Nuffnang

VIDEO : "Masakan Ibu" Sajian Istimewa KLI Hotel Sempena Ramadhan


Pergh..... meleleh air liur melihat sajian-sajian yang bakal disediakan. Tak sabar dah rasanya nak berpuasa. Sudah pasti ramai yang merindui dan membayangkan juadah berbuka puasa pembuka selera yang ‘rare’ atau mempunyai kelainan, sehebat masakan ibu di kampung halaman. 
Sehubungan itu, sempena Ramadhan ini, Kuala Lumpur International Hotel menyediakan masakan yang pasti menepati citarasa sekali gus dapat mengimbau juadah berbuka puasa ‘ala kampung’.

Menurut Penolong Pengurus Besarnya, Azli Ariffin berkata, pihaknya akan menyediakan hidangan berbuka puasa yang mengutarakan masakan melayu sejati atau sajian traditional dari hari pertama Ramadhan sehingga menjelang hari raya.

“Semua hotel akan mengutarakan masakan melayu sejati atau sajian tradisional dan ‘ala kampung’, namun apa kelainan kami boleh katakan, chef kami sudah berkhidmat di sini lebih 30 tahun yang akan menyediakan 30 jenis kerabu, 15 jenis sambal, dan 5 jenis sup setiap hari sepanjang bulan Ramadhan.

“Kita adalah satu-satunya hotel yang memulakan dengan idea ini dan ia adalah merupakan hidangan popular kami,”katanya.

Selain itu, hidangan yang turut disajikan termasuklah Murtabak, Lok-lok, Ikan Bakar, dimana ia antara hidangan istimewa berbuka puasa di samping hidangan makanan goreng panas yang mengetengahkan masakan tradisional serta juadah istimewa mereka.

Berkonsepkan hidangan bufet, segala juadah berbuka puasa juga turut ditawarkan dengan harga yang berpatutan dengan pelbagai pilihan makanan tradisional.

Tidak ketinggalan, hidangan pencuci mulut tradisional Melayu seperti Sagu Gula Melaka, Agar-agar campur, Tapai, Lopis, hot plate dan ubi rebus turut menjadi tarikan sajian ala kampung di sini. – SuaraTV

Ramadhan dah tak lama lagi lagi, jadi kepada yang belum cukup ganti puasa yang tertinggal pada Ramadhan lepas, cepat-cepatlah ganti ye..... Hmmm..... teringat zaman kanak-kanak apabila diberikan ganjaran apabila berpuasa penuh. Andainya dapat diimbas kembali waktu itu.....
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top