Nuffnang

TERKINI : AKHIRNYA ANWAR KE LAHAD DATU!!!



Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dijadualkan berada dalam siri jelajahnya ke Sabah.

Beliau akan ke Lahad Datu esok, lama setelah Ops Daulat hampir berakhir.

Kalau ikut jadual, jam 2.30 petang esok, beliau akan menghadiri program di Taman Gembira, Jalan Silam, Lahad Datu dalam Parlimen Silam.

Jam 4 petang, beliau akan bersama rakyat di program di Jalan Kampung Simunul, Pekan Semporna dalam Parlimen Semporna.

Apapun ‘terima kasih’ Anwar kerana setelah sekian lama pasukan keselamatan kita berjuang siang malam hingga 10 wira kita terkorban, akhirnya kita nampak kelibat manusia yang sedang perasan dirinya bakal menjadi Perdana Menteri itu.

Cuma terkilan sedikit, kalau ditengok pada jadualnya, Anwar langsung tak singgah di Felda Sahabat.

Rasanya elok juga bila dah alang-alang sampai ke Lahad Datu itu, Anwar singgah ke sana termasuk ke Kampung Tanduo, Kampung Tanjung Batu, Kampung Tanjung Labian dan Kampung Sungai Nyamuk tempat di mana para pejuang Sulu bermaharajalela.

Boleh Anwar lihat sendiri kemusnahan yang terjadi, atau sekurang-kurangnya menghulurkan sedikit bantuan kepada para penduduk yang terjejas fizikal dan mental kesan pencerobohan tersebut.

Sambil itu bolehlah juga jenguk-jenguk jugalah anggota keselamatan kita yang masih berkawal di situ.

Ke Anwar takut kot-kot ada askar Sulu di celah-celah pokok kelapa sawit di Felda Sahabat?

Rileks, anggota pasukan keselamatan kita sangat profesional, walaupun dituduh main wayang atau sandiwara, mereka tidak pernah berdendam dengan beliau.

Kecualilah Anwar sendiri yang takut pada bayang-bayang sendiri.

Apapun Selamat Datang Anwar Ke Lahad Datu…nak datang kami sambut, nak suruh undi

 – LAIN KALI SAJALAH BAH!




Share this article

1 Komen:

  1. tanya sama anu apa sebab goyang nanti jawap anu omega hilangggg..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top