Nuffnang

61 Belia Terima Anugerah Emas "Duke Of Edinburgh Award"


BANGI - “ Malaysia antara negara yang paling aktif dalam aktiviti yang dijalankan oleh belia ”, ujar YB. Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Majlis Penganugerahan Pingat Emas kepada peserta Anugerah Remaja Perdana peringkat Kebangsaan yang telah berjaya melaksanakan semua tugasan yang diberikan untuk mendapatkan penganugerahan ini.

“ Diharap dengan penganugerahan ini akan dapat melahirkan lebih ramai lagi belia yang aktif dan mempunyai semangat nilai-nilai murni ”, tambah beliau lagi.

Penganugerahan emas ini merupakan usaha berterusan cawangan Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan bagi meningkatkan keupayaan belia yang aktif dalam segala aktiviti yang dianjurkan.

Seramai 61 peserta menerima penganugerahan ini. Penganugerahan pingat Emas ini merupakan satu pengiktirafan yang tinggi kepada peserta kerana setiap peserta perlu melalui tugasan yang tertentu sebelum ditauliahkan.

Program Anugerah Remaja Perdana ini mempunyai tiga tahap penganugerahan iaitu Gangsa, Perak dan Emas. Anugerah Remaja Perdana ini turut mengambil bahagian di beberapa buah negara yang lain dengan menggunakan nama Duke Of Edinburgh Award.

Majlis penganugerahan ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian (Strategik), Dato’ Zaidon Haji Asmuni, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Dato’ Sri Zolkeples Embong dan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Y.Brs. Puan Hatipah Haji Ibrahim.







Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top