Haha... Memang Terbaik!!! Paparan realiti kehidupan yang tanpa kita sedari tidak dapat kita lihat di negara luar. Hanya di negara kita Malaysia tercinta. Jom layan!!!!
Video Terbaik - Only In Malaysia
Haha... Memang Terbaik!!! Paparan realiti kehidupan yang tanpa kita sedari tidak dapat kita lihat di negara luar. Hanya di negara kita Malaysia tercinta. Jom layan!!!!
Ketahui Siapa Penaja PSY Sempena Sambutan Tahun Baru Cina di P. Pinang !!!
Sebuah syarikat swasta gergasi Mega Ultimate dan bukan Barisan Nasional (BN) yang membayar penyanyi terkemuka Psy untuk tampil pada sambutan Tahun Baru Cina yang digembar-gemburkan berlangsung di Pulau Pinang minggu depan, kata jurucakap rasmi BN hari ini.
Ketua Pemuda BN negeri Oh Tong Keong memberitahu penampilan Psy ditaja oleh sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur.
Beliau menolak tuduhan mengatakan kerajaan pusat menggunakan wang awam untuk membawa penyanyi fenomena “Oppa Gangnam Style” sebagai cubaan untuk menarik sokongan pengundi muda menjelang Pilihan Raya 2013.
“Malahan persediaan dan makanan untuk sambutan ditaja oleh beberapa syarikat tempatan,” kata Oh kepada The Malaysian Insider.
I
Video di You Tube Sudah mencecahi : 1,254,762,844
“Kami sudah sediakan makanan untuk 50 ribu orang tapi kami jangkakan lebih ramai orang akan turun untuk melihat persembahan Psy nanti,” kata beliau lagi.
Penyanyi sensasi berasal dari Korea Selatan yang nama sebenar Park Jae-Sang bakal membuat persembahan pada 11 Februari ini di padang sekolah Han Chiang, lokasi yang menjadi simbolik kepada kemenangan DAP pada Pilihan Raya 2008 lalu.
Psy dilaporkan oleh laman hiburan tempatan telah meminta penganjur konsert dari Malaysia tersebut sejumlah US$750,000 (RM2.3 juta) sekiranya mahu beliau tampil di Kuala Lumpur pada tahun lalu.
“DAP dan Pakatan Rakyat mahu berkata dan memutar belit dengan mengatakan kerajaan BN membelanjakan sejumlah wang RM2.3 juta hingga RM3 juta untuk konsert Psy,” kata seorang lagi sumber kepada The Malaysian Insider.
“Ini salah sama sekali memandangkan lawatan Psy adalah sebagai tetamu di Pulau Pinang sempena sambutan Tahun Baru Cina yang telah diaturkan dan ditaja oleh sebuah firma penganjur acara, gergasi. Tiada dana kerajaan atau wang pembayar cukai terlibat.”
Sumber tersebut yang mendedahkan dengan syarat namanya dirahsiakan memberitahu kehadiran Psy akan menaikkan profil Pulau Pinang dan Malaysia yang mungkin akan menyuntik industri perlancongan.
Oh mengakui Psy akan merupakan tarikan utama pada sambutan Tahun Baru Cina anjuran BN kali ini yang mana juga akan menyaksikan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, namun tujuan sebenarnya adalah bagi menarik pengundi golongan muda di negeri kepulauan tersebut.
“Ia merupakan kali pertama Psy membuat persembahan di Malaysia, jadi saya sangat pasti bukan rakyat di Pulau Pinang sahaja akan menghadiri tetapi juga akan menarik semua dari Kuala Lumpur, Kedah dan Perak,” terang beliau.
Beliau juga menerangkan mentaliti orang muda zaman sekarang berbeza dan masih ragu-ragu sama ada kelompok tersebut mudah untuk dipujuk supaya mengundi BN dengan membawa Psy ke sambutan tersebut, dimana mereka ketika adalah pembangkang dibawah kerajaan negeri Pakatan Rakyat.
“Kami juga gunakan program lain yang lebih praktikal seperti pameran kerja untuk menarik golongan muda ini,” kata Oh.... - MI
KREDIT - Medan Info Melayu
Jangan Terlalu Santai Dengan Pengundi Muda
KOTA KINABALU, 9 Feb – Jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) tidak boleh bersikap ‘santai’ atau sambil lewa dengan permintaan dan harapan golongan muda terhadap kerajaan, khususnya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi.
Ketua Puteri Umno Sabah Musliati Moslimin berkata sokongan golongan tersebut terhadap BN amat penting memandangkan golongan belia merupakan 40 peratus daripada jumlah rakyat di negara ini.
“Kita juga mesti ingat sistem dan tuntutan sekarang adalah berbeza. Kita (jentera pilihan raya) perlu lebih responsif terhadap golongan muda.
“Semua jentera, khususnya Puteri Umno negeri, harus bergerak ke tahap maksimum bagi memastikan kesiapsiagaan parti menghadapi PRU-13,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Musliati berkata jentera pilihan raya Puteri Umno di seluruh negeri telah bersedia sejak lama untuk menghadapi pilihan raya umum pada bila-bila masa sahaja. – MediaUMNO
BB - Buat Program Santai Tidak Mengapa, Tetapi Jangan Terlalu Santai dan Berharap Sokongan Pengundi Muda Datang Bergolek!!! Kami Perlu Didampingi Setiap Masa, Bukan Apabila PRU Atau PRK Dah Dekat Baru Kami Didekati!!!
Ingatlah!!! Kamilah Pewaris Kepimpinan Di Masa Hadapan
Kamilah Pencorak Negara Harapan Bangsa
Bangkit Kami Memperjuangkan
Hak dan Perhatian
Jangan Sesekali Kami Diabaikan
Video Happy Chinese New Year Terbaik!! - 1 Malaysia Kita Sambut Bersama.
Video terbaik dari PM kita. Jom kita saksikan.....
read more...
Perghhh..memang mantap video Dato Najib dalam ni..sempoi wa cakap lu..ini la yang dikatakan Pemimpin! Bersama rakyat tidak mengira kaum..tahniah la gua ucapkan..
Berhati-hati di jalanraya... Utamakan keselamatan.
Selamat Tahun Baru Cina dari BB
PAS Kelantan Semakin Tenat, Terkini Pemuda BN Ditetak!!!!
Huh!! Tak habis-habis dengan PAS ni. Sampai main parang untuk tetak orang. Ini ker hasil tarbiah Tok Guru bertaraf nabi yang diagung-agungkan. Terbaru seorang pemuda terpaksa menerima 6 jahitan akibat tindakannya cuba memasang bendera BN.
Seorang pemuda cedera di kepala ketika memasang bendera dan sepanduk Barisan Nasional (BN), dipercayai ditetak seorang penyokong parti pembangkang di Kampung Batu 5 1/2, Jalan Bendang Nyior di sini, kelmarin.
Kejadian berlaku jam 6.45 petang ketika Mohd Dasuki Yusoff, 31, sedang meninjau lokasi sesuai di sebuah jambatan berdekatan kampung berkenaan bagi memasang bendera dan sepanduk.
Mohd Dasuki berkata, ketika berada di lokasi itu, sebuah kereta yang dinaiki tiga lelaki berhenti di atas jambatan dan memintanya supaya tidak memasang bendera dan sepanduk berkenaan di situ.
"Saya mempersoalkan tindakan lelaki terbabit yang melarang tindakan saya itu kerana sebelum ini tidak ada pihak yang menghalang bendera parti pembangkang dipasang di kawasan dikuasai BN," kata, Mohd Dasuki.
Katanya, mereka memberi alasan kawasan itu adalah kubu kuat parti pembangkang dan tidak membenarkan bendera serta sepanduk BN dipasang di situ.
“Saya mempersoalkan tindakan lelaki terbabit yang melarang tindakan saya itu kerana sebelum ini tidak ada pihak yang menghalang bendera parti pembangkang dipasang di kawasan dikuasai BN.
“Mungkin kerana tercabar dengan soalan saya itu, seorang daripada mereka yang juga penghulu kampung terbabit meluru keluar dari kereta, lalu menghampiri saya serta menumbuk muka saya,” katanya di sini, semalam.
Mohd Dasuki berkata, ketika berada di rumah selepas kejadian itu, dia didatangi pula seorang pemuda berusia 26 tahun yang menaiki motosikal memasuki pekarangan rumah sambil memarahinya berikutan kejadian di atas jambatan itu.
Beliau berkata, ketika bertikam lidah dengan pemuda terbabit, tiba-tiba lelaki itu mengeluarkan sebilah parang daripada motosikal dan menetak belakang kepalanya.
Katanya, sebaik melihat dia cedera, pemuda terbabit melarikan diri dengan meninggalkan motosikalnya di pekarangan rumah dan bapa saudara yang melihat kejadian itu terus membawanya ke Hospital Daerah Tanah Merah (HTM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Akibat tetakan itu, saya menerima enam jahitan di kepala dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah malam kelmarin,” katanya.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Abdul Aziz Mahmud, mengesahkan menerima laporan itu dan kes berkenaan sedang dalam siasatan. AP
Kredit - Mat Kilau Penang
Ali Hamsa - Lebih 80 Elaun Sektor Awam Dikaji Semula
LABUAN - Lebih 80 jenis elaun penjawat awam termasuk elaun sara hidup akan dikaji semula bagi melihat kesamarataan, kesaksamaan dan kemunasabahan, kata Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa hari ini.
Beliau berkata, kajian itu bagi memastikan kebajikan penjawat terus terbela dan akan menjadi berita gembira yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri.
Katanya, pelbagai persoalan dan permintaan daripada kalangan penjawat awam yang inginkan kemunasabahan termasuklah status gred, status perjawatan kontrak, pelbagai elaun termasuklah perumahan dan tuntutan perjalanan telah diajukan semenjak beliau dilantik memegang jawatan itu.
"Kesemua ini adalah termasuk daripada jumlah lebih daripada 80 jenis elaun yang akan dikaji semula secara terperinci demi melihat kesamarataan dalam sistem pemberian elaun. Bukan itu sahaja gaji yang statik turut juga akan dikaji dan diberi perhatian," katanya kepada pemberita selepas majlis minum petang bersama ketua-ketua kampung dan penduduk Kampung Sg Labu di sini hari ini.
Terdahulu beliau turut menjawab soalan dan kemusykilan penjawat awam dalam satu sesi dialog pada Majlis Perjumpaan Bersama Penjawat Awam. Lebih 1,000 penjawat awam hadir pada majlis itu.
Ali berkata, beliau berpuas hati dengan prestasi perkhidmatan penjawat awam, namun mengingatkan mereka supaya tidak mudah berpuas hati tetapi sentiasa berusaha membuat penambahbaikan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam.
Katanya, penjawat awam adalah pemelihara kepentingan awam dan sehubungan itu perlu mematuhi semua undang-undang, peraturan, arahan atau prosedur dan kegagalan berbuat demikian akan membolehkan tindakan tatatertib diambil mengikut Peraturan Peraturan Awam 1993 ataupun Akta Rahsia Rasmi 1972.
Selain itu, katanya, satu daripada elemen penting bagi menjamin kemajuan perkhidmatan awam adalah hubungan baik dan saling memahami antara majikan dan pekerja yang harus terus dipupuk.
"Konsep Masyarakat Penyayang perlu wujud... sikap prihatin ketua jabatan (dengan pekerja bawahan) akan menimbulkan keseronokan bekerja yang akhirnya meningkatkan kecekapan dan produktiviti perkhidmatan awam," katanya.
Beliau yang berkesempatan melawat beberapa projek pembangunan di Labuan turut melahirkan kepuasan hati dengan kemajuan projek yang menurut beliau akan memberi impak positif kepada rakyat. - Bernama
Gempar!!! Lajim Penyebab 14 Wanita PKR "Berehat"???
Sumber yang dipetik dari Putra Merdeka amat menarik!! Masakan tidak, tiba-tiba sahaja 14 wanita PKR mengambil keputusan untuk "BEREHAT". Berehat??? Berehat ketika bahang PRU 13 semakin terasa. Apa yang berlaku sebenarnya? Apa kaitan Lajim Ukim dengan 14 wanita ini. Apa pula perkaitan dengan 14 kerusi Parlimen yang digembar-gembur bakal dimenangi PR di Sabah?
Lajim sudah kepanasan..! Sejak hilang jawatan dalam MT dan Timbalan Menteri Lajim lebih banyak duduk dari berdiri, Lajim lebih banyak menyalam dari di salam, Lajim hilang status VIP, Lajim makin ketepi..!
Mulanya Lajim berkira Anwar bakal dijerat dan dikerat, rupa rupanya Lajim yang hilang pangkat dan hilang hormat, Lajim hilang yang di kendong yang dikejar pulak tak dapat, Lajim sudah macam merempat, harga diri dah lama pudar dan pucat..!
Kini Lajim bergaduh pulak dengan Honky Tong Lee @ Yong Teck Lee serta Bumburing dalam soal pembahagian kerusi, tiba tiba datang pulak cerita ini...
Masalah pembangkang di Sabah menjadi semakin parah dengan perletakkan jawatan 14 orang Wanita PKR, diketuai oleh Naib Ketua Wanita Negeri Winnie Juani semalam menjelang PIlihan Raya 2013.
Juani yang berumur 52 tahun memberitahu The Malaysian Insiderbeliau dan rakan-rakannya telah membuat keputusan untuk keluar parti kerana mereka merasakan “perlu berehat”, menafikan khabar angin ini berlaku disebabkan rundingan kerusi diantara Pakatan Rakyat (PR) dan sekutu baru mereka di Sabah
Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS).
Juani juga mengakui tindakan tersebut mungkin akan merangsang dakwaan beliau dan rakan-rakannya telah dibeli oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN), tetapi mengatakan beliau menolak untuk melayan dakwaan itu.
“Tidak ada sebab untuk keluar,” katanya ketika dihubungi di sini. “Kami hanya mahu berehat buat masa ini.”
Huh!!! Lagi mau "cover" bah???? Masakan pokok bergoyang kalau tiada angin? Apa pun, BB tetap yakin Sabah tetap menjadi kubu kuat Barisan Nasional pada PRU 13 nanti.
Boleh bah kalau kauuuu....
PRU 13 : BN Yakin 2/3 Di Negeri Sembilan
KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) berkeyakinan tinggi untuk memenangi dua pertiga jumlah kerusi parlimen dan dewan undangan negeri pada pilihan raya umum ke 13 nanti.
Keyakinan itu dinyatakan oleh Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan berdasarkan daripada perubahan sokongan rakyat serta gerak kerja yang dilakukan oleh petugas BN di semua peringkat sama ada di cawangan, bahagian dan pusat.
“Negeri Sembilan ada lapan kerusi parlimen, pada PRU 12 kita kalah tiga kerusi ( Seremban, Rasah dan Telok Kemang) kepada DAP dan PKR, di Negeri Sembilan bukan sahaja usaha untuk dapatkan dua pertiga DUN, kita juga punyai tanggungjawab moral untuk pastikan pusat juga dapat dua pertiga.
“Dalam usaha itu, selepas kita kaji, kita selidik, dua kerusi parlimen yang boleh kita sumbang kepada Perdana Menteri untuk dapatkan dua pertiga ialah parlimen Seremban dan Telok Kemang, kerana dari strateginya `winnable’ kepada Barisan Nasional, kita letakkan usaha, kita tumpukan fikiran, kita yakin kita boleh menang,” katanya kepada UMNO-online.
Menurutnya, untuk memenangi parlimen Seremban, BN perlu memenangi dua DUN yang kalah pada pilihan raya lalu iaitu DUN Ampangan dan Sikamat, yang diwakili UMNO kepada PKR dengan majoriti yang rendah dan berkeyakinan tinggi BN mampu menawan kerusi berkenaan pada pilihan raya ke 13.
“Kita buat kaji sikap, kecederungan pengundi Melayu kini kepada BN, kepada UMNO, pokok sudah mula condong ke arah kita, pengundi India pun ke arah kita, `chances of winning is there’. India dan Cina nampak sebelah kita, tapi bagaimana kita aturkan strategi untuk memenangi hati mereka, orang dah condong belah kita,” katanya.
Beliau yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan berkata, beberapa perubahan telah dibuat terutama membabitkan orang ramai supaya tidak menyusahkan apabila mereka berurusan berikutan permasalahan birokrasi yang sepatutnya boleh dilaksanakan menggunakan budi bicara.
Menurutnya, pentadbir perlu berfikir dengan apa yang dimahukan oleh rakyat, bagaimanapun ia tidak boleh melanggar apa yang telah ditetapkan tetapi perlu dipermudahkan untuk kesenangan rakyat seperti yang diinginkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
“Sebab itu kita mesti fikir `service’ kita, di Negeri Sembilan saya dah buat penjawat awam mestilah mempunyai pemikiran untuk menjual kita punyai pemikiran, bukannya orang nak beli perkhidmatan kita, kita perlu ada produk yang baik untuk orang beli perkhidmatan kita. Ini yang perlu kita buat supaya dapat memenuhi kehendak pelanggan kita. Orang beli produk kita, kerana suka barang kita bukannya terpaksa beli barang kita,” katanya.
Beliau berkata perubahan itu adalah untuk kebaikkan, bukannya apa yang dilakukan sebelum ini adalah salah tetapi melakukan transformasi untuk lebih baik, iaitu berubah cara berfikir, berubah cara kita melaksanakan untuk memperbaiki apa yang telah dilalui.
IFC - Anda Islam? Wajib Baca Ini!!!!
WAJIB BACA SEMUA .... ANCAMAN PENUBUHAN IFC DI MALAYSIA !!
Apa itu IFC (Inter Faith Commission) ??
IFC berasal dari IRC (Inter Religion Council ) yang merupakan Suruhanjaya Antara Kepercayaan yang dicadangkan sebagai sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama(cth: Agama Islam) atas desakan penganut agama lain. IFC berfungsi seakan SUHAKAM yang turut menerima dan melayan aduan berkaitan agama.
IFC ditubuhkan oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism atau singkatannya MCCBCHS ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandum bertarikh 21 Ogos 2001 kepada Majlis Peguam Negara.
Matlamat Penubuhan IFC :-
IFC ditubuhkan untuk membolehkan mereka meminda beberapa ajaran asas Islam yang boleh merosakkan akidah umat Islam serta lebih berpihak kepada orang bukan Islam.
14 tuntutan-tuntutan IFC yang akan mengancam Umat Islam :-
1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.
4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam
5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam(murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.
6. Seseorang atau pasangan suami-isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.
7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya..
8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
14. Sepatutnya islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
Ancaman Utama IFC terhadap Islam :-
1. Membuka ruang seluas-luasnya kepada orang bukan Islam mencampuri Hal Ehwal Agama Islam.
2. Menjadikan undang-undang Allah perlu tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta manusia yang jelas menjejaskan aqidah.
3. Orang-orang Islam bebas melakukan apa saja tanpa batasan.
4. Orang-orang Islam bebas untuk murtad.
5. IFC berhak untuk menentukan status agama seseorang.
** Nota - "Sebagai umat Islam yang berpegang teguh kepada ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W., kita haruslah menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC. Tiada satu pun agama di dunia ini yang sanggup menerima campurtangan oleh mereka yang bukan penganutnya. Penubuhan IFC pastinya akan menimbulkan ketegangan antara agama yang bakal menggugat keselamatan negara".
Facebooker PDM Wangsa Melawati
Facebooker PDM Wangsa Melawati
Rogol - 16 Tahun Penjara, 10 Sebatan
PUTRAJAYA — Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 16 tahun dan 10 sebatan rotan terhadap seorang buruh yang merogol adik ipar bawah umur di ladang getah pada 2008.
Panel hakim tiga anggota diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Jeffrey Tan Kok Wha sebulat suara menolak rayuan lelaki berusia 34 tahun itu terhadap sabitan, hukuman penjara dan sebatan.
Jeffrey berkata, selepas meneliti keterangan mangsa, mahkamah yakin terdapat bukti jelas berlaku penembusan.
Beliau berkata, mahkamah tidak ditunjukkan sebarang alasan mengapa ia harus mengubah keputusan Mahkamah Sesyen justeru mahkamah tidak dapat mencari sebarang sebab untuk mengganggu keputusan itu.
Ketika menolak rayuan lelaki itu terhadap hukumannya, Jeffery berkata, hukuman penjara dan sebatan yang diputuskan Mahkamah Sesyen tidak keterlaluan.— BERNAMA
KEDAH - Suara Rakyat Tenggelamkan Pakatan Rakyat
Nampaknya, ujian rakyat terhadap kepimpinan Pas Kedah untuk menerajui negeri terbabit selepas mengambil alih daripada kepimpinan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 2008 yang lalu dilihat gagal dan mereka menunggu masa untuk menghukum kegagalan tersebut.
Menurut beliau rata-rata rakyat negeri berkenaan sentiasa bertanyakan tarikh pilihan raya umum memandangkan kerajaan yang ada hari ini tidak berupaya untuk memacu sebuah kerajaan negeri dengan baik.
“Ujian rakyat terhadap Pas Kedah sepanjang pemerintahan lalu gagal. Janji satu pun tidak buat. Nak buat litar untuk anak-anak muda, perumahan untuk rakyat dan sebagainya. Dia cuma bawa apa yang telah ditinggalkan oleh BN selepas ambil alih pemerintahan lalu.
“Kerajaan negeri dihimpit dengan pelbagai kontroversi. Soal pendidikan, isu KUIN…..kita tengok bagaimana demonstrasi pelajar dan sebagainya. Isu pembalakan, pengambilan pasir, kegagalan pentadbiran kebersihan, penjaja kecil….mana janji terhadap penjaja kecil, cukai tanah dan pelbagai lagi.
“Rakyat dah tengok dan hari ini ini rakyat tahu takkan terima lagi janji-janji baru. Jadi rakyat dah serik dan insyaallah pilihan raya umum nanti mereka akan berikan kepercayaan kepada BN untuk mentadbir semula,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama UMNO-Online.
Bercakap lebih lanjut soal pentadbiran negeri, Ahmad Bashah yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah seterusnya menambah ‘mood’ rakyat Kedah cukup tinggi untuk sama-sama melakukan perubahan.
“Rakyat Kedah dah bersedia dan lagi cepat pilihan raya lagi bagus. Mereka dah tengok dan rasa di bawah pemerintahan Pas selama 5 tahun. Mana-mana kita pi mereka bertanyakan kita bila lagi nak pilihan raya. Jadi mereka dah tak sabar dan tak tahan lagi dah. Itulah suara rakyat Kedah,” katanya.
Bercakap lebih lanjut soal komitmen BN negeri dalam memajukan negeri berkenaan sekiranya diberi kepercayaan pada pilihan raya kali ini, Ahmad Bashah berkata beberapa perkara akan diperhalusi untuk dimasukkan sebagai menifesto tambahan BN negeri terbabit.
“Manifesto Kedah ada sedikit kelainan. Litar lumba untuk anak muda dah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Himpunan Orang Muda sebelum ini. Antara yang akan kita teliti ialah perancangan untuk atasi banjir dan ianya salah satu keutamaan dan perancangan kita untuk dibawa kepada pusat dalam masa terdekat.
“Manifesto melambangkan hasrat untuk membangunkan negeri bersama dengan rakyat. Janji kita…kita akan buat..sebab itu kita perhalusi dan apa cadangan kita akan diteliti oleh pucuk pimpinan.
”Dulu-dulu manifesto ada satu sahaja. Kali ini kita ada kelainan sikit. perancangan dulu tertinggal dan sekarang ini tidak nampak apa perancangan dan pembangunan yang kerajaan negeri buat, ”katanya. -MediaUMNO
#PRU13 : Masyarakat India Jadikan PRU12 Sebagai Pengajaran
Desperado pakatan pembangkang turut memanipulasikan masyarakat India
dalam percaturan politik sebagaimana pada Pilihan Raya Umum ke-12 yang
lalu, kata Ahli Parlimen Hulu Selangor, P.Kamalanathan.
Jelasnya, antara faktor kejayaan pakatan pembangkang memperoleh undi
yang banyak sehingga dapat menawan lima negeri pada PRU ke-12 lalu
adalah disumbangkan oleh masyarakat India yang terpengaruh dengan
janji-janji mereka dan taktik ini kembali digunakan menjelang PRU ke-13.
“Jika pada 2008 lalu, masyarakat India dimomokkan oleh mereka dengan
perhimpunan jalanan sebagaimana yang dilakukan oleh HINDRAF selain
janji-janji pembelaan yang mana dapat dilihat di Kampung Buah Pala,
Pulau Pinang tetapi kemudiannya apabila mereka mendapat kuasa maka
semuanya tidak dilaksana malah kata-kata yang mengguris hati dan
memperkecilkan undi bangsa ini diluahkan,” katanya kepada UMNO-Online.
Ujarnya, perkara lalu menjadi tauladan bagi masyarakat India lantas
mereka sekarang telah kembali memberikan sokongan kepada Barisan
Nasional (BN) kerana sedar bahawa hanya parti tersebut yang memberikan
pembelaan dan melontarkan kata-kata atas keyakinan bahawa setiap janji
akan ditunaikan.
“Cukuplah sekali pakatan pembangkang diberikan peluang kerana telah
terbukti bahawa mereka gagal menyelesaikan masalah yang dibawa oleh
rakyat sebaliknya mereka hanya memperbesarkan saja isu terbabit untuk
dijadikan sebagai bahan propaganda tapi tiada penyelesaian.
“Ini amat berbeza dengan pendekatan yang dilakukan oleh BN kerana
sebagai kerajaan yang bertanggungjawab BN tidak memperbesarkan isu yang
ada sebaliknya membantu menyelesaikannya dengan cara yang berhemah dan
amat menyenangkan.”
Tambahnya, jika sebelum ini anggota pakatan pembangkang hanya
memperguna kaum India bagi kepentingan politik, kuasa dan kedudukan
mereka maka ia tidak mungkin akan berulang buat kali kedua.
“Pakatan pembangkang cuba menggunakan isu kaum India sebagaimana
kononnya mereka mendakwa 300,000 orang yang masih tidak mempunyai
dokumen sedangkan kelompok yang dibawa berhimpun ke Putrajaya adalah
mereka yang terdiri dari pekerja asing dan kebanyakkannya bukan orang
tempatan.
“Semakin dekat PRU ke-13 maka pakatan pembangkang semakin terdesak
mendapatkan sokongan sehinggakan mereka menggunakan sekumpulan individu
bagi memperlihatkan kepada orang ramai kononnya mereka melakukan
pembelaan kepada bangsa India.”
Tegasnya lagi, sememangnya masyarakat India amat kecewa dengan
pakatan pembangkang dan sedar bahawa mereka diperguna semata-mata
kepentingan politik sedangkan kebajikan yang dijanji tidak dilaksana.
“Pakatan pembangkang juga sedar bahawa sokongan masyarakat India
kepada mereka semakin berkurang lantas mereka sengaja membangkitkan
isu-isu lapuk untuk kembali menarik sokongan mereka walhal telah nyata
bahawa BN melaksanakan kebajikan rakyat tanpa sebarang pura-pura apatah
lagi banyak pembaharuan yang dilaksana selain memperbetulkan pelbagai
kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini.”
Dilaporkan, sebelum ini Ahli Parlimen PKR (Sungai Petani), Johari
Abdul pernah menyatakan bahawa pakatan pembangkang mampu mengekalkan
kuasa di Kedah tanpa sokongan kaum India yang secara tidak langsung
menafikan pembabitan bangsa ini dalam PRU.
Lebih buruk lagi, janji manis pakatan pembangkang beberapa ketika
sebelum PRU 2008 yang secara terbuka menyatakan komitmennya bagi
menyelesaikan isu kampung Buah Pala namun malangnya penempatan yang
dianggap sebuah kampung tradisi ini dirobohkan.
61 Belia Terima Anugerah Emas "Duke Of Edinburgh Award"
BANGI - “ Malaysia antara negara yang paling aktif dalam aktiviti yang dijalankan oleh belia ”, ujar YB. Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Majlis Penganugerahan Pingat Emas kepada peserta Anugerah Remaja Perdana peringkat Kebangsaan yang telah berjaya melaksanakan semua tugasan yang diberikan untuk mendapatkan penganugerahan ini.
“ Diharap dengan penganugerahan ini akan dapat melahirkan lebih ramai lagi belia yang aktif dan mempunyai semangat nilai-nilai murni ”, tambah beliau lagi.
Penganugerahan emas ini merupakan usaha berterusan cawangan Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan bagi meningkatkan keupayaan belia yang aktif dalam segala aktiviti yang dianjurkan.
Seramai 61 peserta menerima penganugerahan ini. Penganugerahan pingat Emas ini merupakan satu pengiktirafan yang tinggi kepada peserta kerana setiap peserta perlu melalui tugasan yang tertentu sebelum ditauliahkan.
Program Anugerah Remaja Perdana ini mempunyai tiga tahap penganugerahan iaitu Gangsa, Perak dan Emas. Anugerah Remaja Perdana ini turut mengambil bahagian di beberapa buah negara yang lain dengan menggunakan nama Duke Of Edinburgh Award.
Majlis penganugerahan ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian (Strategik), Dato’ Zaidon Haji Asmuni, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Dato’ Sri Zolkeples Embong dan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Y.Brs. Puan Hatipah Haji Ibrahim.
Mahfuz Berang Anak Muda Pas Sertai Program Kerajaan Secara Beramai-ramai.
Nampaknya semenjak dua menjak ni "Mr Bean" acuan PAS kurang diberi publisiti. Sama ada itu sebahagian percaturan "senyap" beliau dalam menggapai impian untuk menjadi MB Kedah selepas PRU ke 13 atau disebabkan "kebangkitan" anak muda di sekitar kawasannya sendiri, parlimen Pokok Sena.
Terbaru, tanpa segan silu dan sembunyi, majoriti anak muda yang sebelum ini kerap dilihat memenuhi program PAS anjuran beliau telah menghadiri satu program Kerajaan BN. Pelancaran program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) peringkat Parlimen Pokok Sena hari ini mendapat sambutan di luar dugaan apabila lebih 1,000 belia hadir untuk menyertai program itu.
Mereka tiba di Dataran Bunga Sena di sini sejak awal pagi untuk mendaftar di 10 kaunter yang disediakan Pemuda UMNO Pokok Sena bagi mendapat lesen motosikal Kelas B2 pada harga rendah RM199.
Ketua Pemuda UMNO Pokok Sena Harris Che Mat berkata berdasarkan sambutan hari ini pihaknya menjangka program itu akan disertai lebih 3,000 orang dari daerah berkenaan.
“Bagi memberi peluang lebih ramai mendapat kemudahan ini, saya akan membuka kaunter pendaftaran dari 9 pagi hingga 5 petang di rumah saya di Nombor 47, Taman Bunga Sena di sini, bermula esok sehingga 14 Feb ini,” katanya.
Harris yang juga Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Bukit Lada turut meminta pemohon membeli Wang Pos bernilai RM199 atas nama MyEasy Service Sdn Bhd bagi memudahkan pemprosesan permohonan mereka.
Katanya pemohon akan dihubungi syarikat itu dalam tempoh dua minggu bagi menduduki ujian statik dan komputer.
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melancarkan BL1M pada Himpunan Orang Muda Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti di Alor Setar pada 31 Jan lepas.
Di bawah program itu pemohon hanya perlu membayar RM199 bagi mendapatkan lesen B2, iaitu pengurangan separuh harga yang biasa dikenakan oleh pengusaha sekolah memandu.
Tuding Jari Kepada BN Politik Khalid Ibrahim Yang Semakin Terpinggir
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini telah membuat pengumuman untuk membina Jambatan ketiga di Klang pada awal tahun ini. Malahan, dengan nada berpolitik, Menteri Besar menuduh projek ini akan dilaksanakan kerana ianya gagal dibuat oleh Barisan Nasional (BN) dahulu.
Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata, difahamkan juga sejumlah RM 300 juta akan diperuntukkan bagi tujuan pembinaan jambatan tersebut.
“Hakikatnya, ini merupakan gula-gula politik bagi tujuan memancing undi semata-mata. Kerajaan Negeri sengaja mengaitkan Barisan Nasional dengan hal ini hanya kerana Kerajaan Barisan Nasional memulakan upacara pecah tanah. Namun setelah mereka mengambil alih pemerintahan, tanggungjawab membina jambatan memang sepatutnya di bawah Kerajaan Negeri.
“Strategi ini juga sebenarnya dilihat sebagai sengaja untuk mengalihkan isu-isu setempat yang lebih penting di Klang terutamanya Projek Tebatan Banjir yang dikatakan akan dibina. Malah difahamkan juga, peruntukan untuk projek ini sebanyak RM5 juta telahpun diluluskan oleh pihak Kerajaan Negeri,” ujarnya dalam sidang media di sini, hari ini.
Tambahnya, selain itu, Kerajaan Negeri juga pernah berjanji akan membina Pusat Kebudayaan di Klang namun sehingga kini tiada sebarang kemajuan berhubung projek tersebut.
Pada tahun 2010 pula, Kerajaan Negeri telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM50 bilion untuk projek Pemulihan Sungai Klang. Namun sehingga hari ini masih tiada sebarang tanda-tanda projek tersebut akan dijalankan.
“Nampaknya, janji untuk membina Jambatan Ke-tiga ini juga bakal menerima nasib yang sama. Kerajaan Negeri hanya berjanji untuk mengalihkan isu-isu yang membelengu mereka yang tidak mampu ditunaikan.
“Rakyat sudah mulai sedar bahawa janji-janji yang ditaburkan oleh pemimpin Pas, DAP PKR hanyalah janji populis untuk memenangi pilihanraya. Sebagai Kerajaan yang memerintah Selangor ini, Pas, PKR dan DAP sepatutnya tidak terus mengelirukan rakyat dengan janji-janji politik mereka sebaliknya bertindak menunaikan janji tersebut lebih-lebih lagi apabila Janji Manifesto 2008 masih banyak yang belum tertunai,” tambahnya yang juga Setiausaha UMNO Negeri Selangor. -MediaUMNO
Pakej Komunikasi Belia, Tempoh Tebus Rebat RM200.00 Dilanjutkan
CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh untuk penebusan rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia (PKB) dari 1 bulan kepada 3 bulan bermula Rabu.
“Mereka yang telah berjaya mendaftar dan telah menerima pengesahan yang berjaya pada awal Januari lalu tidak perlu mendaftar semula kerana tempoh sah telah dilanjutkan ke 3 bulan dari tarikh pendaftaran asal dan bukannya lagi 1 bulan.
“Kami dalam proses menghantar emel kepada semua yang telah mendaftar bagi memaklumkan mengenai perkembangan terbaharu ini,” kata Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi.
Menurut beliau, syarikat-syarikat telekomunikasi dan wakil-wakil penjual yang dilantik juga telah dimaklumkan mengenai lanjutan tempoh tersebut.
Sehingga hari ini, lebih 440,000 belia yang berumur 21 hingga 30 tahun berjaya mendaftar untuk mendapatkan rebat RM200 dan daripada jumlah tersebut, hampir 60,000 telah membeli telefon pintar baharu.
Setakat ini, terdapat lebih 4,500 wakil penjual seluruh negara yang menawarkan hampir 70 model telefon pintar.
Skim Pakej Komunikasi Belia ini telah dilancarkan pada 1 Januari lalu.
-Mstar Online
Hard Rock Cafe Bakal Beroperasi di Melaka
KUALA LUMPUR - Hard Rock International telah membuka Hard Rock Cafe ketiganya di Malaysia, di Melaka, selepas Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Cafe baharu ini terletak di jalan masuk Jonker Walk dan di dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Kafe seluas 1,372 meter persegi itu termasuk tempat duduk untuk 200 pengunjung, ruang makan di luar yang luas, ruang persembahan langsung yang akan menampilkan bakat-bakat tempatan Melaka, dan sebuah Rock Shop.
Pengarah Francais Kanan Hard Rock, Asia Pasifik, Matthew Putna berkata dalam satu kenyataan bahawa, memorabilia unik telah dipilih untuk menghiasi dinding Hard Rock Cafe Melaka.
Dengan sejumlah 177 lokasi di 58 negara, termasuk 141 kafe, 18 hotel dan lapan kasino, Hard Rock International adalah salah satu syarikat yang dikenali di seluruh dunia. - BERNAMA
Jengka Bakal Miliki Stadium - FELDA
SEREMBAN – Pembinaan stadium milik Felda di Jengka, Pahang dijangka bermula awal bulan depan dan siap dalam tempoh dua tahun, kata Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.
Beliau berkata, kontraktor untuk pembinaan stadium itu dilantik minggu lepas.
Stadium baharu ini dianggar menelan belanja sekurang-kurangnya RM80 juta dan boleh menampung 30,000 penonton, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut Mohd Isa, pembinaan stadium itu adalah fasa pertama dalam pembinaan kompleks sukan bersepadu yang meliputi pembinaan beberapa kemudahan sukan lain.
"Bagaimanapun ini bergantung kepada pemaju kita yang juga mempunyai tanah.
“Ini mengikut perbincangan kita untuk fasa kedua. Fasa pertama dikhususkan untuk pembinaan stadium baharu ini,” katanya. – BERNA
Ku Nan : Saringan SPRM Membuktikan UMNO dan BN Telus
Langkah Umno menghantar senarai nama calon kepada
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bukan kerana tekanan
persepsi yang dihadapi oleh parti tersebut, kata Setiausaha Agung Umno
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar) sebaliknya menegaskan ia adalah demi memastikan parti tersebut telus.
Menurut
Tengku Adnan lagi, langkah yang diambil oleh Umno itu bukan sesuatu
yang baru malahan menegaskan setiap pilihan raya umum saringan akan
dilakukan keatas semua senarai calon dikemukakan setiap negeri.
“Saringan ini bukan kerana desakan atau tekanan persepsi keatas Umno. Ia tiada kaitan langsung.
“Umno sudah lakukan saringan ini sejak dahulu lagi, setiap pilihan
raya kami akan buat saringan ke atas semua calon,” kata pemimpin Umno
veteran tersebut.
Apabila ditanya sama ada langkah tersebut bertujuan untuk menangkis
skandal-skandal yang dihadapi Umno sehinggakan menjejaskan imej parti
utama dalam komponen Barisan Nasional tersebut, Tengku Adnan menjawab:
“Mana ada skandal, tiada langsung kena mengena dengan skandal-skandal
yang dihadapi oleh calon Umno.”
Walaubagaimanapun, Tengku Adnan mengecam pembangkang yang lantang
mengkritik Umno tetapi tidak mengikuti langkah yang diambil dengan
menghantar senarai calon ke SPRM.
“Pembangkang yang tidak hantar untuk saringan kepada SPRM, mengapa mereka tidak buat?” tambah beliau lagi.
Pada November tahun lalu, Tengku Adnan mendedahkan persepsi merupakan
cabaran utama dalam mengukuhkan imej parti itu di persada politik tanah
air.
Beliau berkata selepas pilihan raya 2004, Umno bukan sahaja
berhadapan dengan tohmahan pembangkang yang melabelkannya sebagai parti
kronisme, elitis dan korup.
Malah Umno terpaksa berhadapan dengan bekas anggota parti yang kecewa
apabila gagal meraih kedudukan politik semasa bersama Umno hingga
menjadi manusia “angkuh hati” dan sanggup menyebarkan persepsi buruk
mengenai parti.
Sebelum ini, Pengerusi Badan Perhubungan Umno dan Barisan Nasional
(BN) Terengganu Datuk Seri Ahmad Said juga bertindak membidas
pembangkang dan menyifatkan mereka sebagai takut dengan bayang-bayang
sendiri apabila tidak bersedia menyerahkan senarai nama calon kepada
SPRM untuk saringan.
Menjelang PRU yang akan diadakan tahun ini, Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak merayu agar pengundi memberikan mandat baru kepadanya
untuk meneruskan dasar transformasi yang boleh merangsang Malaysia ke
hadapan dan lebih baik.
Najib berkata mandat besar diperlukannya jika Malaysia mahu meningkat
dalam ekonomi global untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.
Hampir 13 juta pengundi layak untuk membuang undi mereka jika pilihan
raya umum dipanggil melibatkan semua 222 kerusi persekutuan dan 505
kerusi di 12 negeri.
SPR - Senarai Daftar Pemilh Bersih, PRU Terbaik!
KOTA KINABALU, 6 Feb (Bernama) -- Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberi jaminan senarai daftar pemilih adalah bersih dan proses pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan menjadi yang terbaik.
Beliau berkata SPR membersihkan senarai daftar pemilih dengan bantuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana JPN mempunyai bidang kuasa untuk menentukan sama ada seseorang itu adalah warganegara atau bukan warganegara.
"Daftar pemilih yang kita ada sekarang iaitu sekitar 13.3 juta pengundi (termasuk di Sabah) sehingga Disember tahun lepas, adalah bersih. Pilihan raya umum ke-13 mungkin panas, mungkin mencabar tetapi tidak terkotor," katanya.
Beliau berkata meskipun timbul pelbagai persepsi ekoran pendedahan baru-baru ini dalam siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah, namun SPR yakin proses PRU-13, terutama di Sabah akan menjadi yang terbaik.
Persepsi itu tidak seharusnya wujuh hanya semata-mata berdasarkan kenyataan satu atau dua orang saksi kerana terdapat lebih 100 orang yang akan memberikan keterangan kepada RCI, katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan surat pelantikan kepada tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai pemerhati tempatan pilihan raya umum ke-13 bagi negeri Sabah dan Labuan di sini Rabu.
Tiga NGO itu ialah Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Sabah, Majlis Belia Sabah dan Gabungan Persatuan Cina Sabah.
Abdul Aziz berkata empat pegawai SPR akan dipanggil menjadi saksi dalam sesi pendengaran RCI itu termasuk daripada bahagian komputer, pengurusan, pendaftaran dan pengarah SPR Sabah.
Sehubungan itu, Abdul Aziz meminta semua pihak supaya mengelak daripada membuat sebarang kesimpulan tentang perkara yang disebut dalam prosiding RCI itu.
Katanya SPR telah memperkenalkan pembaharuan dalam usaha mengemaskini serta memperbaiki proses pilihan raya, termasuk penggunaan dakwat kekal, undi awal, wujudnya akses media bagi parti-parti politik, pemerhati antarabangsa dan pemerhati tempatan.
Katanya SPR akan membelanjakan kira-kira RM52 juta bagi mengurus pilihan raya umum di Sabah yang mempunyai pengundi berdaftar seramai 969,497, dan menurutnya RM400 juta diperuntukkan bagi mengurus pilihan raya umum di seluruh negara.
Terdahulu, dalam ucapannya, beliau berharap NGO yang dilantik sebagai pemerhati pilihan raya dapat menjalankan tugas dengan jujur dan profesional, sekali gus menjadikan pilihan raya tersebut terbaik daripada segi sistem, proses dan pembaharuan pilihan raya.
Katanya sebanyak 16 NGO dilantik sebagai pemerhati pilihan raya di seluruh negara iaitu lima di Semenanjung, lapan di Sarawak dan tiga di Sabah.
- BERNAMA
Langgan:
Catatan (Atom)