Nuffnang

PIALA DUNIA : Neymar Tinggalkan Kejohanan Lebih Awal, Brazil Tempang Ke Separuh Akhir!!



Bintang Brazil Neymar telah mengalami kecederaan belakang dan tidak akan dapat beraksi di Piala Dunia kali ini.

Dr Rodrigo Lasmar telah memberitahu kepada wartawan Neymar mengalami keretakan di bahagian tulang belakang ketika Brazil menang 2-1 ke atas Colombia. 
Pasukan tuan rumah itu akan bertemu dengan Jerman di pusingan separuh akhir di Estadio Castelao.

Thiago Silva berjaya membuka jaringan pada awal perlawanan sebelum David Luiz melakukan rembatan kencang dari sepakan percuma meletakkan Selecao di depan. James Rodriguez menyermpurnakan sepakan penalti pada 10 minit terakhir perlawanan.

Kemenangan 2-1 itu telah diselubungi dengan kesedihan berikutan kecergasan bintang mereka Neymar yang terpaksa diusung keluar ketika perlawanan masih berlangsung.

Pemain berusia 22 tahun terbaring selepas terjahan lutut tepat pada bahagian belakang dari Juan Zuniga dan Dr Rogrido Lasmar telah mengesahkan keretakan tulang belakang sekaligus menamatkan aksinya di Piala Dunia.

"Ia merupakan satu kecederaan yang tidaklah serius dan tidak memerlukan pembedahan, tetapi dia perlukan tempoh untuk berehat sepenuhnya untuk pulih."

Lasmar memberitahu tempoh untuk pulih mungkin mengambil beberapa minggu sehingga Piala Dunia tamat.

Kecederaan yang dialami Neymar dan Thiago Silva digantung perlawanan yang menyebabkan mereka tidak dapat beraksi menentang Jerman akan memberikan tamparan hebat untuk pasukan Brazil.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top