Nuffnang

"Enough is Enough!" Malam Penentuan Buat Muhyiddin?


Benarkah seperti dikatakan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa tiada agenda untuk memecat Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT), malam ini?

Zahid pada sidang media bersama seorang lagi Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, hari ini mendakwa bahawa mesyuarat MT malam ini hanya membincangkan dua perkara iaitu persiapan perhimpunan agung dan mendengar laporan daripada Hishammuddin.

Namun, sebaliknya, laporan portal mesra UMNO pula mendakwa sekurang-kurangnya 10 ahli MT dikatakan sudah bersedia untuk membawa usul meminta supaya keahlian Muhyiddin digantung, pada mesyuarat khas MT malam ini.

Tindakan untuk menggantung keahlian Muhyiddin itu dikatakan akan dibuat berikutan kegagalannya hadir pada Majlis Taklimat Presiden semalam, selain kritikan terbuka beliau terhadap kepemimpinan UMNO pada perhimpunan di Dewan Sultan Sulaiman, Kampung Baru, dua hari lalu.

Portal berkenaan memetik sumber mengatakan 10 ahli MT terbabit sudah memaklumkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, bahawa mereka akan membawa usul itu dalam mesyuarat malam ini.

Portal berkenaan memetik jurucakap kumpulan itu yang mengatakan tindakan Muhyiddin mengadakan perhimpunan mengkritik Najib di Kelab Sultan Sulaiman adalah perbuatan tidak beretika dan menyebabkan suasana perhimpunan menjadi tidak selesa.

“Kita berharap majlis tertutup semalam boleh memulihkan suasana pergeseran ini sebelum persidangan yang akan bermula Khamis ini. Malangnya ia tidak berlaku apabila Timbalan Presiden memilih tidak hadir tanpa sebab. Ini menunjukkan beliau mahu mencari perpecahan bukan pengukuhan parti,” kata jurucakap itu kepada portal berkenaan.

Menurut laporan itu, kumpulan 10 berkenaan bagaimanapun berpuas hati dengan kehadiran Naib Presiden, Datuk Seri Shafie Apdal yang menunjukkan sikap terbuka beliau dalam perbezaan pendapat.

“Kita boleh terima perbezaan pendapat di kalangan pemimpin. Yang kita tidak boleh terima ialah usaha meneruskan dan melebarkan jurang perbezaan ini sehingga menggusarkan akar umbi. Jika Datuk Seri Shafie Apdal boleh hadir majlis semalam, mengapa Timbalan Presiden memilih untuk tidak hadir?

“Bagi kami 10 orang, ‘enough is enough’! Kami mahu MT malam ini menggantung tugas jawatan Timbalan Presiden sehingga diadakan satu siasatan disiplin menyeluruh dijalankan. Sukar kita bersidang dalam keadaan cacing naik ke mata. Lebih banyak agenda rakyat perlu dibahaskan bukannya meneruskan polemik perebutan kuasa,” katanya.


CETUS KEKECOHAN

Kehadiran Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin UMNO mengundang sedikit kekecohan semasa Perhimpunan Agung UMNO 2015 hari ini.

Ia dikatakan berpunca daripada sekumpulan pihak yang cuba mewujudkan provokasi.

Media sebelum itu berkumpul di luar Dewan Tun Dr Ismail tempat di mana Muhyiddin berada.

Beliau kemudiannya beredar dari dewan itu selepas menghadiri Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO.

Semasa beliau dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman menuju ke Dewan Merdeka untuk menghadiri Persidangan Pergerakan Wanita UMNO, keadaan bertambah kecoh apabila berlaku tolak-menolak dan rempuhan antara satu sama lain, termasuk kumpulan tidak dikenali.

Keadaan bagaimanapun kembali terkawal selepas pihak media dan mereka yang berada di lokasi diarahkan beredar.

Muhyiddin muncul pada di perhimpunan ketiga-tiga sayap UMNO, selepas tidak menghadiri Majlis Taklimat Presiden pada Selasa.

Walaupun ia merupakan lawatan tidak berjadual, namun sudah menjadi tradisi Timbalan Presiden meluangkan masa bersama perwakilan.

Beliau turut dilapor mengesahkan akan hadir ke Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO malam ini.


Ketika mengeluarkan komen ringkas, beliau mengesahkan akan hadir pada Mesyuarat Majlis Tertinggi yang dijadual bakal diadakan pada malam ini. Ramai yang mengatakan, mesyuarat malam ini akan menentukan kedudukan dan nasib beliau didalam UMNO berikutan terlalu banyak tuduhan dan fitnah yang beliau taburkan sebelum ini.

Beliau jelas terlepas peluang terbaik untuk mendengar jawapan secara terus tanpa teks yang diucapkan oleh Datuk Seri Mohd Najib terhadap segala pertuduhan yang beliau lemparkan sebelum ini. Kehadiran beliau pada hari ini mungkin hanya satu kehadiran biasa semata-mata menunggu Mesyuarat yang bakal diadakan malam ini.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top