Nuffnang

HIDAYAH : Pengislaman Bekas Model Antarabangsa Malaysia Dikritik!!



Seperti yang diketahui ramai, bekas model Playboy, Felixia Yeap bakal mengucap dua kalimah syahadah pada 5 Ramadan iaitu pada 3 Julai ini.

Jika diperhatikan penghijrahan Felicia memeluk agama Islam seakan menjadi topik hangat di kalangan masyarakat Malaysia.




Sampaikan ada pihak yang mula mengkritik terlalu banyak liputan media yang diberikan kepada Felixia sejak dari mula imejnya yang seksi berubah 100 peratus ke imej wanita Muslimah.

Pengguna Facebook, Juli Jalaludin, seorang murtad yang pernah didedahkan kisahnya menerusi akhbar tempatan baru-baru ini, menempelak sesetengah pihak yang terlalu meraikan orang Islam baru seperti Felixia sedangkan orang yang keluar agama Islam pula diugut bunuh seperti mana yang diterimanya sebelum ini.



Juli juga turut mempertikaikan double standards yang diamalkan oleh sesetengah pihak ini.

Selepas perkongsian tersebut, status yang ditulis Juli ini mula mendapat perhatian malah menerima sebanyak lebih 1300 ‘like’ dan ada yang bersetuju dengan pendapat Juli yang mengatakan untuk bertukar agama adalah hak setiap individu yang tidak perlu dicampuri oleh orang lain.

Sebagai seorang muslim, perbuatan menukar agama atau murtad adalah tergolong di antara salah satu daripada dosa besar, perkara ini memang termaktub dalam Al-Quran.

Tiada siapa yang boleh mengubah perkara tersebut walaupun Juli berasa hak individu seakan diganggu oleh segelintir pihak yang mengecam pertukaran agamanya.

Apa pula komen anda? – SUMBER
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top