Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

BIADAP!!! Anjing Dibawa Makan Di Premis KFC!!!


Apa punya manusia la? Langsung tidak peka dan sensitif dengan kehidupan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Atau sengaja buat-buat tidak peka?

Kejadian yang berlaku di restoran KFC Giant Tawau malam tadi jam 8.00 malam 8hb Disember 2015 yang melibatkan seorang pelanggan yang membawa haiwan peliharaan ke dalam restoran adalah amat dikesali. 


Sebaik sahaja menyedari kehadiran haiwan peliharaan tersebut, staf di outlet berkenaan serta merta telah menegur perbuatan pelanggan yang melanggar larangan yang tertera pada notis di luar premis dan meminta pelanggan tersebut untuk membawa haiwan itu keluar. 

Pada masa yang sama, pihak KFC Malaysia perlu mengambil tidakan yang sewajarnya bagi memastikan kebersihan outlet tersebut terjamin selain mesti memberi jaminan menepati garis panduan Halal yang telah ditetapkan.

Kepada semua rakyat Malaysia yang pelbagai kaum ini, belajar dan cubalah menghormati antara satu sama lain sekiranya sayangkan keharmonian yang kita nikmati ketika ini. 
Share this article

2 Komen:

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top