Nuffnang

IC / KAD PENGENALAN : Fakta-Fakta Menarik Yang Kita Perlu Tahu!!!!


Nombor kad pengenalan: Sejak 1990, setiap warganegara Malaysia diberikan satu set nombor 12-digit yang unik dalam format TTBBHH-NN-###J sebagai nombor kad pengenalan. 

Kumpulan digit pertama (TTBBHH) merupakan tarikh lahir pemilik KP. Kumpulan kedua (NN) pula merupakan kod negeri lahir, iaitu 01-13 untuk negeri-negeri, 14-16 untuk Wilayah Persekutuan dan kod 71 jika lahir di luar Malaysia. Bagi anggota polis, kod yang digunakan ialah 88 manakala untuk anggota tentera, kod yang digunakan ialah 99. 







Namun begitu apabila seseorang anggota polis atau tentera menamatkan perkhidmatan mereka, nombor kad pengenalan mereka akan ditukar kepada kod nombor asal tempat kelahiran mereka. Kumpulan nombor terakhir (###J) merupakan nombor siri yang dijana secara rawak oleh sistem komputer Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia. 

Sebagai pembezaan di antara pemegang MyKad lelaki dan perempuan, nombor terakhir dalam siri nombor kad pengenalan telah di sesuaikan mengikut jantina pemegang di mana sekiranya pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka genap, jantina pemegang adalah wanita. Manakala jika pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka ganjil, jantina pemegang adalah lelaki.

Sebelum 1990, nombor kad pengenalan warganegara adalah dalam bentuk A####### di mana # merupakan nombor siri 7-digit yang mana nombor terakhir dalam siri nombor tersebut turut sama mempunyai peranan pembezaan jantina lelaki dan wanita seperti sini nombor baru MyKad. 

SENARAI KOD BAGI NEGERI KELAHIRAN:- 

Johor - 01, 21, 22, 23, 24 

Kedah - 02, 25, 26, 27 

Kelantan - 03, 28, 29 

Melaka - 04, 30 

Negeri Sembilan - 05, 31, 59 

Pahang - 06, 32, 33 

Pulau Pinang - 07, 34, 35 

Perak - 08, 36, 37, 38, 39 

Perlis - 09, 40 

Selangor - 10, 41, 42, 43, 44 

Terengganu - 11, 45, 46 

Sabah - 12, 47, 48, 49 

Sarawak - 13, 50, 51, 52, 53 

Wilayah Persekutuan (KL) - 14, 54, 55, 56, 57 

Wilayah Persekutuan (Labuan) - 15, 58 

Wilayah Persekutuan (Putrajaya) - 16 

Negeri Tidak Diketahui - 82 


***Dari apa yang aku teliti, kod negeri tu asalnyer ikut susunan alphabet nama-nama negeri. tapi, sebab dah ramai sangat rakyat, nombor tu dah ditambah. Sekarang ni, setiap negeri ada 2-5 kod masing-masing***  

- SUMBER 
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top