Nuffnang

Muallaf Mana Calon Suami Neelofa???



neelofa




Tup - tap tup tap inilah kenyataan ikhlas yang keluar dari artis wanita ini. Pelakon dan model Neelofa percaya jika dia ditakdirkan berkahwin dengan lelaki mualaf, individu itu mungkin menjadi Muslim yang lebih baik berbanding orang lain.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 24, berkata, istilah ‘lelaki soleh’ pada bakal suami seperti diharapkan ibunya adalah sesuatu yang subjektif.

“Lelaki soleh adalah subjektif pada saya. Kalau lelaki yang bukan Islam pun apabila sudah memeluk Islam dia mungkin menjadi Muslim yang lebih baik,” katanya kepada mStar Online.

Pengacara rancangan Nona dan MeleTop ini ditemui pada majlis kejutan sambutan hari lahirnya ke-24 di Sunway Giza di sini, malam Khamis lalu yang disambut lebih awal kerana beliau mempunyai urusan di Singapura.

Hari jadi sebenar Neelofa ialah pada Ahad ini (10 Februari 2013)

Neelofa diminta mengulas kenyataan ibunya Noor Kartini Noor Mohammed yang berharap agar dia bertemu jodoh dengan lelaki yang baik dan beriman.





Neelofa menerima suapan kek hari lahir daripada ibunya, Noor Kartini pada majlis itu.

Noor Kartini Noor mengatakan anaknya itu sesuai untuk berumah tangga dalam tempoh tiga tahun lagi dan pihaknya menerima sahaja siapa bakal suami termasuk jika dari kalangan bukan Islam yang sanggup menukar agamanya kepada Islam.

Bagaimanapun Neelofa yang pernah berlakon dalam filem Azura 2012 enggan memikirkan soal jodoh pada waktu ini tetapi memberikan keutamaan kepada kerjaya yang sedang berkembang.

“Saya mahu berjaya pada usia muda sebab itu saya perlu bekerja keras untuk menikmati kehidupan dan kewangan yang lebih baik pada masa depan.

“Kalau berkahwin nanti saya tidak mahu bergantung kepada duit bakal suami. Saya mahu beli apa sahaja dengan duit sendiri hasil kerja keras saya,” kongsinya.







Hans sanggup menunggu Neelofa jika wanita itu berhasrat untuk berkahwin dalam tempoh tiga tahun lagi.

Sementara itu, penerbit dan pelakon Hans Isaac, 42, yang dihubungi berkata, dia sanggup menunggu wanita itu sehingga tiga tahun untuk disunting jika mendapat restu keluarga.

“Saya perlu ada keserasian terlebih dahulu dengan Neelofa dan perlu mengenalinya lebih mendalam sebelum membuat keputusan untuk berkahwin dengannya.

“Bagaimanapun, hubungan kami akrab dan kami saling berkongsi susah dan senang bersama. Dia antara rakan baik yang tahu segala rahsia saya,” jelasnya yang bakal muncul dengan filem Lawak Ke Der 2 pada 7 Mac depan.

- Suara Generasi Baru
Share this article

0 Komen:

Catat Komen

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top