Nuffnang

Kes Bunuh Timbalan Ketua Pengarah Kastam: 35 Individu Dirakam Keterangan



Polis telah merakam keterangan 35 individu termasuk orang awam bagi membantu siasatan kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata polis yakin akan mendapat petunjuk yang boleh membantu mengenal pasti motif pembunuhan serta suspek.

"Kita sedang jalankan siasatan dan kita telah memanggil 35 individu ini untuk diambil keterangan...kita yakin daripada keterangan itu kita akan menjumpai petunjuk," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, Selasa.

Beliau berkata polis turut mengambil kira rakaman kamera litar tertutup serta maklumat awam untuk menyelesaikan kes itu.

Mohd Bakri menegaskan pihaknya sedang mencuba sedaya upaya untuk menyelesaikan kes itu yang diharap dapat dilakukan dalam masa terdekat.

Dalam insiden kira-kira 8.15 pagi Jumaat lalu, Shaharuddin maut akibat ditembak dua lelaki bermotosikal semasa dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya.


-- BERNAMA
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top