Beranikah Nik Zawawi Buat Lapuran SPRM
-
Beranikah Nik Zawawi Buat Lapuran SPRM Ahli parlimen Pasir Puteh (PAS),
Nik Muhammad Zawawi Salleh, mendedahkan perbualan WhatsApp yang kononnya
berkai...
#FBP14 @khairykj Merasmikan Pelancaran 'Riuh di Brazil'
YB Khairy Jamaluddin telan merasmikan Pelancaran 'Riuh di Brazil' sempena kehadiran Piala Dunia pada tahun ini. Sejumlah 32 negara bakal beraksi di Piala Dunia yang dijadual berlangsung dari 12 Jun hingga 13 Julai ini. Khairy melancarkan program ini di Festival Belia Putrajaya 2014 yang terletak di pentas utama Jom Heboh.
Sebelum ini juga Khairy pernah melancarkan 'Riuh di Brazil' bersama-sama dengan Media Prima Berhad (MBP). Menurut Sumber kempen yang dirasmikan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar itu bakal menyediakan pelbagai rancangan menarik dari rangkaian televisyen Media Prima - TV3, ntv7, TV9 dan 8TV - bermula hari ini hingga ke final kejohanan.
#FBP14 Perasmian HELB Hub Centre.
Majlis di sempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Festival Belia Putrajaya 2014. Biro Hal Ehwal Luar Bandar (HELB) yang dipengerusikan oleh YB Anuar Manap Ahli Parlimen Sikijang. Booth HELB yang terletak bersebelahan 'BN Youth Job Fair' jom ke HELB Hub Center menyediakan sesi jaringan perniagaan, padanan perniagaan dan macam-macam lagi.
#FBP14 Youth Job Fair Mendapat Sambutan.
Festival Belia Putrajaya 2014 menyediakan para belia untuk mencari peluang pekerjaan untuk para belia di Festival Belia Purtajaya. BN Youth Fair banyak memberi peluang pekerjaan dan untuk para belia memilih peluang pekerjaan.
Youth Job Fair akan berakhir pada 25 Mei ini. Ayuh para belia jangan lepaskan peluang untuk mencari peluang pekerjaan yang diidamkan khususnya untuk anda tidak kiradari peringkat kemasukan baru mahupun peringkat profesional.
Jika tuan hadir sila sertakan 'resume' tuan untuk di serahkan.
#FBP14 Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda
Progrem Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda yang mensasarkan penglibatan remaja berusia 14 hingga 25 tahun (ARPRM) telah mula diperkenalkan semula di negara ini pada tahun 2000. Program ini adalah adaptasi daripada program The Duke of Edinburgh's Award atau kini lebih dikenali dengan nama The International Award for Young People yang telah bermula di United Kindom pada tahun 1956.
Penglibatan remaja dalam program ini adalah satu wadah bagi memberi sokongan dan semangat kepada mereka dalam menanamkan nilai-nilai semangat kesukarelawan ke arah mencapai personaliti unggul.
Sejak 2002 sehingga 2013 seramai 63,622 remaja telah menerima pentauliahan di semua peringkat anugerah dengan 48,599 pada tahap Gangsa, 14,892 Perak dan 135 Emas.Pada hari ini, seramai 111 oranf remaja akan ditauliahkan tahap emas yang akan disampaikan oleh YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia.
Objektif pelaksanaan adalah untuk melahirkan pemimpin muda yang mahir dan berkualiti melalui pogrem ini. Ianya juga memberi galakan kepada Badan Operasi di seluruh negara untuk lebih aktif dalam melahirkan peserta-peserta anugerah Tahap Emas ARPRM seluruh negara yang lebih luas.
Melalui Pengiktirafan yang diberikan ini diharapkan agar dapat menyuntik semangat selain memberi dorongan kepada para remaja yang terlibat. Proses dan tahap cabaran yang dilalui sepanjangmelengkapkan Anugerah ini juga diharapkan dapat meningkatkan pembangunan diri yang seimbang di kalangan remaja yang dilihat mempunyai potensi yang besar untuk mengalas tanggungjawab sebagai pemimpin negara suatu hari nanti.
Sumber
#FBP14: Sekitar Lawatan Timb Perdana Menteri ke HELB
Putrajaya- Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diiringi Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin melakukan 'walkabout' sempena Festival Belia Putrajaya 2014 petang tadi. Mereka berhenti di hentian ke-3 iaitu khemah Hal Ehwal Luar Bandar (HELB) dan terus menandatangani pelancaran HELB. Muhyiddin turut mendapat sedikit maklumat berkaitan usahawan-usahawan HELB dari saudara Anuar Manan.
#FBP14 YBKJ TURUT MENYERTAI PERLAWANAN DALAM MIXED MARTIAL ART (MMA) DI SEGMEN FIGHT CLUB
Di Segmen Fight Club salah satu tarikannya adalah di gelanggang Mixed Martial Art (MMA). Perlawanan dalam berbagai kategori berat badan dan disertai banyak Gym Martial Art dan Kelab seni mempertahankan diri dari seluruh Malaysia. Menawarkan aksi aksi hebat dari pengamal seni mempertahankan diri yang ternama dan pastinya menjadi tarikan kepada peminat Sukan Seni Mempertahankan diri.
Pada tengahari tadi YB Khairy Jamaluddin sudi meluangkan masanya untuk bersama-sama menyaksikan perlawanan dan turut sama bergambar dengan fighter-fighter yang terlibat untuk hari ini. Meluangkan masa lebih kurang selama 10 minit, beliau kelihatan berpuashati dengan persiapan gelangan dan jadual perlawanan yang disediakan oleh penganjur.
Di sini penulis penyertakan beberapa keping gambar aksi aksi di Segmen Fight Club yang menempatkan gelanggang MMA.
#FBP14: Pelancaran 'Jom Riuh Brazil'
Putrajaya- Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin telah merasmikan dan melancarkan segmen Jom Riuh di Brazil di tapak Jom Heboh pada jam 1.45 tengah hari tadi. Pelancaran tersebut sempena sokongan Malaysia dalam arean sukan bola sepak dunia yang akan diadakan pada Jun depan di Brazil. Beliau diiringi oleh Pengerusi Media Prima, Datuk Johan Jaaffar turut bersama-sama krew Media Prima. Kemudian dipersembahkan juga tarian oleh kumpulan wanita yang berpakaian tradisional Brazil.
Langgan:
Catatan (Atom)