Nuffnang

Memaparkan catatan dengan label #hbn2016 #thefutureisnow #omtv. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label #hbn2016 #thefutureisnow #omtv. Papar semua catatan

BODOH SOMBONG : BOMBA Bidas Wanita Isu "Tak Buka Kasut"


“Kepada abang-abang & pakcik-pakcik bomba kalau nak naik rumah orang untuk tangkap ular, boleh tak buka kasut…anda bukan polis nak kejar orang jahat.

“Datang tangkap ular rumah ayah…geramnya mereka tidak buka kasut naik ke rumah…alasan dalam tugas…gilakah bomba ini?” 


Beberapa hari lepas, seorang wanita mengkritik anggota bomba yang naik ke rumah ayahnya untuk menangkap ular tanpa menanggalkan kasut.

Sehubungan itu, pihak Bomba menjawab dakwaan seorang wanita yang marah apabila anggota pasukan penyelamat tidak membuka kasut ketika operasi menangkap ular di rumahnya.

Bomba di Facebook semalam berkata menjelaskan kasut but khas itu sebahagian daripada peralatan perlindungan tubuh untuk operasi menyelamat.

Ia menjelaskan muncung bahagian hadapan kasut but itu diselaputi besi untuk mengelakkan kasut ditembusi taring ular berbisa.

“Anggota bomba biasanya meminta kebenaran tuan rumah untuk memakai kasut. Mereka bertimbang rasa dalam aspek keselamatan dan juga kebersihan rumah.

“Jika menyelamatkan seekor kucing yang terperangkap, mungkin anggota boleh membuka kasut tetapi tiada kompromi dari segi keselamatan bagi menangkap haiwan yang berbisa,” tulis pentadbir Facebook bomba, dan menambah pihaknya tidak salahkan wanita itu.



read more...

RASUAH : Penjawat Awam Dan Isteri Pamer Gaya Hidup Mewah Dipantau SPRM!!!



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini giat memantau laman sosial penjawat awam yang gemar menunjuk-nunjuk gaya hidup mewah mereka.

Malah, isteri para penjawat awam juga tidak terlepas daripada dipantau terutama sekali mereka yang gemar menunjuk-nunjuk dengan memuatnaik gambar barangan mewah yang dimiliki seperti beg dan jam tangan, selain percutian keluarga bertaraf lima bintang.
read more...

#hbn2016 : Tema Hari Belia Negara “The Future Is Now” – Hatipah Ibrahim


Di dalam kesibukan mengetuai Sambutan Hari Belia Negara 2016 peringkat Kebangsaan, Ketua Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negara Datuk Hatipah Binti Ibrahim sempat memberikan ucapan buat para belia.

read more...

#HBN2016 #TheFutureIsNow Sekitar Hari Belia Negara 2016 Sepanjang Tiga Hari Berlangsung


Semasa artikel ini ditulis, Hari Belia Negara 2016 telah berjaya mengumpulkan belia-belia seluruh Malaysia sepanjang dua hari setengah berlangsung di Universiti Putra Malaysia (UPM).  Petang ini akan menyaksikan majlis pelancaran Hari Belia Negara 2016 yang akan dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Ahmad Zahid Hamidi. Sepanjang tiga hari berlangsungnya Hari Belia Negara di UPM ini,terdapat lebih 50 segmen dengan melibatkan 100 aktiviti tersebut yang akan berakhir malam ini. 

read more...

#HBN2016 #TheFutureIsNow UPM Gamat Sambut TPM Zahid Hamidi


Universiti Putra Malaysia (UPM) gamat dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Ahmad Zahid Hamidi ke Dewan Besar UPM. Kehadiran beliau disambut lima ribu belia yang hadir untuk bersama-sama mendengar ucapan dan amanat Timbalan Perdana Menteri bagi memberi semangat dan motivasi kepada mereka untuk lebih maju kehadapan. Dato Sri Ahmad Zahid diiringi Menteri Belia dan Sukan YB Khairy Jamaluddin, Timbalan Menteri Belia Dato M.Saravanan,Presiden Majlis Belia Malaysia saudara Muammar Gaddafi Jamaluddin,Timbalan Naib Canselor UPM, pegawai-pegawai KBS dan UPM sendiri.

read more...

#hbn2016 : Orang Muda Wajar Menjadi Kreatif - Liyana Jasmay


Hari Belia Negara 2016 (HBN) disambut serba sederhana tetapi meriah. Pelancaran HBN yang disempurnakan oleh Y.A.B Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Besar Universiti Putra Malaysia, Serdang (UPM) dihadiri seramai 5000 belia.

read more...

#hbn2016 : Sukarelawan MYVOC Tulang Belakang Kelancaran HBN 2016


Serdang – Hari Belia Negara 2016 (HBN) tidak lengkap tanpa penglibatan dari para sukarelawan. Sukarelawan merupakan salah satu tunggak kepada kelancaran sesebuah program. Oleh yang demikian, Majlis Belia Malaysia (MBM) telah melibatkan bersama sukarelawan dibawah pengurusan mereka untuk terlibat secara langsung pada HBN 2016.

read more...

#HBN2016 #TheFutureIsNow Sesi ‘Walkabout’ VIP Hari Belia Negara


Sesi ‘Walkabout’ VIP pada jam 3.15 petang tadi oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan KBS, Datuk Hatipah Ibrahim diiringi Ketua Sekretariat Hari Belia Negara 2016 saudara Azli Daud dan pegawai-pegawai Majlis Belia Malaysia serta pegawai-pegawai dari KBS sendiri. Lawatan ke gerai-gerai pameran adalah salah satu acara wajib setiap kali Hari Belia berlangsung. Ini bagi menunjukkan penghargaan kepada pemilik gerai yang sentiasa bekerjasama dengan pihak KBS dan sekretariat Hari Belia sejak dari awal lagi.

read more...

#hbn2016 : Mampukah Aura Ramli Sarip Gegar UPM


Serdang - Hari Belia Negara (HBN) masuk hari kedua pada hari ini. Pelbagai acara dan aktiviti menarik sedang dan akan berlangsung di Padang Kawad dan Dewan Besar UPM. Sepanjang berlangsungnya aktiviti - aktiviti sejak awal pagi tadi, memperlihatkan hadirin yang datang semakin ramai. Antara acara - acara yang menarik perhatian para belia yang datang ialah Pementasan Kebudayaan oleh Peserta - Peserta Belia ASEAN. 

read more...

#HBN2016 #TheFutureIsNow Hari Kedua Hari Belia Negara 2016 Semakin Meriah


Seawal pagi sudah ada yang datang ke tapak Padang Kawad UPM bagi bersama melihat sendiri program yang diaturkan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Seawal jam 7.30 pagi, hadirin turut serta dalam acara senam robik yang diketuai oleh dua orang pelatih. Acara senam robik ini menjadi lebih menarik apabila sebuah bas yang membawa pelajar-pelajar antarabangsa dari Vietnam,Laos,Myanmar,Filipina dan Indonesia dating dan turut bersama-sama melakukan senaman itu tadi.

read more...

#HBN2016 #TheFutureIsNow : UPM Bergema Malam Belia Berselawat Hari Belia Negara 2016


Seperti yang dijanjikan, program malam pertama Hari Belia Negara 2016 ‘Malam Belia Berselawat’ berlangsung dengan jayanya. Sebelum acara berselawat diadakan, hadirin tiba ke Padang Kawad UPM dengan bersama-sama solat berjemaah. Turut hadir kenamaan dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ialah Pengarah JBSN, Datuk Hatipah Ibrahim, TKSU (Pembangunan) Tn Haji Nik Abd Kadir Mohamad, Presiden Majlis Belia Malaysia saudara Muammar Gaddafi Jamal Jamaluddin dan Ketua Sekretariat Hari Belia Negara 2016 Encik Azli Daud. Kemudian tazkirah Maghrib, diikuti solat Isyak dan berlangsungnya majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang peserta nasyid petang tadi.

read more...

#hbn2016 - Hari Belia Negara Datang Lagi


Serdang - Hari Belia Negara (HBN) yang disambut setiap tahun kini kembali menjengah para belia. Festival yang dinantikan oleh segenap lapisan masyarakat khususnya belia kali ini telah bertukar lokasi penganjurannya.

read more...

#hbn2016 - Malam Belia Berselawat "Gamatkan" UPM


Serdang - Malam pertama Hari Belia Negara (HBN) 2016 diserikan dengan Malam Belia Berselawat (MBB). Program kerohanian yang menjadi acara penting bagi setiap HBN ini telah berlangsung di pentas utama Dataran Kawat UPM.

read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top