Nuffnang

#ULTRASMALAYA DISERU BANTU TINGKATKAN MUTU BOLA SEPAK NEGARA

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengharapkan agar pasukan sorak Ultras Malaya dapat meneruskan sokongan bagi membantu membangunkan industri sukan bola sepak di negara kita.
 
 
Menterinya, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek berkata, sokongan serta kepercayaan yang berterusan pasukan sorak ini terhadap pasukan bola sepak negara harus dipuji kerana ia membantu menyuntik semangat kepada pemain-pemain pasukan negara untuk berjuang walaupun ada ketika terpaksa akur terhadap kehebatan pasukan lawan.
 


 
 
 
 
Katanya, pihak KBS akan membantu pasukan Ultras dari aspek losgistik serta keperluan-keperluan yang munasabah seperti menyediakan tempat duduk khas untuk kumpulan sorak ini disamping bersedia menjadi orang tengah untuk berbincang dengan pihak-pihak bertanggungjawab dalam aspek keselamatan serta melonggarkan sedikti peraturan agar kumpulan ini dapat membawa masuk beberapa barangan yang sebelum ini dilarang untuk masuk ke stadium.
 
 
Dato’ Sri Ahmad Shabery juga berkata, di kebanyakan negara, industri bola sepak berkembang disebabkan oleh kehadiran peminat yang ramai. Ia terhasil dari sekumpulan penyokong yang setia dan sentiasa memberikan semangat untuk pasukan mereka tanpa mengira ketika kalah atau menang.
 
 
Katanya lagi, Malaysia berhasart untuk menjadi tuan rumah bersama bagi penganjuran bola sepak Piala Dunia dan sudah semestinya segala persiapan harus bermula sekarang. Pembangunan bola sepak bukan sahaja dari aspek mencari bakat-bakat baharu malah juga perlu dimantapkan sebuah kumpulan sorak yang setiasa dan menyokong pasukan sendiri secara konsisten.

 



 
Beliau berkata demkian ketika mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin kumpulan Ultras Malaya di salah sebuah restoran terkemuka di sini hari ini. Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS, Dato’ Zaidon Haji Asmuni, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Hajah Hatipah Haji Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan JBSN, Dr. Abd Ghani Yusof dan beberapa pegawai kanan Kementerian.
 
 
Ultras Malaysai juga dipelawa menceburi industri sukan dengan membuka kedai yang menjual barangan sukan berjenama Harimau Malaya serta menyediakan satu sudut untuk ahli-ahlinya berhimpun di samping membincangkan usaha untuk mengembangkan keahlian pasukan sorak itu.
 
 
Sumber : Portal KBS
 
 
Share this article

0 Komen:

Catat Komen

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top