Dua isu membabitkan rakyat secara langsung sehingga menyebabkan kematian.
Rakyat Malaysia umumnya masih belum terlupa bagaimana Pakatan Rakyat menjadikan isu Lynas sebagai senjata utama dengan pelbagai siri pembohongan termasuk edaran risalah, video pendek aksi si Fuziah, serta tidak ketinggalan demonstrasi besar-besaran sehinggalah menyertai jalanan di Kuala Lumpur tidak berapa lama dahulu.
Pertikaian berkenaan Lynas berlansung hebat di Parlimen, dengan campurtangan pakar luar negara menjadi pegangan hidup pro pembangkang, bahawa Lynas bakal membunuh dan mencacatkan bayi-bayi yang akan lahir. Kenyataan-kenyataan bertaraf antarabangsa berkenaan Lynas digunapakai, sekaligus mengenepikan pakar dalam negara seperti YB Dr.Che Rosli Che Mat, sungguhpun berdiri atas “tahaluf siyasi” kepartian yang sama.
Begitulah maha hebatnya penangan “samikna wa atokna” oleh pentaksub ghuluw ini yang tidak pernah putus-putus menentang Lynas seolah-olah Lynas sudah membawa berjuta kematian!
Hakikatnya, Fuziah Salleh masih sempurna tubuh badan sehingga kini, dan tidak dibebani dengan sebarang penyakit berpunca dari radiasi. Dan yang lebih penting, beliau masih hidup!
Sebaliknya pula, kandang babi yang menjadi sarang penyakit vektor seperti Japanese Encephalitis (JE) yang sudah terbukti tahap marabahayanya kepada rakyat tidak pula diambil peduli. Ke manakah suara-suara lantang yang menentang Lynas sebelum ini? Bukankah apa yang sedang terjadi membuktikan bahawa kandang babi lebih berbahaya ke atas nyawa manusia berbanding Lynas?
Sehingga kini, 4 orang telah meninggal dunia akibat dari 16 jangkitan JE yang dikenalpasti di Pulau Pinang. Dan Kilang Lynas masih belum membunuh mana-mana individu lagi setakat ini berbanding JE yang membiak di kandang babi.
Foto di bawah adalah salah seorang kanak-kanak 12 tahun yang disyaki dijangkiti virus JE. Mohon segera pulih hendaknya adik kita ini.
Suka kiranya pada hemat penulis, Fuziah Salleh yang masih sempurna akal dan tubuh badan mengetuai demo ini sambil disertai oleh mereka-mereka yang mendabik dada kononnya pejuang hak asasi manusia, pencinta alam sekitar dan sebagainya sewaktu siri demo Lynas tempoh hari. Itu pun kalau benar beliau perjuangkan Lynas atas dasar kepentingan manusia sejagat seperti foto propaganda Lynas dibawah ini.
Apakah kita dapat melihat 2 adik kecil ini memakai baju anti-kandang babi seperti mana mereka mempamerkan semangat anti Lynas itu? Sebelum mengakhiri artikel ini, izinkan penulis bertanya kepada penyokong PR:
Lu orang takmo berdemo ke wahai MACAI ???
Untuk makluman tuan puan, MACAI membawa maksud “Mempercayai Apa Cakap Anwar Ibrahim”.
Sekian, from Gebeng with love!
- Sumber : MyKMU
Ada otak ... letak kat lutut.
BalasPadamAda minda ... mind korup.
Ada mulut (pena) ... suka buat fitnah.
Orang sempurna akal ... kita dengki sebab kita yang cacat akal.
Babi ... ada di mana-mana di MalaysiaKu ni. Yang tak makan babi tapi makan rasuah ... ada beza.
Rasuah tak haram ... babi haram.
Sedarlah sebelum ajal menjelma.
Hmm...penat memikirkan kebodohan macai2 pr yang sanggup dipergnakan untuk kepentingan DAP dan anwar sekeluarga.
BalasPadam