Nuffnang

#FBP14: Malam Selawat Belia Mendapat Sambutan












Majlis selawat belia telah diadakan jam 9 malam tadi dengan kehadiran lebih 20,000 orang memenuhi ruang bawah pentas utama berhadapan dengan Kementerian Kewangan. Majlis ini yang membawa tema 'Malam Belia Berselawat' diadakan sempena Festival Belia Putrajaya anjuran Kementerian Belia dan Sukan.

Majlis yang menjadi pembuka pada hari pertama kepada festival tersebut menampilkan kumpulan Qasidah terkenal Abu Sya'ar dari Syria,Al-Habib Muhammad,kumpulan Al-Mawlid,kumpulan nasyid Inteam,kumpulan Anak Warisan Kasih dan kumpulan Ahbaabul Musthofa.

Persembahan selama dua jam setengah itu mendapat sambutan yang hangat dari para belia yang datang untuk bersama-sama memeriahkan majlis berzikir mendekatkan diri mencintai Allah dan Rasulullah SAW.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan YB Khairy Jamaluddin,Ketua Setiausaha KBS Dato Jamil,Presiden Majlis Belia Malaysia saudara Mohd Maliki dan beberapa pegawai tinggi kementerian. Majlis berakhir jam 11.30 malam.



Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top