Nuffnang

KEMALANGAN : Anggota PDRM "Kehilangan" Isteri dan 2 Anak

KUALA TERENGGANU, 1 Mei - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa melawat Superitendan Ghazali Daud yang cedera dalam kemalangan ngeri di Km 27 Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang dekat Wakaf Tapai Selasa.

Najib yang diiringi Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa tiba di wad Bunga Raya Hospital Sultanah Nur Zahirah pukul 4.10 petang.




Najib turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga pegawai polis yang terbabit.

Ghazali, 49, yang bertugas di Unit Agama dan Kaunseling Bukit Aman terlibat dalam kemalangan pukul 3.50 pagi itu yang meragut nyawa isterinya Haniza Abd Rahman, 40, dan dua anaknya Ahmad Firdaus Izzudin, 10 dan Nur Aliah Adibah, 9.

Lima lagi anak mangsa iaitu Ahmad Fahmi Izzudin, 12, Nur Aliah Afifah, 7, Nur Aliah Atikah, 6, Aina Yusro, 3, dan Akilah Husna, tujuh bulan, dilaporkan turut cedera.

- BERNAMA
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top