Nuffnang

BONGKAR!!! 3 Pemimpin Cuba "Pujuk" Sirul Didedahkan!!!


Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) mendakwa terdapat pihak yang cuba mempengaruhi bekas komando polis, Sirul Azhar Umar yang kini berada dalam tahanan pihak imigresen Australia.

Timbalan Presidennya, Zakwan Hafiz Ahmad Ansari menamakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Kawan Datuk Khairuddin Abu Hassan dan Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar antara mereka yang berbuat demikian.

“Tun M cuba berhubung bila cuba mengumpulkan keluarga Sirul. Yang kedua, saya dimaklumkan oleh pihak berkuasa Australia bahawa Khairudin cuba berjumpa Sirul tapi tak dibenarkan oleh pihak berkuasa imigresen Australia.

“Yang ketiga adalah Mahfuz cuba hubungi Sirul untuk lakukan sesuatu,” katanya kepada pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya selepas membuat laporan polis.

Sehubungan itu, Zakwan menggesa pihak polis menyiasat mereka kerana perkara tersebut telah menjadi kelam kabut.

“Bukan hanya Sirul sahaja yang ditahan, banyak rakyat Malaysia yang lain ditahan di luar negara.. kenapa Tun M tak pergi jumpa kalau tidak ada niat?,” soalnya

Dalam pada itu, Zakwan turut menggesa polis menyiasat bagaimana laman web Sarawak Report boleh memperoleh maklumat dokumen sulit berhubung rakaman percakapan Seksyen 113 Kanun Prosiding Jenayah (KPJ) Sirul di mana perkara itu telah diterbitkan secara awam.

“Saya telah membuat beberapa pemeriksaan di mana saya mendapati bahawa kenyataan 113 KPJ Sirul ini tidak ditender di mahkamah ketika perbicaraan pembunuhan Altantuya Shaariibuu..kenyataan tersebut adalah sulit.

“Kita minta supaya pihak polis menjalankan siasatan bagaimana Sarawak Report boleh memperolehi dokumen Seksyen 113 KPJ ini daripada pihak-pihak berkenaan,” tegasnya.

Beliau mendakwa, dokumen tersebut boleh terbocor dalam tiga situasi iaitu di peringkat Peguam Negara, simpanan polis dan semasa perjalanan perbicaraan mahkamah. - SUMBER
Share this article

4 Komen:

  1. Apa masaalahnya kalau apa yg didedahkannya itu sesuatu yg benar.

    BalasPadam
  2. Betul tu. Siasatan rapi perlu dibuat. Rahsia sulit x sepatutnya dibocorkan. Penjawat awam adalah tertakluk kepada OSA. Eluk OSA direvise dan ditambah hukuman sebabagimana saranan Peguam Negara tu.

    BalasPadam
  3. Mereka ber3 yg nak mempengaruhi Sirul tu agak2nya terlibat tak dengan pembunuhan Altantuya tu? Hello Sirul helloo ooooooooo

    BalasPadam
  4. Ni berita basi laa.
    Semua orang dah tahu yg Sirul akan namakan tiga nama tu. Claire Brown tak nak sebut ke?

    Sirul...Sirul... sepatutnya dia cakap siapa yg arahkan dia utk bunuh Altantuya, barulah Kjaan Australia akan pertimbang utk bagi dia Protection Visa yg akan membolehkan dia dibebaskan dr tahanan dan jadi penduduk tetap Australia. Dia duk melalut hal lain ni apa hal?

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top