Nuffnang

PAU2015 : I'm A Gentleman" Jawab Najib Tatkala Muhyiddin Dan Shafie Tunjuk Protes!!!


"Saya tidak boleh sesekali menyerah kalah..I'm a gentleman, apa-apa kekusutan, mari berjumpa, duduk bincang" 

“Saya seorang yang tidak confrontational… saya juga tidak pernah menjatuhkan sesiapa… apatah lagi untuk mengkhianati parti UMNO tercinta ini,” kata beliau ketika menyampaikan ucapan dasar pada Majlis Perasmian Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, di sini, sebentar tadi.

Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, sebagai seorang presiden dan pemimpin, beliau juga seorang manusia biasa yang memiliki kelebihan dan kekurangan seperti orang lain.

Presiden UMNO itu berkata, dalam menyelesaikan apa sahaja masalah atau kekusutan yang timbul semasa pentadbirannya, beliau mengalu-alukan perbincangan diadakan mengikut saluran yang betul.

“I’m a gentleman, apa-apa kekusutan pun, marilah berjumpa, duduk berbincang, kita selesaikan melalui saluran yang betul,”

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak pernah berniat untuk menjatuhkan sesiapa, jauh sekali untuk mengkhianati parti keramat orang Melayu itu.


Kesan sampingan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Kami baik-baik saja, tetapi hubungan itu terlalu formal. Saya fikir dia mungkin rasa dia sepatutnya terlibat lebih banyak.
"Tak perlu untuk saya memanggilnya, maksud saya dia boleh datang berjumpa saya pada bila-bila masa. Hanya datang ke pejabat, pasti saya akan berjumpa dengannya.

"Atau singgah ke rumah dan kata saya ada sesuatu untuk dibincangkan. Itulah cara untuk mengembangkan hubungan.

"Itu yang sepatutnya diamalkan.

"Hubungan saya dengan Pak Lah masih baik. Saya tidak pernah bertanya kepadanya tentang dana politik ketika saya menjadi timbalannya, itu adalah tugas presiden parti sejak zaman Tunku Abdul Rahman lagi.
"Muhyiddin tidak faham tentang hubungan istimewa ini. Ini adalah cara bagaimana kita terus kukuh sebagai sebuah parti.


Timbalan Perdana Menteri Anda Yang Baharu?

"Saya fikir dia menjalankan tugasnya dengan baik. Zahid (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) dan saya telah melalui perjalanan yang panjang, ada banyak sejarah di belakang kami. Zahid telah melakukan banyak perkara tanpa diminta.

"Satu petang semasa Sidang Kemuncak Asean, saya sedang menyaksikan raptai, dia tiba-tiba muncul dan berkata, saya di sini hanya untuk memberikan sokongan moral.

"Hubungan seperti ini adalah penting antara kedua-dua pemimpin tertinggi.

"Mesti ada kepercayaan dan tahap keselesaan antara satu sama lain.


Pelan Rasionalisasi 1MDB

"Saya boleh katakan ia hampir selesai. Kami mampu mengikut tarikh akhir yang ditetapkan untuk melaksanakan program rasionalisasi dengan cara yang sangat positif.

"Proses sebenar akan mengambil masa beberapa bulan lagi kerana sebahagian daripada perjanjian akan memakan masa, untuk membawa masuk wang.

"Saya rasa rakyat faham bahawa ini secara dasarnya adalah isu perniagaan dan tidak patut dipolitikkan secara berlebih-lebihan.

Anda tidak berada di Parlimen untuk bercakap mengenai 1MDB

"Saya memutuskan bahawa perkara ini adalah masalah perniagaan yang menjadi isu politik.

"Apabila ia menjadi isu politik, saya fikir adalah lebih tepat untuk saya menjelaskan kepada perwakilan Umno dalam satu sesi tertutup.


Perjumpaan dengan SPRM

"Anda perlu bertanya kepada mereka. Saya memberi apa sahaja maklumat yang saya tahu. Mereka pergi dan bertemu dengan penderma.

"Perkara paling penting adalah untuk memastikan bahawa wang itu tidak datang dari 1MDB. Tiada undang-undang khusus berkaitan dengan pembiayaan politik.

"Setiap parti politik, termasuk pembangkang, memerlukan pembiayaan politik.

"Saya mencadangkannya empat tahun lalu, tetapi ia telah ditentang oleh pembangkang.
"Mereka tidak mahukannya kerana beberapa ahli perniagaan, yang dilihat seolah-olah bersahabat dengan BN juga membeli 'polisi insurans' dan menyumbang kepada pembangkang.


Sifat derma RM2.6 bilion

"Kita bukan satu-satunya penerima. Jika mereka sukakan anda dan hubungannya adalah peribadi, ia akan berlaku.

"Ia berlaku bukan atas dasar parti atau dasar institusi. Ia adalah peribadi, itulah sebabnya mereka menegaskan ia perlu bersifat peribadi kepada saya.

"Itu adalah kehendak penderma, saya tidak mahu menyinggung perasaan mereka. Ia masuk ke dalam akaun peribadi saya, tetapi tidak dalam erti kata bahawa saya menggunakannya untuk perbelanjaan seharian.

Ketua Bahagian telah dibeli?

"Itulah sebabnya mereka kecewa dengan Tun (Dr) Mahathir. Terdapat banyak laporan polis dibuat terhadapnya.

"Pihak polis memanggilnya untuk soal siasat bukan kerana beliau menghadiri perhimpunan Bersih, tetapi kerana beliau mendakwa bahawa ketua-ketua Bahagian menerima wang berjuta-juta ringgit.

"Sudah tentu beliau enggan menjawab kebanyakan soalan, beliau tidak mempunyai bukti.

"Jika anda tidak mempunyai bukti, jangan buat dakwaan tersebut.


Apakah sebenarnya yang Tun Dr Mahathir mahu?

"Mudah saja, beliau mahu seorang Perdana Menteri yang mendengar cakapnya.

"Jika tidak 1MDB, beliau akan mencari sesuatu yang lain. Jika beliau kata mahukan jambatan bengkok, 'ya tuan, saya akan buat jambatan bengkok'.

Beliau tidak suka Singapura, jadi kamu kena bergaduh dengan Singapura. Jika beliau suka Afrika, kamu kena pergi ke Afrika. Ini adalah (Dr) Mahathir.

"Tetapi seorang Perdana Menteri perlu melakukan apa yang difikirkannya perkara betul. Saya tahu saya akan menanggung kemarahannya dan jangkaan saya betul.

"Dengan siapa yang beliau tak bertengkar? Beliau bertengkar dengan setiap Perdana Menteri kecuali Tun Razak kerana beliau tidak bertahan lama. 
Isu defisit amanah

"Saya sedar mengenainya, saya fikir beberapa isu telah dieksploitasi dan menjadikannya lebih teruk dengan kemunculan media sosial, sudah tentu.

"Ada persoalan tentang persepsi, separuh kebenaran, tetapi kita perlu menanganinya.

"Kita tidak boleh mengetatkan kawalan ke atas media sosial.

"Kita perlu menerima hakikat bahawa tahap pemerhatian sekarang adalah lebih tinggi berbanding sebelum ini dan bebanan untuk semua ahli politik adalah lebih tinggi, bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia.


Sabotaj Muhyiddin dan Shafie


Nampaknya Muhyiddin serta Shafie Apdal membuktikan keberanian mereka untuk memprotes Presiden parti di Perhimpunan Agung UMNO 2015.

Ramai perwakilan UMNO terkejut apabila Muhyiddin dan Shafie tidak bangun dan memberi sokongan kepada Najib ketika beliau berucap dan melaungkan 'Hidup UMNO'.

Dipercayai, tindakan memprotes oleh Muhiddin dan Shafie itu bertujuan memalukan Najib dan bagi menunjukkan kepada semua ahli UMNO bahawa mereka kini tidak lagi bersama 'kem Najib'.

Tindakan Timbalan serta Naib Presiden UMNO itu juga dipercayai ekoran dari hasil mesyuarat MT semalam yang langsung tidak membenarkan Muhyiddin serta Shafie berucap sewaktu penggulungan hujah nanti.

Hanya Presiden parti sahaja yang dibenarkan untuk berucap bagi mengelakkan berlakunya perpecahan didalam PAU 2015 kali ini.

Mahathir yang turut hadir bagi mendengar ucapan Najib kelihatan hanya tersenyum sinis melihat tindakan 'orang-orang kanannya' diatas pentas. Mungkin Mahathir merancang sesuatu kerana difahamkan akan ada sidang akhbar yang akan dibuat oleh Muhyiddin sebentar nanti. 
Share this article

2 Komen:

  1. Karena itu janganlah kamu takut kepada manusia, (tetapi) takutlah kepada-Ku. Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak berhukum (memutuskan perkara) menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir. (QS. Al-Maidah: 44)

    renung renungkan lah.....

    BalasPadam
  2. Sebab itu Allah kasi najib pimpim Malaysia.Allah nak kasi tunjuk kepada umat islam apabila memilih pemimpin dari golongan munafik apa masalah yang akan umat islam akan dapat dapat.Nak rasa sangat duduk bawah pemimpim munafik nahhhhh rasakan.Dah diberitahu dalam quran ciri2 seorang pemimpin bagaimana,hendak juga dipilih yang munafik.Jawablah nanti golongan2 tangan yang membantu itu di akhirat kelak.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top