Nuffnang

Padan Muka!!! Penjara 3 Bulan Kerana Meraba

KUALA TERENGGANU - Padah menyentuh punggung anak dara, seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Majistret Abdul Hayyi Salim menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap Mohd Khairul Mat Amin, 29, selepas mengaku bersalah menyentuh punggung mangsa yang berusia 17 tahun.




Mohd Khairul dari Kampung Bukit Depu, Jalan Pasir Panjang, di sini, melakukannya dengan niat mencabul kehormatan mangsa di lorong gelap di Jalan Pejabat Tanah, di sini, kira-kira jam 8.15 malam, pada 30 Ogos tahun lalu. Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda.

Berdasarkan fakta kes, mangsa, bersama kakak angkatnya dalam perjalanan ke kelas tambahan di Losong, Chabang Tiga, di sini, dengan menaiki motosikal sebelum diekori Mohd Khairul.

Semasa melalui satu lorong gelap, Mohd Khairul, yang juga menunggang motosikal, menghimpit mangsa dan cuba memegang buah dada kakak angkat mangsa, tetapi tidak berjaya.

Bagaimanapun, Mohd Khairul sekali lagi menghimpit motosikal mereka berdua dan meraba punggung mangsa.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga, di sini.

Mohd Khairul ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis daerah Kuala Terengganu di kediamannya kira-kira jam 3 pagi, 11 September tahun lalu.

- Sinar Harian
Share this article

2 Komen:

  1. terbaek..lbh bayak pendedahan kejahatan PKR di blog saya .. jom tngk di http://kakiblogger.mygeng.org/

    BalasPadam
  2. terbaek..lbh bayak pendedahan kejahatan PKR di blog saya .. jom tngk di http://kakiblogger.mygeng.org/

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top