Nuffnang

APAHAL PULAK? HADI KENA "SMASH" DENGAN HUSAM




Setelah Presiden Pas, Hadi Awang dihina dan menerima kecaman hebat dari para pencacai PKR yang berfahaman liberal dan yang menyokong gerakan dan fahaman komunis, Naib Presiden Pas Husam Musa turut mengambil pendekatan mengkritik kenyataan Hadi. Dia yang ketika diminta mengulas mengatakan kenyataan Hadi dilihat telah menguris hati dan perasaan pencacai parti itu.

Tidak cukup dengan itu, Husam turut dikatakan mengatakan kesilapan Presiden parti itu teloah dapat ‘ditebus’ melalui kerjasama ahli Pas yang membantu calon PKR berkempen dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Hadi semasa berceramah di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Maran baru-baru ini berkata, Pas mendapat maklumat ada calon PKR yang membuat kerja ‘haram’ iaitu menjual pil kuda dan mempunyai fahaman bertentangan apabila meletakkan gambar perjuang revolusi komunis di Rusia iaitu Karl Marx, Vladimir Lenin dan Joseph Stalin di markas parti mereka.

Menurut sumber, kenyataan Husam itu telah menimbulkan kemarahan ramai penyokong Hadi yang melihat ia satu penghinaan kepada ulama Pas itu. Malah sudah mula terdengar khabar yang meminta agar penyokong Hadi memboikot Husam di Putrajaya dan di Dun Salor.

Malah YDP Pas Putrajaya, Ustaz Nazir Zakaria turut dikatakan berang dengan kenyataan Husam yang secara jelas menghina dan tidak menghormati Presiden parti. Ustaz Nazir turut dikatakan telah mula menjauhkan diri apabila secara tiba-tiba ‘hilang’ dan tidak kelihatan di sepanjang program kempen dan ceramah yang dikelolakan.

Husam yang sebelum ini dikaitkan sebagai pimpinan Pas yang begitu taksub dengan Anwar sehingga dilabelkan sebagai golongan ‘Anwarinas’ turut mengundang rasa tidak puas hati penyokong dan ahli kerana sering membelakangkan keputusan parti dalam pelbagai perkara,

Malah ada pandangan nakal yang mengatakan pencalonan Husam di Putrajaya adalah merupakan satu tindakan untuk membunuh karier politiknya. Ini kerana realitinya di Putrajaya penyandangnya Datuk Tengku Adnan memperoleh hampir tiga perempat undi. Satu jumlah und yang luar biasa, lebih-lebih lagi jika dilihat dalam konteks dan suasana PRU 2008.

Share this article

0 Komen:

Catat Komen

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top