Nuffnang

GEMPAR!! Penceramah PKR MAUT!!


SHAH ALAM - Seorang penceramah dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) maut selepas kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok dalam kejadian di Jalan Senangin 17/2, Seksyen 17 di sini malam tadi.

Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku pada pukul 10.30 malam ketika mangsa, Suhaimi Hassan, 59, yang memandu sebuah Proton Wira, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Seksyen 19 selepas selesai menyampaikan ceramah di Seksyen 17 di sini.

"Siasatan mendapati mangsa di serang sakit jantung ketika sedang memandu. Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan jenazah telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk di bedah siasat,'' katanya.

Tambahnya, keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai kejadian. - UTUSAN ONLINE
Share this article

2 Komen:

  1. ada orang cakap tak itu lakunan UMNO ???? alfatihah.

    BalasPadam
  2. Apapun takziah...hanya Allah swt yang tahu bahagian arwah di alam kubur dan akhirat nanti. Namun semua amalan arwah telah dihitung oleh Allah swt.

    Amalan terakhir arwah ...sampaikan 'ceramah' PKR.Tapi ceramah yang bagaimana yaa??? Sesungguhnya Allah Yang Maha Mengetahui biarlah Dia yang menilai.

    Terkenang 'arwah' Bala sakit jantung lepas beri 'tazkirah'...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top