Nuffnang

BERHIJAB : PAS Tumpang Populariti Neelofa, Fara Fauzana Dan Felixia Yap?



Antara intipati berita dari Harakahdaily bahawa Dewan Muslimat PAS Pusat mengucapkan tahniah kepada semua selebriti yang mula berhijrah sempena bulan Ramadhan yang mulia ini.

Ianya termasuk kepada bekas model dan pelakon Felixia Yap yang melafazkan syahadah memeluk Islam semalam.

"Syukur dan tahniah kepada saudari seislam kami, Felixia Yap.


"Dengan izin Allah s.w.t (beliau) mengucap dua kalimah syahadah secara rasmi semalam setelah 7 bulan mengenakan hijab dan mendalami islam," kata Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Malaysia Mastura Mohd dalam satu kenyataan.

Selain Felixia, dua lagi selebriti yang turut berhijrah dengan mula bertudung adalah Fara Fauzana dan Neelofa.


Baca berita penuh di bawah : 

Tahniah Felixia, Neelofa dan Fara Fauzana

HARAKAHDAILY | 04 Julai 2014.


KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat mengucapkan tahniah kepada semua selebriti yang mula berhijrah sempena bulan Ramadhan yang mulia ini.

Ianya termasuk kepada bekas model dan pelakon Felixia Yap yang melafazkan syahadah memeluk Islam semalam.

"Syukur dan tahniah kepada saudari seislam kami, Felixia Yap.

"Dengan izin Allah s.w.t (beliau) mengucap dua kalimah syahadah secara rasmi semalam setelah 7 bulan mengenakan hijab dan mendalami islam," kata Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Malaysia Mastura Mohd dalam satu kenyataan.

Selain Felixia, dua lagi selebriti yang turut berhijrah dengan mula bertudung adalah Fara Fauzana dan Neelofa.

"Dewan Muslimat PAS Malaysia juga mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada pelakon dan pengacara Fara Fauzana dan Neelofa, dua orang pengacara Nona TV3 yang turut mengenakan hijab baru-baru ini. 

"Alhamdulillah syukur. Inilah kecantikan dan ketenangan islam," kata Mastura lagi.

Dalam pada itu beliau turut menyeru semua umat Islam menjadikan Ramadhan sebagai platform mendidik diri untuk kembali kepada fitrah dan keluar daripada fitnah.

"Mudahan keluarnya kita dari Madrasah Ramadhan ini dengan penuh rahmat, keampunan dan bebas dari api neraka," katanya.


Share this article

2 Komen:

  1. Bg totok totok PAS tak cukup Islam seseorg kalau tak sokong PAS. Takat masuk Islam, bertudung, belum cukup Islam lg klu tak masuk PAS. Cer tanya NA, tak betul gitu ?

    BalasPadam
  2. Hahaha...lawak..blog ni pun tumpang populariti PAS yang dikatakan tumpang populariti Neelofa... guess wat...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top