Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

SEBAK : Video Duet Almarhum Tunku Jalil Dan Datuk Siti - Salam Terakhir


Penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza turut meratapi pemergian YAM Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil yang mangkat pada malam tadi. 

Melihatkan status dari Datuk Siti ini terus mengingatkan penulis kepada satu video duet antara Almarhum dan Datuk Siti di dalam sebuah wad di hospital yang mendendangkan lagu "Salam Terakhir" yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Hj Arshad.


Dalam video pada tahun 2014 itu, Tunku Abdul Jalil dilihat duduk di atas katil sambil berduet dengan Siti dan disaksikan oleh kakitangan hospital tersebut.

Kemangkatan Tunku Abdul Jalil dirasai segenap rakyat Malaysia khususnya rakyat negeri Johor yang tidak putus-putus mengucapkan takziah atas pemergian Almarhum.



Almarhum Tunku Abdul Jalil disifatkan sebagai seorang yang begitu dekat di hati rakyat selain sifatnya yang merendah diri dan tidak putus dengan senyuman. 

- SUMBER



MAKLUMAN :

Tempoh berkabung telah di tetapkan selama 3 hari bagi rakyat Johor bermula dari tarikh kemangkatan baginda.

Penutupan pusat-pusat hiburan dan penangguhan majlis-majlis berbentuk hiburan di Johor pada hari kemangkatan dan hari pemakaman baginda.

1. Rakyat beragama Islam :
  • Hendaklah memakai kain putih selilit 2 inci pada songkok 
  • Lelaki Melayu perlu memakai baju Melayu teluk belanga serba putih, samping Hitam dan lilitan kain putih di songkok

2. Bagi yang bukan beragama Islam :
  • Hendaklah memakai selilit kain hitam selebar 7.62 cm di lengan kiri atau memakai tali leher berwarna hitam.
  • Perlu memakai lounge suit warna hitam, tali leher hitam dan selilit kain hitam tiga inci di lengan kiri.

3. Bagi perempuan Islam :
  • Hendaklah memakai tudung kepala warna putih manakala bagi orang perempuan bukan Islam, mereka perlu memakai selilit kain hitam selebar tiga inci di lengan kiri.

4. Segala darjah dan pingat juga hendaklah dipakai.
Share this article

1 Komen:

  1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top