Nuffnang

HACKERS!! 2 PENGGODAM WEB KERAJAAN DITAHAN!!




Kuala Lumpur, 2 Mei - Polis menahan dua lelaki tempatan kerana disyaki menggodam dua laman web milik kerajaan, dalam satu serbuan di sebuah hotel di Jalan Raja Laut, di sini, Selasa lepas. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata dua laman web yang digodam suspek itu ialah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Penerangan Malaysia (JPM), yang masing-masing membuat laporan pada 27 Dis 2012 dan 18 Feb lepas. 

Katanya suspek pertama berusia 33 tahun, merupakan usahawan manakala rakannya, 28, seorang pakar komputer. 

"Laporan berkenaan dibuat oleh pegawai JPN bahagian kad pengenalan yang mendakwa satu surat palsu dihantar kepada beberapa cawangan JPN di seluruh negara mengarahkan semua kad pengenalan MyKad dan MyKid yang tidak dituntut dalam tempoh 18 bulan, dihantar ke sebuah alamat di Keningau, Sabah untuk perhatian seseorang. 

"Arahan itu dikeluarkan menerusi e-mel, katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman, hari ini. 

Syed Ismail berkata suspek turut disyaki terlibat menggodam sistem komputer JPM, dan polis telah menerima laporan daripada JPM, mengatakan bahawa sistem e-Akhbar dan e-Press digodam pihak tidak bertanggungjawab. 

"Mereka mempunyai kemahiran terperinci menggodam dan polis menyiasat laporan itu mengikut Seksyen 5(1) Akta Jenayah Komputer 1997, dan kita percaya suspek dapat membantu siasatan. 

"Antara barangan milik suspek yang dirampas ialah empat komputer riba, tiga telefon bimbit, cakera keras luaran, pemacu luaran," katanya sambil menambah suspek kini ditahan reman sehingga Sabtu ini bagi meneruskan siasatan. - BERNAMA
Share this article

7 Komen:

  1. betul ke hacker punya kerja?atau adakah nie salah satu cara untuk kaburkan mata orang ramai apabila ada pegawai JPN yg membuat report polis berkenaan penghantaran mykad ke keningau?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kau nie bodoh tahap bangang jugak kan...mmg dasar pencacai pembangkang sungguh..semua xbetul...

      Padam
  2. Lu siasatla sendiri kalau nak tau. Sebab jenis pecacai pembangkang kalau apa yanng terjadipun mesti akan kata kerajaan ada muslihat. yang tak ada muslihat dan baik sepanjang masa hanya Al Jub dan yang sekapal dengannya.

    BalasPadam
  3. puak anjing PR ni, kalo bg bukti pun mmg tak caya punya......

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama jangan kecewa dengan laporan ini. Dakwaan atau fitnah Tanpa Nama terhadap kakitangan kerajaan amat tidak releven kerana 'ada ramai kakitangan walaupun dihina oleh orang-orang politik dan juga peguam kesayangan Tanpa Nama' yang menjadi pro pembangkang.... percayalah Tanpa Nama yang mereka inilah yang akan mendedahkan perkara yang Tanpa Nama idamkan jika ia benar berlaku.....

    BalasPadam
  5. beribu ribu tanya...beribu ribu tanya...beribu ribu tanya...

    BalasPadam
  6. cara nak hilangkan dakwat kekal di jari. masukkan jari dalam jubur Anwar wakakakaka

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top