Nuffnang

KECOH DAN KALUT!!! Khalid Bikin Anwar HANGIN!!!


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak dimaklumkan berkenaan Perjanjian Persefahaman (MoU) yang ditandangani Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) berhubung isu air di Selangor.

Ketua Pembangkang itu berkata Khalid memaklumkan beliau daripada masa ke semasa berkenaan rundingan antara kerajaan Selangor dan kerajaan Pusat berhubung perkara itu, tetapi butir terperinci berkenaan perjanjian berkenaan tidak dimaklumkan kepadanya.

"Saya mengetahui perjanjian yang dibuat sebelum ini, Khalid maklumkan kepada saya daripada masa ke semasa.

Kerajaan negeri Selangor menandatangani perjanjian MoU dengan KeTTHA berhubung pemilikan konsesi air di Selangor awal hari ini."Tetapi tidak yang terakhir ini. Saya tidak tahu," katanya ketika ditemui pemberita dalam program "Sepetang Bersama Anwar Ibrahim" di Kajang, lewat petang tadi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyaksikan upacara menandatangani MoU berkenaan antara Khalid dan Datuk Seri Maximus Ongkili di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.



Anwar Ibrahim semasa berjumpa dengan media di Taman Cuepacs, Kajang petang tadi. 


"Khalid baru beri gambaran. Pada dasar kita mahu penyelesaian segera. Tetapi saya tidak mahu ulas, beliau baru bagi gambaran umum. Bila beliau beri secara terperinci saya boleh ulas," kata Anwar kepada pemberita.

"Secara prinsipnya kita bersetuju (kerana) dapat selesaikan masalah air dengan segera," kata calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang itu lagi.

Khalid menandatangani MoU berkenaan bagi membolehkan kerajaan negeri mengambil alih empat syarikat konsesi air di negeri berkenaan dengan suntikan dana RM2 bilion oleh kerajaan pusat bagi pengambilalihan saham syarikat konsesi.

Antara isi kandungan perjanjian tersebut termasuklah kerajaan negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat (PR) akan membenarkan Putrajaya meneruskan Loji Rawatan Air Langat 2.

Selain itu, kerajaan negeri juga akan memberikan pampasan bernilai RM9.65 bilion kepada empat syarikat konsesi air di Selangor.

Ekoran pengambilalihan tersebut, satu konsortium air untuk menguruskan industri air di Selangor yang akan dibentuk di bawah seliaan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

Kerajaan negeri Selangor menjangkakan pengambilalihan syarikat konsesi tersebut akan selesai dalam tempoh tiga bulan.

Maklumat yang diperoleh daripada Pejabat Menteri Besar Selangor itu turut menyatakan, melalui pengambilalihan ini, diharap mampu menyelesaikan masalah air kerana kerajaan negeri memiliki kemampuan kewangan dan tenaga kerja berpengalaman di samping pengurusan air yang lebih cekap dan mantap.

Berdasarkan kenyataan bersama yang dikeluarkan kerajaan negeri Selangor dan kementerian berkenaan petang tadi, Loji Langat 2 akan diteruskan pembinaannya dalam tempoh 30 hari selepas MoU berkenaan ditandatangani.

"Kerajaan Persekutuan juga bersetuju menjadi pemudah cara bagi kerajaan negeri Selangor melaksanakan penstrukturan semula industri melalui Akta Perkhidmatan Industri Air (WSIA) 2006 dan mana undang-undang terpakai.

"Sebagai balasan, kerajaan negeri pula akan mengeluarkan kebenaran merancang untuk Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihannya berkuatkuasa hari ini.

"Dan kita akan memastikan semua kelulusan dan kebenaran yang berkait pembangunan projek Langat 2 diluluskan dalam masa 30 hari daripada tarikh memorandum ini ditandangani," kata kenyataan tersebut. 

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top