Nuffnang

#FBP14 : Couple Live! @FBP14

Couple
Putrajaya:Pentas RantaiArt malam tadi digegarkan oleh kumpulan "otai" Indie Malaysia, Couple. Membawa lagu-lagu dari EP mereka, kumpulan musik yang ditubuhkan sekitar tahun 2004 ini ternyata masih berbisa apabila berjaya mengamatkan pentas.

Kumpulan yang diketuai oleh Mohd. Aidil Rusli selaku gitaris dan penyanyi membawa lagu-lagu yang pernah menjadi fenomena anak muda yang mengikuti pengembangan Underground Malaysia seperti, Rock N Roll, Tentang Kita, dan Pergi.


Akan berlangsung sehingga hari Ahad ini, Rantai Art merupakan platform kepada anak muda yang sering dahagakan kelainan ini menjanjikan pengalaman yang menarik apabila ia akan mengumpulkan penggiat-penggiat musik indie dari serata Malaysia. Untuk yang berminat untuk menyertainya, kawasan ini dibuka bermula dari jam 10 pagi sehingga 10 malam.

Terletak di ZON UTARA,segmen atau pentas yang terletak berdekatan dengan Menara Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) ini akan diteruskan dengan pelbagai acara yang menarik seperti aktiviti busking, deklamasi puisi dan sajak, persembahan seni, dan bermacam barangan 'rare' hasil anak tempatan boleh didapati di sini.

Video:-
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top