Nuffnang

#HBN2016 #TheFutureIsNow Sekitar Hari Belia Negara 2016 Sepanjang Tiga Hari Berlangsung


Semasa artikel ini ditulis, Hari Belia Negara 2016 telah berjaya mengumpulkan belia-belia seluruh Malaysia sepanjang dua hari setengah berlangsung di Universiti Putra Malaysia (UPM).  Petang ini akan menyaksikan majlis pelancaran Hari Belia Negara 2016 yang akan dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Ahmad Zahid Hamidi. Sepanjang tiga hari berlangsungnya Hari Belia Negara di UPM ini,terdapat lebih 50 segmen dengan melibatkan 100 aktiviti tersebut yang akan berakhir malam ini. 

Secara ringkasnya, Hari Belia Negara yang bermula pada hari Jumaat dimulakan dengan aktiviti-aktiviti menarik untuk para belia. Antaranya adalah pertandingan nasyid yang disertai oleh belia-belia mahasiswa universiti, Malam Belia Berselawat yang diketuai oleh kumpulan nasyid Inteam dan kumpulan Qasidah yang dijemput khas. Selain itu, turut diadakan tazkirah Maghrib dan solat berjemaah bersama belia yang diimamkan oleh Ustaz Khusyairy. Malam Belia Berselawat adalah aktiviti keagamaan yang mendapat tumpuan utama para belia untuk bersama-sama memuji Rasulullah SAW. Acara ini mendapat tempat dihati para belia dengan kehadiran di Padang Kawad UPM lebih kurang seribu hadirin.

Hari Kedua menjanjikan sesuatu yang lebih menarik dan mengujakan para belia. Mereka yang minat aktiviti cabaran seperti ‘Wipeout’ telah datang memilih untuk sertai cabaran dengan permainan Malaysia Inflatable Challenge. Peminat-peminat RC kereta kawalan jauh turut datang untuk melihat sendiri dengan lebih dekat demonstrasi yang ditunjukkan oleh pemilik-pemilik kereta kawalan jauh.  Hari kedua penuh dengan aktiviti-aktiviti yang bermula sejak awal pagi antaranya senamrobik,persembahan kebudayaan belia-belia pertukaran antarabangsa,persembahan dikir barat,Karoot  Komedia oleh artis-artis terkenal seperti Sabri Yunus dan persembahan jenaka oleh pelawak terkenal Abby Yus dan Rahim R2.

Hari terakhir Hari Belia Negara dimulakan dengan acara Karnival Integrasi Budaya oleh Orang Kurang Upaya (OKU). Selain itu pelajar mahasiswa UPM turut mempersembahkan bakat mereka dalam Battle of The Band. Dalam pada itu, Dewan Besar UPM tidak sunyi kerana diadakan Konvensyen Belia Kebangsaan selama setengah hari.  Manakala pelancaran Hari Belia Negara 2016 yang dilancarkan di Dewan Besar UPM dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Diharapkan Hari Belia Negara pada tahun hadapan akan lebih meriah dan menarik dengan aktiviti-aktiviti  yang mampu menarik para belia dan sesuai dengan kehendak belia masa kini. 








Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top