Nuffnang

MUTAKHIR!! MISTERI PENCEROBOHAN LAHAD DATU TELAH HAMPIR TERUNGKAI!!!




KUALA LUMPUR 30 April – Misteri siapa dalang di sebalik insiden pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah, yang mengorbankan 10 anggota pasukan keselamatan kini semakin terungkai.

Ini berikutan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menghantar pegawainya ke sebuah negara jiran dalam masa terdekat untuk merakam keterangan pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin.

Langkah itu adalah susulan artikel ditulis Raja Petra yang mendakwa mempunyai maklumat bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai kaitan dengan insiden pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu.

Artikel itu yang bertajuk Kisah di sebalik insiden Lahad Datu disiarkan Raja Petra di dalam laman web tersebut pada 25 Mac lalu.

Menurut sumber, pertemuan tersebut dijangka diadakan oleh pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di salah sebuah negara jiran dalam tempoh dua atau tiga hari lagi sejurus selepas Raja Petra tiba dari Manchester, United Kingdom.

Sumber itu bagaimanapun menafikan Raja Petra mungkin akan ditahan tetapi hanyalah pertemuan bagi membolehkan rakaman percakapan beliau dibuat.

“Pihak JSJ terpaksa memanggil Raja Petra untuk dirakam keterangan selepas beliau menyiarkan kenyataan di dalam blog miliknya bahawa beliau mempunyai bukti yang dapat mengaitkan penglibatan Anwar dalam insiden tersebut.

“Bagaimanapun, rakaman percakapan tersebut tidak akan diadakan di negara ini memandangkan Raja Petra enggan pulang ke Malaysia buat sementara waktu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Raja Petra dalam blog miliknya itu mendakwa, beliau mempunyai butiran setiap perjumpaan yang berlangsung di antara Anwar dan bekas Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari.

Ini termasuk perjumpaan yang diadakan di Hotel Crowne Plaza, Jakarta, Indonesia, yang diaturkan oleh seorang ahli Parlimen republik itu pada 16 Julai 2012.

Pada 4 Ogos 2012 pula, Anwar dilaporkan menaiki penerbangan MH704 ke Manila, Filipina untuk pengesahan satu perjanjian dipercayai berhubung Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Sumber itu seterusnya berkata, keterangan Raja Petra akan diambil di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah yang dipercayai dapat membuktikan kaitan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan insiden pencerobohan di pantai timur Sabah, awal Mac lalu.

“Pihak polis percaya melalui rakaman percakapan Raja Petra, dapat membantu menyelesaikan siasatan insiden berdarah tersebut selain mengenal pasti dalang sebenar di sebalik pencerobohan itu,” katanya lagi.-Utusan
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top