Nuffnang

Tidak Amanah!!! Kakitangan Kerajaan Dedah Rahsia Kepada PR!!




Setiap kali piliharaya berlangsung, setiap kali itulah juga, pelbagai pendedahan berlaku. Ada sesetengahnya yang tidak didedahkan secara umum atas alasan taktikal. Ada juga yang tidak boleh didedahkan kerana ada pihak yang mengamuk dan melenting-lenting sambil menuduh pendedahan tersebut merupakan satu bentuk sabotaj.

Hakikatnya, walau sebaik manapun dasar kerajaan, walau sehebat mana pun perancangan yang dilakukan, tanpa kerjasama dan perlaksanaan amanah oleh pelbagai sektor, termasuklah awam, maka segala dasar dan perancangan tersebut hanya wujud di dalam fail yang menimbun yang pada hujung tahunnya, baki peruntukan terpaksa dipulangkan atau terpaksa mewujudkan pelbagai kursus di pelbagai tempat di luar kawasan bagi menunjukkan berlakunya perbelanjaan ke atas peruntukan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.

Wakil Rakyat termasuklah ADUN dan Ahli Parlimen bekerja rapat dengan Pejabat Daerah. Pegawai Daerah pula bergantung kepada kakitangan mahupun kerjasama daripada agensi-agensi yang berkaitan.

Banyak ketirisan dan pengabaian berlaku apabila penjawat awam gagal melaksanakan tugas mereka. Dan kebiasaannya, pandangan serta tanggapan rakyat akan merujuk kepada wakil rakyat tidak menjalankan tugas mereka walaupun sebenarnya ADUN dan Ahli Parlimen hanya boleh mengajukan cadangan kepada pihak-pihak yang menjaga urusan awam.

Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun menunjukkan berlakunya ketirisan dan pengabaian. Namun sehingga ke hari ini, tiada sebarang tindakan konklusif yang diambil terhadap kakitangan awam yang gagal menjalankan amanah yang diberikan. Jumlah kakitangan awam yang cukup ramai, masih lagi tidak dapat mengatasi sebarang masalah berbangkit.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top