO pun ramai, semua percaya, UMNO Islam juga. Ustaz PAS, kalau mengajar, kuliah, ceramah bebas dalam masjid dok kutuk orang, sebagai mata pencarian, cari makan, minta derma itu, derma ini, bagi makan anak bini. Halal ke!. UMNO pun ada ustaz, tetapi tak le teruk sangat.
8. Orang PAS sendiri tak suka, Anwar Ibrahim. Buktinya, orang PAS keluar Stadium, apabila Anwar masuk memberi ucapan di stadium Merdeka dalam REFOMASI baru-baru ni. PAS kena percaya. Hadi Awang boleh jadi PM. Tapi dia sendiri tak Konfiden. Pasal gagal memerintah Terengganu. Cakap Inggeris pun tak reti. Nanti DSAI kang menang. Mudahlah mereka tukar Negara jadi Republikan, tak ada Agong, tak ada Sultan, Perdana Menteri boleh orang Kafir. Pasal/akibat Melayu sudah tidak dapat undi mejoriti lagi.
9. Ahli pembangkang daripada PAS, DAP, ADIL dah ramai yang keluar parti mereka. Pemimpin mereka, orang kanan, bijak pandai, semua dah keluar. Chandra Muzaffar, Zulkifli Nordin, Nalla Karupan, Marina, Nizam, Roslan Kasim, Cikgu Zainun / C.N.Al-Afghani, Lee Lam Thye, Nakaie semua cabut. Sama macam Hassan Ali, Hasan Basri, Nasharuddin Mat Isa dan semua ahli-ahli bawahan keluar mengutuk sesama sendiri. Pijak gambar pemimpin PAKATAN RAKYAT, apa sudah jadi? Segala Pendedahan, penyelewengan dalam PAS, ADIL, DAP semua sudah dibuktikan.
10. Percaya kepada ”amanat Hadi Awang”, Keyakinan kepada Nik Aziz. Ikrar, sumpah setia kepada Parti PAS, bahawasanya hanya PAS itu Islam. Ketua cakap kena patuh, setuju, percaya, gempur, tolak BARISAN, hapuskan kerajaan, Polis anjing kerajaan, SPR penipu, BPR tak guna. Semuanya ikut cakap pemimpin. Pemimpin yang jamin Syurga. Sedangkan Nabi Muhamad nak tolong pakciknya ke Syurga, Allah tidak perkenankan, sebab Syirik, Munafik, fasik, Murtad, Kafir, Cakap Bohong, cakap besar, suka melenting, Penipu, tak ada ilmu, sombong, riak, ujub, takabbur dan irihati, (pilih salah satu) boleh ke!.
11. Dijamin ke Syurga Allah mesti ada sifat suci, bersih, hormat-menghormati, Amalan baik, Ibadah baik. Doa anak baik. Sedekah jariah banyak. Hafiz al-Quran. Sahid dan berjuang kerana menegakkan kebenaran Islam. Bukan ikut PAS aje. Orang di Negara lain tak kenal PAS, ramai masuk Syurga pasal berjuang kerana Islam bukan kerana PAS.
12. UMNO kan lebih memperjuangkan Islam. Pemerintahan, pentadbiran Islam, adil, saksama, berkebajikan, Ekonomi Islam, hukuman sama rata, menegakkan Syiar Islam, Kadaulatan Islam, Sekolah, Universiti Islam, Sistem Pondok, Sekolah Agama. Ada Sijil Pembelajaran, pendidikan, ilmu, pengetahuan dan pembangunan Islam, Berzakat, bersedekah, Sistem Muamalat, Munakahat, memperjuangkan bangsa dan Negara, menjaga maruah bangsa. Semua itu cara dan kehendak Islam. Semua orang suka. Tak masalah.
13. Kalau pemerintahan sekarang tidak baik, tak kan PM Malaysia kita dikehendaki hadir ke mesyuarat tergempar OIC di Arab. Mendapat banyak jemputan di serata dunia, Sambutan besar-besaran di Gaza. Diberi penghormatan Menjelaskan Ekonomi Dunia, di Swistzerland. Membela Islam di Bosnea, Afrika selatan, Pelastin, Memperjuangkan Moro Islam di Pilipina dan kemungkinan penyatuan warga Patani di selatan Thai, mengikut sumber terkini, kerana semua mahu Malaysia juga yang mendamaikan mereka.
14. Wahai rakyat Malaysia, sesungguhnya perjuangan BARISAN NASIONAL itu adalah perjuangan bersama bangsa Melayu. UMNO mendahului parti komponan yang lain. Sesungguhnya Islam itu Agama Resmi Malaysia. Agama lain kita hormati. Tercapainya perpaduan itulah dasar toleransi kita, yang diakui di mata dunia. Bukanya macam PAKATAN RAKYAT, Anwar Ibrahim kata semua agama sama, Perdana Menteri tak semestinya orang Melayu. Ketua agama Agong, Sultan tak perlu. Nanti negara senang dijajah kembali. Itu pasal Karpal Singh dan Mat Sabu yang pernah salahkan Anwar dulu dalam kerajaan, hari ini jadi kawan rapat, Adakah ini politik? Yang Islam dan yang jadi peguam semua boleh ingkar dan cakap bohong. Sungguh menjijikkan.
15. Kesimpulannya, rakyat kena sokong dan undi sebagai komponan berjaya, kita kena undi BARISAN atas dasar bersatu. Walau pun kena undi bangsa lain cuma mewakili komponen BARISAN, UMNO tetap juara, menerajui bangsa lain, kita kena sokong kerana yang memerintah masih Melayu UMNO, Perdana Menteri Melayu UMNO, Agong Melayu. Kalau PAKATAN RAKYAT tak mampu, ikutlah, unilah BARISAN NASIONAL yang 100% memperjuangkan Islam dan perpaduan rakyat seluruhnya. 1 Malaysia, 1 Bangsa Malaysia. Bersatu kita teguh, Bercerai kita roboh. Yang baik dari Allah.
- Daeng Selili
1 Bilion Bangkit Tentang Penindasan Wanita
GEORGETOWN - Seramai 60 sukarelawan Pusat Kesedaran Wanita Pulau Pinang (WCC) dan World Alliance for Breastfeeding Action (WABA) di sini hari ini menyertai kempen 'Satu Bilion Bangkit' bagi menghentikan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan di seluruh dunia.
Peserta dari pelbagai peringkat usia berkumpul dalam suasana harmoni seawal 9 pagi dan bersemangat menari dengan diiringi lagu tema kempen 'Break The Chain' bagi tanda protes terhadap keganasan itu.
Naib Presiden WCC Lalitha Menon berkata gerak tari itu adalah bagi mengutuk penindasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan yang teraniaya.
"Keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak tidak boleh diterima walau apapun alasan yang diberi terutamanya jika perbuatan itu dilakukan oleh orang yang sepatutnya melindungi kita sama ada anggota keluarga, rakan atau pihak berkuasa. Ia patut ditentang habis-habisan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
'Satu Bilion Bangkit' bermula sebagai satu seruan untuk bertindak berikutan statistik mengejutkan bahawa seorang daripada tiga wanita di dunia bakal dicederakan atau dirogol.
Lalitha turut merayu segenap lapisan masyarakat bekerjasama membantu mangsa keganasan yang tidak berdaya dengan melaporkan masalah itu kepada pihak bertanggungjawab.
WCC, sebuah pertubuhan bukan kerajaan, memberi perkhidmatan percuma seperti kaunseling, tempat perlindungan sementara dan nasihat perundangan kepada wanita dan kanak-kanak perempuan bermasalah.
- Sinar Harian
Check It Out!!! Ekzos Berapi Di Dataran Mereka
Pertunjukan ekzos berapi (Split Fire) menjadi satu daripada aktiviti pada pertandingan Autoshow Konsert Ekspresi Harian Metro yang akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, Sabtu ini.
Selain itu, perhimpunan kelab motosikal serta pameran kereta drift adalah acara menarik yang diselitkan bagi memeriahkan lagi Konsert Ekspresi Harian Metro sempena sambutan Hari Wilayah pada 16 Februari ini.
Pengunjung juga disajikan dengan kenderaan yang diubah suai yang bersaing dalam merebut kejuaraan autoshow, selain memeriahkan Konsert Ekspresi Harian Metro.
Kehadiran jentera ubah suai itu sekali gus memberi peluang kepada pengunjung melihat lebih dekat kenderaan yang jarang di lihat di jalan raya.
Ini berikutan kenderaan ubah suai itu hanya ‘muncul’ pada pertandingan autoshow kerana sudah melakukan pengubahsuaian secara ekstrem dan tidak sesuai dipandu untuk kegunaan harian.
Pertandingan autoshow yang diadakan itu dibahagikan kepada lima kategori membabitkan Pengubahsuaian Perodua, Penampilan Mira, Pengubahsuaian Proton, Pengubahsuaian Terbuka dan ‘Oldskool’ serta Pengubahsuaian Esktrem.
Lima Anugerah Khas Juri turut dipertandingkan membabitkan Audio Terbaik, Warna Terbaik, Pelekat Terbaik, Kit Badan dan Rim Sport Terbaik. Mereka berpeluang membawa pulang trofi.
Mereka yang berminat untuk menyertai autoshow itu boleh mendaftar pada hari pertandingan dengan dikenakan yuran pendaftaran bagi setiap kategori iaitu RM30 dan peserta akan menerima baju-T edisi khas percuma serta sijil penyertaan.
Hadiah wang tunai disediakan iaitu RM300 bagi juara manakala tempat kedua RM200 dan ketiga RM100 serta peserta tempat pertama hingga kelima juga akan membawa pulang trofi.
Pendaftaran bagi autoshow bermula jam 10 pagi di tapak konsert sebelum juri membuat penilaian kenderaan pada jam 2 petang.
Peserta yang hadir selepas jam 2 petang tidak akan dilayan kerana ia mengganggu proses permarkahan.
Bagi memeriahkan lagi acara itu, lima trofi bakal diberikan kepada kelab kereta yang menghimpunkan peserta paling ramai sepanjang autoshow itu.
Autoshow itu turut menerima kerjasama daripada KW Motorsport dan Volkswagen Group Malaysia (VGM) Sdn Bhd.
Hubungi Rizalman di talian 017-6549244 atau Erywan Norshal di talian 016-2635956 untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Autoshow Konsert Ekspresi Harian Metro.
Aishah Menanti Rais Di Jelebu???
Kuala Lumpur: Penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin, 48, atau Aishah menyifatkan wujud spekulasi pihak tertentu mengatakan dirinya bakal diletakkan sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13)bagi Parlimen Jelebu, Negeri Sembilan hanyalah andaian semata-mata.
Aishah berkata demikian selepas sumber memaklumkan penyanyi itu adalah artis pertama negara yang bakal bergelar Yang Berhormat (YB) berikutan akan diletakkan sebagai calon bertanding dalam PRU akan datang.
Penyanyi terbabit yang juga ahli sebuah parti politik berkata, beliau menyedari perkara itu hangat diperkatakan tambahan pula tarikh menjelang pilihan raya semakin hampir.
“Setakat ini saya belum mendapat kepastian mengenai pencalonan itu dan beranggapan ia hanyalah khabar angin. Lebih baik tunggu Parlimen dibubarkan dulu, barulah boleh dapat kata putus,” katanya.
Menurut Aishah, dia tidak pernah mengharapkan bergelar calon sebaliknya menyedari timbulnya ‘cakap-cakap orang’ mengenai penamaan itu.
“Sebelum ini ramai yang bercakap mengenai perkara ini, tetapi tak tahulah, tunggu dan lihat saja,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Ditanya sama ada akan bertanding sekiranya diberi peluang, Aishah berkata, dia perlu memikirkan sebaik-baiknya tambahan pula tanggungjawab untuk memimpin adalah sesuatu yang sukar.
“Kalau ada peluang, saya kena fikir tindakan selanjutnya, kena solat istiqarah dan kena tahu sama ada masyarakat akan menerima atau sebaliknya,” katanya tidak mahu menganggap spekulasi itu sesuatu yang serius.
Sementara itu, Aishah yang dimasukkan ke Hospital Ampang Puteri sejak tiga hari lalu akibat demam panas turut meminta rakan artis yang `berhijrah’ tidak menghentam individu lain sebaliknya istiqamah dalam menambah ilmu agama.
- My Metro
BB : BERJUANG UNTUK AGAMA BAIK, BERJUANG DENGAN MEMPERGUNAKAN AGAMA TAIK!!!
Bongkar!!!! PSY Terima Ancaman Ketika Di Malaysia
Perai: Kawalan ketat dan langkah keselamatan terpaksa diambil polis selepas menerima maklumat mengenai ancaman terhadap bintang popular Korea Selatan, Psy yang dikenali di seluruh dunia dengan lagunya, Oppa Gangnam Style ketika kunjungannya ke negeri ini pada Isnin dan Selasa lalu.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi dalam satu kenyataan yang dihantar menerusi e-mel mengesahkan ada menerima maklumat mengenai ancaman terhadap penyanyi itu.
Menurutnya, kawalan ketat dan nasihat keselamatan juga diberikan kepada Psy ketika penyanyi itu mengadakan persembahan di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 1Malaysia anjuran Barisan Nasional (BN) di padang Kolej Han Chiang, Georgetown pada Ahad lalu.
Katanya, polis turut mengatur kepulangan penyanyi terbabit tanpa diketahui umum pada keesokan harinya.
Abdul Rahim berkata demikian ketika mengulas penjelasan Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow yang mendakwa terdapat satu ancaman terhadap nyawa Psy yang menjadi punca Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diminta meninggalkan pentas lebih awal selepas acara menggaul yee sang di majlis rumah terbuka itu.
Teng menjelaskan kejadian itu ketika menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Gerakan di Jelutong, di sini, semalam.
Kata beliau, pihaknya dimaklumkan oleh polis bahawa mereka menerima maklumat terdapat cubaan ancaman terhadap Psy dan itulah sebabnya mengapa orang ramai ditempatkan agak jauh dari pentas.
- My Metro
BB : Adakah Malaysia Bakal Menjadi Negara Pengganas???
Maklumat Terkini Pencerobohan Bersenjata Di Lahad Datu, Sabah
Lebih 100 lelaki warga asing dipercayai dari selatan Filipina yang berpakaian ala tentera dan sebahagiannya dipercayai bersenjata api berjaya dikesan menyeludup masuk dan menceroboh ke Lahad Datu, Sabah pada Selasa lalu.
Bagaimanapun keadaan di sana ketika ini terkawal dan pihak keselamatan negara yang terdiri pasukan tentera dan polis, termasuk dari unit komando sedang memantau situasi tersebut bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam kenyataan tiga perenggannya pada malam Rabu bagaimanapun meminta orang ramai supaya tidak bimbang dengan insiden tersebut.
Menurutnya, insiden yang berlaku disebabkan masalah yang berlaku di selatan Filipina.
Beliau berkata pihak keselamatan telah mengambil tindakan mengepung kawasan tersebut dan mengarahkan kumpulan tersebut meletak senjata serta menyerah diri.
“Keadaan ini adalah terkawal dan orang ramai tidak perlu bimbang,” kata Ismail.
Menurut sumber polis, kumpulan ini dikatakan telah mendarat di persisiran pantai Lahad Datu dengan menaiki bot pancung.
Bagaimanapun setakat 10 malam, pihak berkuasa keselamatan tidak dapat mengesahkan tujuan kumpulan itu sama ada merancang untuk melakukan aktiviti keganasan di bandar berkenaan.
Sementara itu, Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin ketika dihubungi Bernama enggan mengulas lanjut mengenai insiden itu dan hanya berkata “tunggu kenyataan daripada Ketua Polis Negara”.
Pengarah Jabatan Petugas Khas dan Anti Pengganas Bukit Aman, Datuk Mohamad Fuzi Harun, berkata polis Sabah masih menjalankan siasatan terhadap insiden tersebut.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai insiden itu dan kemungkinan satu sidang media akan diadakan Khamis berhubung perkara berkenaan.
Dalam perkembangan berkaitan, Mynewshub.my difahamkan ‘semua tindakan perlu’ telah diambil oleh pihak berkuasa bagi memastikan kawasan yang terlibat khususnya dan Sabah amnya berada dalam keadaan selamat.
Dikatakan, beberapa kawasan pulau kecil yang disyaki digunakan oleh warga asing tersebut telah dikenal pasti lokasinya.
Menurut sumber, insiden tersebut berkait rapat dengan tuntutan warga asing berkenaan terhadap kedaulatan Sabah namun siasatan terperinci masih dijalankan bagi menentukan motif sebenar kejadian.
Maklumat dari sumber:-
Assalamualaikum, maklumat dr Ops room KK:
1. Staf telah menerima maklumat daripada ACP Manaf (Polis Marin Sabah) memaklumkan mengenai status terkini penglihatan kejadian. Pada jam lebih kurang 0800 hari ini, IPD Lahad Datu telah menerima maklumat seramai 32 orang (6 orang berpakaian jubah dan selebihnya memakai baju celoreng dan seluar biasa) telah berkumpul di rumah Ahmad Malandi @ Mat Bom di Kampung Tanduo. Kumpulan ini dipercayai daripada ahli Kesultanan Sulu dari Pulau Sibutu dan Pulau Sipangkot, Filipina di ketuai oleh Hj Musa @ Hj Kuning @ Dato’ Puin. Kumpulan ini juga dilaporkan membawa senjata M16.
2. Kumpulan ini dilaporkan bertujuan untuk melawat Ahmad Malandi @ Mat Bom yang kini berada di wad ICU Hospital Lahad Datu (sakit tidak diketahui). Kejadian ini juga berlanjutan daripada insiden pertemputan MNLF dan KAS yang dilaporkan sebelum ini. Kumpulan ini dilaporkan juga dilaporkan cuba membuat huru-hara dan memalukan kerajaan Malaysia sebelum pilihanraya yang akan datang.
3. Berlanjutan daripada insiden tersebut, Polis Marin telah memulakan Op DAYAK bagi mencegah kemasukan kumpulan ini. 3 buah bot telah ditugaskan untuk mengawas perairan negara dari Pulau Tambisan ke Tanjung Labian. Pasukan VAT 69 juga akan tiba pada malam ini untuk membantu operasi. Bagi aset TLDM KD TODAK telah berada di Tanjung Labian dan sedang melaksanakan rondaan bersama KM BANGI. KD PERAK dalam pelayaran ke Tanjung Labian dan dijangka tiba pada 1900. Tim ZULU dan ZEBRA dalam perjalanan ke Lahad Datu sebelum ditugaskan menaiki CB 90 ke Tanjung Labian
4. Maklumat daripada anggota perisikan PASKAL, pada 1500 hari ini telah terserempak dengan 10 orang berpakaian celoreng di Tanjung Labian. Butiran lanjut belum dapat dipastikan lagi. Dijangkakan seramai 100 dari kumpulan ini akan bergerak ke kawasan Felda Sahabat dari Pulau Bangao, Filipina (35 bbn Timur Tanjung Labian)5. Kapal-kapal dipelabuhan telah dimaklumkan untuk meningkatkan 4HNFS.
BB : HARAP SEMUANYA KEMBALI AMAN!!!
Kaki Tangan Kerajaan Tidak Boleh Neutral Soal Dasar - Rais
KUALA LUMPUR - Semua petugas awam di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan tidak boleh bersikap neutral atau berkecuali dalam melaksanakan tanggungjawab menyampaikan maklumat dan menyebarkan dasar kerajaan yang jelas kepada rakyat.
Malah, Menterinya, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, mereka perlu memahami dan merealisasikan maklumat tentang dasar kerajaan, transformasi dan 1Malaysia supaya boleh difahami dan diterima oleh rakyat.
"Mereka (penjawat awam) menjadi penghuni barisan pertama menerangkan kepada rakyat. Jika mereka nampak was-was ataupun tidak jelas penyampaiannya, maka rakyat tidak akan yakin di atas kesungguhan kerajaan misalnya untuk mewujudkan skim ekonomi yang hebat, mendapat pendapatan tinggi ataupun pembelaan rumah atau ekonomi seperti yang dijuarakan menerusi transformasi kerajaan.
"Oleh itu, mereka tidak boleh neutral dalam tugas menyampaikan butir-butir ini walaupun dalam hati masing-masing mereka boleh membuat pilihan siapa atau parti apa yang hendak didukung.
"Tapi itu tidak menjadi soal atau tidak berkonflik dengan penjurusan kepada tanggungjawab menyampaikan berita dan maklumat yang jelas," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama petugas pilihan raya umum ke-13 di Angkasapuri di sini hari ini.
Dalam pada itu, Rais turut mengingatkan rakyat agar memahami soal peralihan kuasa dalam konteks kepentingan orang Melayu sebagai penduduk majoriti di negara ini.
Justeru, beliau berharap orang Melayu tidak mudah tertipu dengan muslihat dari mana-mana pihak politik sehingga melepaskan kelebihan yang diwarisi sehingga hari ini.
"Orang Melayu mesti faham hal ini dan tidak bersetuju dengan mudah.
Contohnya, sudah wujud dalam isu kalimah Allah, di mana telah cuba dineutralkan oleh DAP dan pembangkang sehingga nampak seolah-olah mereka terumbang-ambing dalam pengertian," katanya.
Sementara itu, kira-kira 421 petugas PRU-13 hadir dalam majlis itu terdiri daripada agensi di bawah KPKK termasuk Pertubuhan Berita Nasional Malaysia(Bernama), Radio Televisyen Malaysia (RTM), Jabatan Penerangan, Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).
Terdahulu, Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Kamaruddin Mohamed Baria menyampaikan taklimat mengenai pilihan raya.
Turut hadir, Timbalan Menteri KPKK Datuk Maglin Dennis d'Cruz dan Ketua Setiausaha kementerian Datuk Kamaruddin Siaraf. - Bernama
Realiti Politik Di Sabah, Siapa Yang Bersandiwara Sebenarnya???
KOTA KINABALU, 13 Feb – Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menyangkal dakwaan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya akan berlaku tsunami politik di Sabah pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang akan memudahkan laluan pakatan pembangkang ke Putrajaya.
Beliau berkata majoriti rakyat Sabah terutama golongan belia menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Dakwaan terbaru ini menunjukkan Anwar benar-benar mahu merasai kerusi Putrajaya dan mempunyai keinginan menjadi pemimpin nombor satu negara, tetapi kita dalam pimpinan BN tidak sekali-kali terjejas atau gentar dengan gimik politik ini,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Pergerakan Puteri UMNO Malaysia di Bangunan UMNO, dekat sini hari ini..
Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Anwar itu semasa berucap pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Parti Keadilan Rakyat Kota Kinabalu Ahad lepas.
Sambil menyifatkannya sebagai politik murahan pembangkang, beliau mengingatkan rakyat supaya mengimbas pembohongan Anwar pada 16 Sept 2008 yang mendakwa pihaknya mempunyai cukup majoriti untuk menubuhkan kerajaan baharu peringkat Persekutuan, tetapi ternyata tidak benar.
Mengenai kempen pakatan pembangkang kononnya kerusi Parlimen Beaufort, Papar dan Tuaran dalam genggaman mereka, Rosnah yakin BN mampu mempertahankan ketiga-tiga kerusi itu pada pilihan raya umum yang akan datang.
“Puteri UMNO akan bekerja keras bagi membantu BN mencapai kemenangan di kawasan itu,” katanya.
Parlimen Beaufort kini diwakili bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin.
Pada Julai tahun lepas, Lajim mengumumkan peletakan jawatan sebagai ketua UMNO bahagian Beaufort dan mengetuai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang menyokong pakatan pembangkang.
Parlimen Tuaran pula diwakili bekas Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) yang kini mengetuai badan NGO Angkatan Perubahan Sabah (APS) Datuk Wilfred Bumburing. Bumburing sebelum ini mengumumkan keluar daripada BN dan menyatakan sokongan kepada pakatan pembangkang.
Sementara itu, Rosnah yang juga anggota Parlimen Papar berpuas hati dengan persedian Puteri UMNO Sabah bagi menghadapi PRU-13. Pakatan pembangkang terpaksa melakonkan sandiwara berterusan dengan kononnya ‘kuat’ dan mendapat sokongan sebagai taktik untuk mengelakkan jentera-jentera parti mereka tidak lari dan beralih kepada Barisan Nasional (BN).
Ketua UMNO Bahagian Penampang, Datuk John Ambrose menegaskan bahawa ura-ura kononnya pakatan pembangkang dapat menawan Sabah lantaran sokongan rakyat bertumpu kepada parti terbabit adalah tidak benar sama sekali.
“Pembangkang mahu perbesarkan isu ini kerana mereka sudah takut dengan Pilihan Raya Umum (PRU). Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib sudah pergi ke banyak tempat dan disambut dengan beribu-ribu orang sedangkan pembangkang yang turun padang tidak sedemikian dan kalau ada pun sampai beribu-ribu itu datangnya dari jentera parti mereka di seluruh Sabah dan bukannya orang tempatan,” katanya kepada UMNO-Online.
Ujarnya, pakatan pembangkang terpaksa mengakui mereka kuat walaupun yang tersurat tidak sedemikian kerana sekiranya masyarakat sedar realiti sebenar kelemahan pakatan pembangkang maka tentunya mereka tidak akan mendapat sokongan malah jentera parti pun akan lari.
“Memang perangai manusia macam itu, dia mesti cakap kuat walaupun sebenarnya tidak. Kita tengok macam mana Lajim (Ukin) yang Anwar janjikan untuk bertanding di kawasan orang-orang Islam sedangkan bagaimana pula dengan kedudukan pemimpin-pemimpin pembangkang terdahulu di kawasan terbabit.
“Kawasan Kadazan, Dusun, Murut (KDM) pun begitu juga. DAP yang berpakat dengan SAPP pun tidak sealiran dan akhirnya jentera mereka semua akan keliru dan lari meninggalkan mereka.”
Tegasnya, beliau yakin bahawa BN masih mempunyai kekuatan dalam kepimpinan politik di Sabah dan pelbagai isu yang ditaburkan oleh pembangkang adalah perkara remeh-temeh yang sengaja digembar-gemburkan untuk mempengaruhi masyarakat.
“Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kehadiran pendatang asing di Sabah diminta oleh Perdana Menteri diwujudkan dan ia tidak patut dipolitikkan. Perkara ini bukan isu lagi pun RCI masih dalam penyiasatan dan kita tidak boleh buat kesimpulan. Tidak ada apa-apa yang perlu dibangkitkan berkaitan penubuhan RCI ini.”
Dalam masa yang sama, beliau turut berpesan kepada semua ahli-ahli UMNO dan jentera parti agar memberikan tumpuan sepenuhnya kepada PRU tanpa mengharapkan apa-apa jawatan sekali pun tidak tercalon.
“Saya mengambil contoh diri saya di bahagian Penampang walaupun UMNO tidak bertanding di tempat saya tetapi saya akan tetap bekerja keras demi untuk kemenangan BN,” tegasnya lagi. - MediaUMNO
Hari Kekasih La Sangat!!! Remaja 13 Tahun Dicekup JAWI - VIDEO
KUALA LUMPUR: "Duit saya sudah habis, tidak dapat balik rumah, sebab itu terpaksa tidur dengan kakak," kata seorang remaja lelaki mengaku berusia 13 tahun yang dicekup ketika berdua-duaan bersama seorang gadis yang didakwa saudara kandung dalam bilik sebuah hotel bajet di ibu negara, awal pagi tadi.
Bagaimanapun ketika ditanya penguat kuasa, remaja berkenaan menukar pula kenyataannya dengan mengatakan gadis berusia 20 tahun itu adalah teman wanita abangnya dan mereka terpaksa tidur bersama kerana tidak dapat menghubungi keluarga.
Pasangan berkenaan antara 10 yang ditahan dalam operasi cegah maksiat sempena hari kekasih yang dijalankan penguat kuasa Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) di sekitar ibu kota bermula jam 11 malam semalam sehingga 5 pagi tadi.
Kesemua yang ditahan berusia 13 hingga 50 tahun dan disiasat di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 yang membawa hukuman denda dan penjara jika sabit kesalahan.
Selain pemeriksaan hotel bajet, 60 penguat kuasa Jawi turut melakukan rondaan di sekitar Taman Tasik Titiwangsa dan mengeluarkan notis hadir untuk sesi kaunseling kepada tiga pasangan yang didapati berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai.
Operasi diketuai Ketua Pegawai Penguatkuasa Jawi, Wan Jaafar Wan Ahmad dan Pegawai Perhubungan Awam Kanan, Tuan Asmawi Tuan Umar.
Sumber - Harian Metro
#PRU13 - Sokongan 28 NGO Yakinkan BN Perak Rampas Kembali Parit Buntar Dan Bagan Serai
BAGAN SERAI – Sebanyak 28 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di daerah Bagan Serai hari ini menyerahkan memorandum menyatakan sokongan padu mereka kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).
Memorandum itu diserahkan kepada Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr AhmadZahid Hamidi pada majlis di sini.
Antara NGO berkenaan ialah Persatuan Bekas Angkatan Tentera Malaysia, Pertubuhan Seni Silat Lintau Warisan Kerian, Kuil Patavirama Alayam Kampung Ising dan Persatuan Ketua-ketua Kampung Parlimen Bagan Serai.
Anggota Jawatankuasa Persatuan Bekas Angkatan Tentera Daerah Kerian,Ibrahim Ismail berkata penyerahan memorandum itu menunjukkan sokongan paduterhadap kepimpinan BN sedia ada yang memastikan negara aman dan pesat membangun.
Pengerusi Pertubuhan Seni Silat Lintau Warisan Kerian, Daud Zakaria berkata memorandum itu menunjukkan penyatuan pelbagai bangsa terutama dalamusaha menjamin perpaduan dan seterusnya menolak pembangkang pada PRU-13.
Setiausaha Kuil Patavirama Alayam Kampung Ising, Parmasivam Krishna berkata 500 anggota berdaftarnya akan turun padang membantu memastikan BN menang padaPRU-13.
Sementara itu Ahmad Zahid berkata memorandum berkenaan akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat.
Barisan Nasional (BN) mempunyai potensi untuk mengambil kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parit Buntar dan Bagan Serai pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, kata naib presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata keyakinan BN untuk menawan semula kerusi Parlimen dan DUN itu timbul berikutan kegagalan penyandang kerusi dari parti pembangkang membawa pembangunan di kawasan berkenaan.
“Apa yang kita dapat bila kita memilih calon pembangkang?…rakyat perlukan pembangunan,” katanya ketika berucap pada majlis pemimpin bertemu rakyat di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tanjung Piandang, di sini, hari ini.
Pada PRU ke-12 pada 2008, kerusi Parlimen Parti Buntar dimenangi oleh Dr Mujahid Yusof Rawa dari Pas dan dua kerusi DUN di bawah Parlimen itu iaitu Titi Serong disandang oleh Dr Khalil Idham Lim (Pas) dan Kuala Kurau oleh Abdul Yunus Jamahari dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Kerusi Parlimen Bagan Serai dimenangi oleh calon PKR, Muhsin Fadzli Samsuri manakala kerusi DUN Alor Pongsu dimenangi calon BN Sham Mat Sahat dan DUN Gunung Semanggol oleh calon PAS, Ramli Tusin.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan, berkata kekalahan BN di kawasan tersebut bukan disebabkan pembangkang kuat sebaliknya ia disebabkan oleh masalah dalaman dan percanggahan pendapat dalam kalangan ahli parti.
Justeru itu, beliau berkata permasalahan lama yang dihadapi oleh jentera pilihan raya BN di kedua-dua kawasan itu harus diselesaikan segera supaya dapat bangkit semula daripada kekalahan lima tahun lepas.
Beliau turut memberi jaminan bahawa calon BN pada PRU ke-13 di kawasan itu adalah daripada kalangan anak tempatan.
“Rakyat kena sokong siapa sahaja calon supaya BN dapat semula kerusi di kawasan-kawasan itu sekiranya mahu kawasan itu membangun dan menikmati pelbagai kemudahan,” katanya.
Memenangi "KUASA" Undi Anak Muda
Beberapa minggu yang lalu, Dato’ Razali Ibrahim menyatakan bahawa 200,000 mahasiswa layak mengundi pada Pilihan raya Umum ke 13 yang akan
berlangsung dalam bila-bila masa. Angka 200,000 tidaklah begitu besar
jika dibandingkan dengan jumlah yang bakal mengundi pada PRU iaitu di
jangka 12 juta rakyat Malaysia tetapi ia tetap memberi satu impak dalam
sejarah politik tanah air.
Dalam erti kata lain, kuasa 200,000 pengundi ini patut dijadikan salah
satu daripada pertimbangan yang perlu disukat dan ditimbang oleh
parti-parti politik. Justeru dengan jumlah 200 000 daripada 5.2 juta
pengundi muda jika gagal disukat dengan baik keperluan dan kehendak
mereka bakal menyebabkan kehilangan pengaruh sesebuah parti politik itu.
Sebenarnya kuasa orang muda khususnya mahasiswa universiti dalam menentukan klimaks politik tanah air bukanlah satu perkara yang baru. Waima kejayaan Barack obama dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat juga dikatakan memperoleh undi yang melebihi pencabarnya kerana sokongan orang muda. Sokongan orang muda akhirnya yang meletakkan seseorang Presiden atau Perdana Menteri serta kuasa orang muda jugalah yang boleh menjatuhkan mereka.
Sebenarnya kuasa orang muda khususnya mahasiswa universiti dalam menentukan klimaks politik tanah air bukanlah satu perkara yang baru. Waima kejayaan Barack obama dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat juga dikatakan memperoleh undi yang melebihi pencabarnya kerana sokongan orang muda. Sokongan orang muda akhirnya yang meletakkan seseorang Presiden atau Perdana Menteri serta kuasa orang muda jugalah yang boleh menjatuhkan mereka.
Kuasa undi golongan mahasiswa dan belia
amat ditagih oleh parti-parti politik kerana sokongan mahasiswa serta
belia mencerminkan parti politik itu masih relevan serta diterima oleh
masyarakat. Pemikiran mahasiswa yang matang dalam membuat justifikasi
menjadikan faktor undi mereka dianggap bernilai.
Dalam era terkini, maklumat mengenai idealisme dan fahaman-fahaman bukanlah sesuatu yang asing bagi orang muda. Di mana-mana sahaja orang muda di seluruh dunia boleh mengakses serta berkomunikasi mengenai idelisme mereka. Sebab itu salah satu usaha perlu dilakukan oleh parti politik ialah menyediakan pentas untuk orang muda berpencak akan idea-idea yang mereka peroleh dari pelbagai sumber.
Dalam era terkini, maklumat mengenai idealisme dan fahaman-fahaman bukanlah sesuatu yang asing bagi orang muda. Di mana-mana sahaja orang muda di seluruh dunia boleh mengakses serta berkomunikasi mengenai idelisme mereka. Sebab itu salah satu usaha perlu dilakukan oleh parti politik ialah menyediakan pentas untuk orang muda berpencak akan idea-idea yang mereka peroleh dari pelbagai sumber.
Seandainya kita
bandingkan keadaan politik pada zaman pra kemerdekaan, idea-idea
perjuangan ketika itu diperoleh daripada pengalaman aktivis yang
belajar di luar negara sama ada dari Barat, Mesir atau pun Indonesia,
kini faktor globalisasi membuka seluas-luasnya ruang kepada orang muda
untuk memperoleh idea-idea dari seluruh dunia dan ia tidak terhad. Satu
persoalan yang yang boleh dibahaskan ialah sejauh mana idealisme
mahasiswa dan orang muda mampu disesuaikan dengan aspirasi kebangsaan?
Malaysia merupakan sebuah negara yang unik. Ia dibina berlandaskan sejarah. Penghujahan mengenai negara ini wajar berlandaskan sejarah yang membentuk hubungan erat antara tiga kaum terbesar serta etnik-etnik Borneo yang bergabung membentuk persekutuan. Justeru memahami sejarah, akan memudahkan orang muda memahami aspirasi kebangsaan atau aspirasi nasional.
Malaysia merupakan sebuah negara yang unik. Ia dibina berlandaskan sejarah. Penghujahan mengenai negara ini wajar berlandaskan sejarah yang membentuk hubungan erat antara tiga kaum terbesar serta etnik-etnik Borneo yang bergabung membentuk persekutuan. Justeru memahami sejarah, akan memudahkan orang muda memahami aspirasi kebangsaan atau aspirasi nasional.
Pertembungan idea libealisme yang didukung oleh Barat dengan pemegangan
idea aspirasi kebangsaan dilihat akan membentuk konflik yang perlu
disesuaikan mengikut senario dalam negara. Kecenderungan untuk mengikut
serta mengambil terus idea-idea demokrasi serta fahaman-fahaman luar
dilihat akan menghakis kefahaman mengenai aspirasi kebangsaan yang
menjadi tunjang perbentukkan Malaysia. Misalnya keistimewaan orang
Melayu dan bumiputera di dalam Perlembagaan Malaysia di bentuk atas
nilai sejarah dan bukan bersifat apartheid seperti yang dihujahkan oleh
mana-mana buah pihak.
Apabila menyedari daya kompetitif bumiputera yang terkebelakang dalam
aspek ekonomi serta pendidikan, Tun Abdul razak memperkenalkan Dasar
Ekonomi Baru untuk mengubah keadaan ekonomi bumiputera supaya mampu
bersaing dengan kaum-kaum lain. Idea ini dibentuk atas kesedaran
aspirasi kebangsaan dan sudah pasti ia akan ditohmah serta ditolak oleh
golongan liberalis berdasarkan idea keadilan sama rata yang dipelopori
oleh Barat.
Dalam memahami keinginan orang muda, ia perlu hadir dengan pengikhtirafan suara mereka. Orang muda mahukan penglibatan mereka dalam penggubalan dasar serta polisi negara. Mereka mahukan partisipasi dan tugas serta peranan kerajaan menyediakan platform ini. Partisipasi yang diperlukan oleh golongan muda atau mahasiswa ini penting supaya mereka berasa dihargai dan berpendapat bahawasanya masih ada pihak yang mendengar suara hati mereka.
Dalam memahami keinginan orang muda, ia perlu hadir dengan pengikhtirafan suara mereka. Orang muda mahukan penglibatan mereka dalam penggubalan dasar serta polisi negara. Mereka mahukan partisipasi dan tugas serta peranan kerajaan menyediakan platform ini. Partisipasi yang diperlukan oleh golongan muda atau mahasiswa ini penting supaya mereka berasa dihargai dan berpendapat bahawasanya masih ada pihak yang mendengar suara hati mereka.
Golongan orang muda atau mahasiswa bukan sahaja mahukan idea mereka
diiktiraf tetapi mahukan partisipasi serta penglibatan mereka diambil
kira oleh pihak pentadbir. Kerana itu mungkin bagi mahasiswa kewujudan
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan menjadi medan terbaik untuk
berpartisipasi dalam penentuan polisi negara yang melibatkan dunia
mahasiswa serta masyarakat Malaysia amnya. Langkah menyediakan platform
ini menterjemahkan makna ‘zaman kerajaan mengetahui semua sudah
berakhir’.
Pengiktirafan seperti ini menjadikan penghakupayaan
mahasiswa lebih dihargai serta diperlukan dalam menggubal polisi serta
memperbaiki polisi yang sedia ada. Ia masih menjadi pentas yang relevan
untuk melibatkan mahasiswa dalam masa yang sama mendidik mahasiswa
supaya menyalurkan pandangan dengan cara penuh kehormat serta berhikmah.
Pendekatan yang diguna pakai oleh kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak seperti memperkenalkan 1M4U menarik perhatian orang muda semula ke dalam arus perdana. Sebelum ini ternyata banyak bakat orang muda serta keinginan orang muda gagal diterjemahkan dengan baik. Kerja-kerja sukarelawan yang begitu penting dalam membentuk jati diri orang muda yang matang serta bertanggungjawab menjadi kayu ukur kematangan golongan mahasiswa serta belia dilihat begitu penting dalam menterjemahkan partisipasi orang muda. Ini satu langkah permulaan yang baik dan ia diperlukan penambah baikkan dari masa ke semasa.
Pendekatan yang diguna pakai oleh kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak seperti memperkenalkan 1M4U menarik perhatian orang muda semula ke dalam arus perdana. Sebelum ini ternyata banyak bakat orang muda serta keinginan orang muda gagal diterjemahkan dengan baik. Kerja-kerja sukarelawan yang begitu penting dalam membentuk jati diri orang muda yang matang serta bertanggungjawab menjadi kayu ukur kematangan golongan mahasiswa serta belia dilihat begitu penting dalam menterjemahkan partisipasi orang muda. Ini satu langkah permulaan yang baik dan ia diperlukan penambah baikkan dari masa ke semasa.
Barangkali apa yang penting bagi orang muda serta golongan mahasiswa
bukanlah mengukur pihak mana yang mampu memberi dan memenuhi kemahuan
orang muda tetapi ia lebih kepada bagaimana platform yang diberikan
mampu memenuhi keperluan orang muda. Ini yang lebih utama. Ia mestilah
sesuatu yang realistik sesuai dengan keadaan ekonomi serta sosial
berbanding menjanjikan sesuatu yang indah tetapi belum tentu mampu
direalisasikan dengan baik. Mahu atau pun tidak pertimbangan secara
academia atau intelektual masih diperlukan dalam membantu golongan
mahasiswa dan orang muda justifikasi yang tepat dan tidak sekadar
berasaskan emosi dan menjadi ‘pak turut’ terhadap hujah yang lebih
bersifat populis.
Pemimpin-pemimpin sekarang perlu datang dalam kalangan yang memahami keinginan serta aspirasi orang muda. Golongan mahasiswa dan orang muda mula menolak ‘kebangsawanan’ pemimpin sebaliknya menerima pemimpin yang boleh duduk bersimpuh dan berbual seperti tiada batasan protocol. Inilah yang dimahukan dari kalangan orang muda. Gaya kebangsawanan ini sudah tidak relevan dan ditolak oleh golongan mahasiswa dan pemimpin yang diidamkan ialah dalam kalangan yang boleh minum teh tarik, dan berborak di warung berbanding di coffee house kegagalan menyesuaikan diri mereka akan menyebabkan mereka hilang sokongan serta undi daripada golongan ini.
Pemimpin-pemimpin sekarang perlu datang dalam kalangan yang memahami keinginan serta aspirasi orang muda. Golongan mahasiswa dan orang muda mula menolak ‘kebangsawanan’ pemimpin sebaliknya menerima pemimpin yang boleh duduk bersimpuh dan berbual seperti tiada batasan protocol. Inilah yang dimahukan dari kalangan orang muda. Gaya kebangsawanan ini sudah tidak relevan dan ditolak oleh golongan mahasiswa dan pemimpin yang diidamkan ialah dalam kalangan yang boleh minum teh tarik, dan berborak di warung berbanding di coffee house kegagalan menyesuaikan diri mereka akan menyebabkan mereka hilang sokongan serta undi daripada golongan ini.
Lihat sahaja pendekatan kempen yang dilakukan oleh Barack
Obama, pendekatan beliau yang santai akhirnya membawa persepsi yang
positif dalam kalangan pengundi muda di sana bahawa bakal Presiden
mereka ialah mudah didekati. Ada dalam kalangan ahli politik yang
berhujah, usia bukanlah penentu kemenangan calon parti politik.
Namun senario yang berlaku terkini ialah golongan belia serta mahasiswa kelihatan bosan dengan wakil rakyat yang sudah berusia dan gagal memberikan sumbangan terbaik pada rakyat. Wakil rakyat yang seperti inilah wajar dipertimbangkan oleh kedua-dua parti adakah masih sesuai diturunkan ke dalam gelanggang pilihan raya berasaskan umur mereka dan persepsi yang bakal timbul dalam kalangan pengundi muda adakah mereka ini mampu menjana dan mendukung aspirasi serta keinginan orang muda.
Namun senario yang berlaku terkini ialah golongan belia serta mahasiswa kelihatan bosan dengan wakil rakyat yang sudah berusia dan gagal memberikan sumbangan terbaik pada rakyat. Wakil rakyat yang seperti inilah wajar dipertimbangkan oleh kedua-dua parti adakah masih sesuai diturunkan ke dalam gelanggang pilihan raya berasaskan umur mereka dan persepsi yang bakal timbul dalam kalangan pengundi muda adakah mereka ini mampu menjana dan mendukung aspirasi serta keinginan orang muda.
Tuntasnya, dalam menarik hati undi golongan mahasiswa yang berjumlah
kira-kira 200 000 pengundi dari jumlah orang muda iaitu 5.2 juta, satu
usaha komprehensif perlu dilakukan. Orang muda amat mementingkan
idealisme dan demokrasi serta menolak politik yang tidak matang seperti
caci mencaci dan melabel pihak seteru.
Amalan politik yang matang bukan sahaja boleh membantu golongan ini
untuk membuat keputusan yang tepat tetapi ia juga boleh melahirkan
pelapis kumpulan masyarakat yang cakna akan tanggung jawab mereka. Dalam
menghadapi cabaran globalisasi, pertembungan idea-idea baru, nilai
aspirasi kebangsaan atau nasional tetap masih penting dipertahankan. Ini
kerana kelahiran Malaysia adalah dari sejarah yang melambangkan
toleransi serta penerimaan antara kaum dan ini harus terus dipelihara.
Biodata
Kolumnis : Ku Amirul Faiz Ku Seman,Mahasiswa Tahun 4 Universiti Utara
Malaysia.Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara
Malaysia (UUM),Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan
(MPPK)
Sumber : My Mahasiswa
Langgan:
Catatan (Atom)