Nuffnang

#FBP14 - KJ Pusing Festival Belia Putrajaya




Putrajaya - Festival Belia Putrajaya kali ini diserikan dengan kehadiran Menteri Belia Singapura Mr. Lawrance. Kehadiran beliau serta rombongan disambut oleh Y.B En. Khairy Jamaluddin. Y.B KJ telah membawa Mr. Lawrance dan rombongan ke beberapa lokasi di Festival Belia Putrajaya 2014 (FBP).



Kehadiran Mr. Lawrance adalah diatas jemputan Y.B KJ bagi melihat sendiri kemeriahan serta aktiviti yang ditampilkan pada FBP kali ini. Diantara lokasi kunjungan tersebut adalah Laman Kampung, Bas Sekolah, Pekan Frinjan & Picnic Area, Flatland & Living City yang terletak di Zon Utara dan Malaysia International Youth Exchange di Zon Barat.




Pada lawatan tersebut, Mr. Lawrance kelihatan begitu berpuas hati serta mengagumi keseriusan pihak Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dalam menjiwai kehendak para belia dinegara ini. Beliau turut berpeluang menjalankan aktiviti di The Living City dengan kaedah mencorakkan kawasan bandar yang diidamkan mengikut cara kita. 

FBP kali ini dibahagikan kepada 4 Zon yang terdiri daripada Zon Utara, Zon Barat, Zon Timur dan Zon Selatan. Setiap Zon akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti bermula dengan Malam Belia Berselawat dipentas utama pada 22 Mei 2014 sehingga 25 Mei 2014.


Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top