Nuffnang

MENTERI BESAR : Khalid Bakal Diganti Pada Bila-Bila Masa?



Kekalahan Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor dalam pemilihan Ketua Cabang Kuala Selangor dua hari lalu seperti turut menunjukkan tempoh hayatnya sebagai Menteri Besar Selangor juga bakal berakhir.

Kekalahan ini merupakan isyarat jelas kepimpinan tertinggi PKR mahu Khalid berundur secara terhormat bukannya melalui undi tidak percaya di Dewan Negeri Selangor. Justeru untuk memaksa Khalid berundur ialah melalui kekalahan beliau di kawasan sendiri.

Sepenggal yang lalu beliau disanjung tinggi kononnya sebagai Menteri Besar Selangor, negeri termaju di Malaysia, beliau mampu ‘menyimpan’ wang rakyat dalam tabung negeri melebihi RM 1 Bilion, namun pada penggal yang baru ini beliau dikecam hebat oleh kumpulan yang sama malah turut dikritik oleh rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat Selangor mengenai isu air, rampasan Bible dan Lebuhraya Kidex.

Strategi Pakatan Pembangkang dipenggal yang lalu hanyalah ingin menyelamatkan Selangor dari berpindah semula kepada Barisan Nasional dan bukannya nak tonjolkan kehebatan Khalid sebagai Pemimpin No 1 Selangor. Pergeseran antara Khalid dengan Azmin Ali sudah tidak mampu ditutup lagi. Secara terang-terangan menurut sumber, kem Azmin Ali cuba jatuhkan Tan Sri Khalid di setiap Cabang di seluruh Malaysia.

Kalau di penggal sebelumnya, Khalid Ibrahim dilihat mendapat sokongan penuh dari Adun-Adun Dap, namun kini beliau dilihat keseorangan dalam menghadapi gelombang asakan dari Kem Azmin Ali. Waima isu kecil pun kumpulan tersebut cuba besarkan agar Khalid dilihat sudah tidak mampu lagi menjadi Menteri Besar Selangor.

Paling tidak masuk akal bila Rafizi Ramli, Ketua Pengarah Strategik PKR dengan jelas tanpa berselindung menjelaskan bahawa “Langkah Kajang” atau “Kajang Move” adalah khas untuk turunkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar, bukannya slogan dan strategi untuk kalahkan UMNO-BN.

“Walaupun orang kata Langkah Kajang gagal kerana Khalid masih di sana, ia memenuhi tujuannya, iaitu untuk membentuk pilihan lain bagi menggantikan beliau.

“Sekarang, saya fikir orang semakin ramai mempertikaikan Khalid berbanding sebelum ini dan melihat Langkah Kajang satu keperluan. Jadi saya fikir Khalid perlu memahami sentimen orang ramai ini,” jelas Rafizi.

Kepada siapa lagi Khalid Ibrahim ingin bergantung harap dan kepada komponen mana beliau boleh meminta nyawa agar terus mendapat sokongan untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor sekurang-kurangnya hingga ke PRU ke 14.

Dalam sejarah Politik Tanahair kita, seorang berjawatan Menteri Besar kalah di tempat sendiri amat hina dan memalukan. Tan Sri Khalid tewas kepada bekas Ahli Parlimen Kapar, S. Manickavasagam dalam pertandingan satu lawan satu bagi merebut jawatan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor dipemilihan yang diadakan Sabtu lalu.

Rafizi juga dengan berani mencadangkan Wan Azizah, Presiden PKR amat layak mengambilalih jawatan Menteri Besar Selangor yang baru.

“Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim terkeluar daripada percaturan, namun Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail lebih mampu mengambil alih kedudukan menteri besar.

Jangan pandangan rendah Wan Azizah sebagai menteri besar. Sokongan rakyat yang diperoleh Wan Azizah lebih luas berbanding pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat,” tegas Rafizi.

Manickavasagam memperoleh 701 undi, menewaskan Khalid yang mendapat 515 undi.

Keputusan tidak rasmi itu diperoleh selepas proses pengiraan undi yang dimulakan kira-kira pukul 1 pagi dan tamat kira-kira pukul 5 pagi ini di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Bagaimanapun, bagi jawatan Timbalan Presiden, Abdul Khalid mendapat 517 undi, (Timbalan Presiden PKR) Azmin Ali mendapat 440 undi manakala Datuk Saifuddin Nasution Ismail 50 undi.


Share this article

1 Komen:

  1. Tukar dgn wan azizah. "Terbaikkk.." untuk masa depan BN dan selangor.. :)

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top