Nuffnang

DEMI POLITIK, Bekas Jeneral Sanggup Hina Rakan Seperjuangan, Langgar ETOS Ketenteraan!!





PASIR GUDANG - Calon PKR bagi kawasan Parlimen Johor Bahru, Jen. (B) Tan Sri Md. Hashim Hussein dikatakan melanggar tiga etos ketenteraan dengan memperlekeh dan menghina pasukan keselamatan negara.

Sebagai seorang bekas Panglima Tentera Darat (PTD), perbuatan itu adalah tidak bertanggungjawab, kata bekas Panglima Latihan dan Doktrin Tentera Darat, Mej. Jen. (B) Datuk Amir Baharudin.

Beliau berkata, Md. Hashim sudah melanggar tiga etos ketenteraan iaitu kesetiaan dan ketaatan, maruah serta integriti.

"Ini secara tidak langsung memberi imej negatif kepada pasukan keselamatan.

Sanggup memutar belit kenyataan demi kepentingan politik,” katanya pada ceramah di kampung Plentong Tengah di sini malam semalam.

Amir yang dikenali dengan panggilan mesra, Pak Guntor, berkata Md. Hashim perlu menjaga maruah tentera khususnya pasukan yang pernah dipimpinnya.

Amir berkata, tindakan beliau bersama rakan-rakan bekas panglima angkatan tentera mengadakan demontrasi sebelum ini bukan disebabkan Md. Hashim menyertai PKR tetapi kerana kecewa atas penghinaan yang dibuat calon itu.

"Kami tidak bantah dia bersama PKR kerana itu hak dia sebagai rakyat Malaysia untuk berpolitik, tetapi kami kecewa sebab dia memperlekeh pasukan keselamatan,” katanya.

Beliau menambah, Md. Hashim yang memiliki Sarjana dalam Kajian Perang tidak pernah mempunyai pengalaman di medan tempur sebagaimana yang didakwa.

"Pasukan yang ke Bosnia itu hanya sebagai pengaman dan tidak terlibat langsung dengan sebarang pasukan pertempuran. Mereka yang mengalami pengalaman bertempur hanya pasukan yang pergi ke Somalia,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya Md Hashim mahu membuat perubahan pada pasukan tentera Malaysia beliau patut melakukannya semasa menjadi PTD dari Januari 1999 sehingga Disember 2002. 

- Bernama
Share this article

0 Komen:

Catat Komen

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top