Nuffnang

#FBP14: Lawatan Amal dan Walkabout BAKTI









Putrajaya- Lawatan kunjung hormat dan walkabout Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) sempena Festival Belia Putrajaya 2014 telah bermula pada jam 3.15 petang tadi. Lawatan tersebut diketuai oleh isteri YB Khairy Jamaluddin Menteri Belia dan Sukan iaitu Puan Nori Abdullah. 

Turut bersama dalam lawatan tersebut ialah Ybhg. Datin Dr Asmah Samat isteri kepada Ketua Setiausaha Menteri Belia dan Sukan,Exco-exco Puspanita dan rombongan BAKTI.

Sebelum lawatan diadakan mereka diberi taklimat ringkas tentang festival ini. Mereka kemudian memulakan lawatan ke Dewan Siantan,Perbadanan Putrajaya untuk melihat belia-belia yang berbakat dalam seni. Seterusnya mereka dibawa ke Laman Kampung untuk melihat pertandingan pantun antara sekolah. 

Setelah menghabiskan masa selama setengah jam mereka seterusnya bergerak ke Youth Entrepreneur Valley berhadapan dengan Menara Ikhlas sebagai mengakhiri lawatan pada petang tadi. 
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top