Nuffnang

PERJALANAN TERAKHIR : Gambar-Gambar Eksklusif "Bangsa Johor Menangis" Part 1


Suasana pilu menyelubungi Bilik Singgahsana Istana Besar, Johor sewaktu orangramai dan golongan pembesar dibenarkan hadir memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, 25, sejak jam 9.30 hingga 12.30 tengahari tadi.


Keranda yang dibaluti bendera peribadi Tunku Abdul Jalil diletakkan di bahagian tengah berhampiran pintu masuk singgahsana manakala topi dan pedang polis milik Almarhum turut diletakkan di atas keranda.

Orang awam yang hadir membuat penghormatan perlu melalui pusingan U mengelilingi keranda dan dibenarkan berhenti seketika di hadapan jenazah untuk menyampaikan bacaan al-Fatihah dan doa.

Sekumpulan lelaki turut memperdengarkan bacaan al-Quran berhampiran jenazah Almarhum.


Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Istana Besar kira-kira jam 1 tengahari tadi.

Terdahulu, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Kalsom turut mencemar duli memberi penghormatan akhir.

Pembesar lain yang turut hadir antaranya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.


Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang memberikan penghormatan terhadap adiknya dalam posting di Facebook, menyifatkan Almarhum Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim sebagai sumber kekuatan dan inspirasi.

“Kepada adikku yang dikasihi…Dalam banyak malam yang berlalu, inilah malam yang paling sukar untuk saya.

“Kamu juga kekuatan dan inspirasiku. Kamu punyai satu sifat yang kita tiada; jiwa yang penyayang dan rendah diri.


“Saya sayangkan kamu sepenuh hati dan sangat rindukan kamu. Kamu takkan dilupakan. Namamu akan dibawa oleh warisku. Senyumanmu adalah kekuatanku. Semoga Allah merahmatimu, adikku. Saya sentiasa sayangkan kamu,” kata Tunku Ismail.

Almarhum Tunku Abdul Jalil, 25, anakanda keempat dari enam adik beradik dan putera kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah mangkat jam 7.11 Sabtu Sabtu di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor, akibat kanser.


















Salam Takziah.... Al-Fatihah
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top