Nuffnang

Memandu Bas Ekspres Di Bawah Pengaruh Dadah, 5 Ditahan


BESUT — Lima pemandu bas ekspress dikesan berada di bawah pengaruh dadah sepanjang operasi Tahun Baharu Cina yang dijalankan di seluruh negara dari 3 Februari hingga tengah malam 11 Februari.
Ketua Pengarah, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Solah Mat Hassan berkata, masing-masing dua pemandu dikesan dalam pemeriksaan di terminal bas di Perak dan Kedah manakala seorang lagi di Johor.
Kesemua pemandu itu ditahan dan dilarang daripada meneruskan pemanduan mereka demi keselamatan penumpang bas ekspress, katanya kepada pemberita ketika ditemui pada operasi turun padang di Km 81, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu dekat Kampung Anak Ikan di sini hari ini.
Beliau berkata, operasi Tahun Baharu Cina oleh JPJ dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) itu memberi tumpuan di kesemua 32 Terminal Bas Utama di negeri-negeri dengan meletakkan pegawai dan anggota JPJ yang menyamar sebagai penumpang.
Operasi itu membabitkan 1,500 anggota di seluruh negara dan dalam tempoh itu 50,222 kenderaan diperiksa.
Sejumlah 9,537 kenderaan diambil tindakan dan JPJ mengeluarkan 7,530 notis saman serta 4,654 notis lain termasuk 203 kenderaan disita.— BERNAMA
Share this article

0 Komen:

Catat Komen

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top